Friday, October 15, 2021

author photo

 Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2 | Assalamualaikum, Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi cerita disebalik pengalaman cucuk vaksin.  Sebenarnya bila dengar pasal vaksin seram takut dengan kesan dia selepas cucuk. Lepas itu sebelum ni ada dengar pasal ustaz kongsi vaksin haram ke apa entah. 


Vaksin


Kalau ikut Cik Ash daftar vaksin ni pada bulan Mac 2021, masa tu banyak kecoh pasal vaksin kan, dengar macam-macam cerita, hihihi jadi takut juga nak cucuk vaksin. Apabila ibu mentua , suami pun dapat temujanji vaksin under kilang dan  ramai rakan-rakan dekat media sosial post dah pasal  vaksin tertanya juga bila diri ini dapat vaksin. 


Dah banyak ikut cara orang ajar buat step-step yang diajar tu, percubaan kali pertama pada bulan Julai  tak ada respon, cuba pulak kali kedua kebetulan  call talian pusat vaksin tanya berkenaan kad digital aboh tak boleh dilihat, selitkan juga pasal temujanji Cik Ash pun belum ada maklum balas, Cik Ash cuba kali ketiga cuba cara yang pertama tu cuma ubah ayat sikit-sikit pada 14 Ogos aritu, pada keesokkan terus dapat temujanji pada 19 Ogos 2021. 


Pada 19 Ogos 2021 hari untuk vaksin pun tiba, masa perjalanan ke sana jantung ni debar sungguh, , macam-macam rasa la nak kencing, berak la hahaha, vaksin kali pertama ni Cik Ash dapat sebelah petang, pergi sana dalam pukul 1.30 petang dalam pukul 2 lebih macam tu dah siap cucuk sampai tak sedar dah siap cucuk. Masa dalam tempat cucuk tu terkejut juga apabila orang pertugas kata vaksin Astrazeneca seram sejuk masa tu biasa la bila dengar  vaksin ni macam-macam kesan lepas vaksin. Dah siap cucuk singgah kedai beli makanan suami nak makan takoyaki. Kesan vaksin pertama ni Allah tak boleh bayang bila lalui demam dan makan tak lalu sampai 2 hari telan ubat paracetamol tu sampai 6 biji baru kebah demam. Nak bagi sihat tubuh ada dalam seminggu lebih juga baru baik seperti biasa, tak pernah demam berat macam tu sampai tak boleh nak buat kerja apa-apa mintak tolong suami semua buat. Bila difikir balik rasa tak nak cucuk dos kedua ni hahaha. Mujur masa dapat tarikh untuk cucuk bulan 10 lambat lagi la. Nak bagi tambah imunisasi badan kesan dari cucuk vaksin Cik Ash ada terbaca kawan-kawan kongsi amalkan makan habbatusauda selama sebulan sampai tarikh nak cucuk pada 8.10.21. 


Dan masuk bulan 10 berdebar-debar juga nak cucuk vaksin kedua ni takut la juga kesan macam yang pertama ke, kalau ikut tarikh untuk vaksin dikad dijadualkan pada 21.10.2021 tetapi baru-baru ni Menteri Kesihatan Khairil Jamaluddin buat pengumuman telah diawalkan dari 9 minggu kepada 6 minggu. Terkejut la juga tiba-tiba bertukar begitu. 


Untuk vaksin kali kedua pulak Cik Ash bawa diri pergi tempat vaksin yang pertama aritu, Cik Ash pergi waktu pagi jam 10 pagi gitu sampai sana dalam 10.30 pagi macam tu terkejut juga sampai sana kena beratur tak macam dos pertama aritu, selepas masuk dalam tu kena duduk atas kerusi dalam khemah, khemah dalam tu ada 8 buah, so hari tu Cik Ash kerja duk bilang khemah dan kerusi, 2 jam lebih juga nak masuk cucuk vaksin tu. Siap cucuk dalam 12.54pm dekat-dekat pukul 1 petang. Selepas balik cucuk vaksin suami singgah drive tru McDonald's hihihi, banyak juga suami order menu. Dos ke 2 ni Alhamdulillah tak ada kesan sampigan macam dos 1 aritu. Mungkin berkat cucuk pada hari Jumaat dan jatuh pulak bulan baru Islam Rabiulawal Alhamdulillah, ada rasa sakit tempat cucuk dan rasa lenguh-lenguh badan jer. Boleh buat kerja rumah seperti biasa. 


Ok la korang tu jer pengalaman cucuk vaksin dos pertama dan kedua Cik Ash, simpan sini sebagai kenangan hihihi, gambar pun tak ambil ada ambil video disekitar masa tu. Jumpa lagi ya korang.

This post have 2 komentar

avatar
SalbiahM delete October 15, 2021 at 9:00 PM

sekapal lah kita cik Ash, geng AZ. Tapi saya ambil sukarela sebab tunggu nama dipanggil punyalah lambat padahal bulan 2 dah daftar. Apa pun, Alhamdulillah dah settle

Reply
avatar
Husniey Husain delete October 17, 2021 at 7:03 PM

Alhamdulillah lega bila dah cucuk tu, perghh teruk juga demam berat macamtu..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post