Monday, October 11, 2021

author photo
Ulang Siar Drama Pencuri Cinta Kelas Satu | Assalamualaikum...Hai, siapa kat sini layan drama pencuri cinta kelas satu. Kita geng ya. Cik Ash sejak internet tak ada aritu sempat la layan drama ni best pulak hihihi..

pencuri cinta kelas satu 

Drama Pencuri Cinta Kelas Satu ini ada drama adaptasi daripada novel karya llla Shanahila. Diterbitkan oleh syarikat Orangetree Production. Bersiaran setiap isnin jam 9 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD. 

Antara pelakon teraju utama watak dalam drama ini ialah Emma Maembong, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Raf Yaakob,Jalaluddin Hassan,Feiyna Tajudin, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah (Beego).  Jumlah episode sebanyak 13 episod.

Kalau korang yang belum baca novel Pencuri Cinta Kelas Satu boleh la baca dekat link di bawah ini yang Cik Ash share hihihi.. Bab 1 hingga Bab 15.
 
SINOPSIS PENCURI CINTA KELAS SATU



Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

This post have 5 komentar

avatar
Rabiahtul adawiyah delete July 13, 2018 at 8:14 AM

Tgk sekejap je drama ni.minat emma maembong

Reply
avatar
adianiez AIDA delete July 15, 2018 at 4:54 PM

hmmm aida x tgk lagi citer ni.
mcm menarik. pelakon pun ok :)

Reply
avatar
Farhana Jafri delete July 16, 2018 at 11:43 PM

macam best pulak tapi entah bila dapat tengok ni

Reply
avatar
dear anies delete October 13, 2021 at 9:13 AM

nampak best tp entah bla laa sy boleh layan ni hehehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post