Sektor Pelancongan Dah Buka Jom Bercuti | Assalamualaikum...Hai, apa khabar semua sihat tak, harap semuanya berada dalam keadaan sihat, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sektor pelancongan di bawah program 'travel bubble' berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini adalah berita baik buat kaki travel hihihi sebab mesti dah terfikir nak bercuti dekat mana dengan keluarga setelah kesian lama tak pergi bercuti. Tak sabar nak pergi bercuti dengan keluarga. Rindu nak tengok pemandangan yang indah diluar.
Dengan keadaan sekarang kes harian covid-19 masih meningkat, haruslah kena fikirkan banyak perkara yang penting untuk pergi travel mesti kena fikir banyak perkara yang perlu kita kena buat. Nak kena cari hotel, cari tempat yang selesa, nak tempah tiket flight lagi, Tambah dengan keadaan sekarang banyak benda kena fikir dulu, Tak payah susah nak pening kepala ada satu cara yang mudah dan terbaik yang Cik Ash tahu boleh digunakan khidmatnya adalah traveloka.
Kenapa ianya mudah dan senang sebab kita boleh booking hotel dekat sana dan banyak syarikat pelancongan yang menawarkan pelbagai kemudahan dalam satu platform seperti hotel, penerbangan dan pakej pelancongan, yang paling menarik harga yang ditawarkan tiada caj tersembunyi.
Mesti korang dah terfikir nak pergi bercuti dekat mana kan, Cik Ash nak bagi cadangan dekat korang ni apa kata korang bercuti dulu dalam negeri masing-masing. Bagi korang yang duduk di sekitar bandaraya Kuala Lumpur ada banyak hotel yang boleh korang kunjungi. Korang boleh menikmati keindahan KL Staycation di hotel-hotel yang menarik di dalam bandaraya Kuala Lumpur ni. Terdapat pelbagai pilihan hotel-hotel yang boleh kita pilih. Cik Ash rasa ramai yang sukakan hotel disekitar Kuala Lumpur kerana ianya terdapat banyak lokasi yang boleh kita kunjungi untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga. Apa yang Cik Ash tahu serba sikit tempat yang boleh kita lawati seperti di Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Muzium tinggalan sejarah, Zoo Negara, Taman Burung dan pelbagai lagi tempat yang menarik lagi yang boleh kita kunjungi.
Kalau dulu kita berangan-angan nak bercuti ke Grand Lexis Port Dickson, atau ke tempat lain Cameron Highlands dan Langkawi kan, buat masa ini biar la dulu keinginan kita nak bercuti ke sana dipendamkan dulu. Lebih baik elakkan bercuti di Langkawi buat masa ini biar dulu bagi keadaan dah reda nanti bolehlah ke sana kan.
Jom kita layan suasana staycation dulu di dalam bandaraya Kuala Lumpur, kerana disebabkan kita masih berada di dalam situasi terbatas pergerakan untuk merentas negeri. Cik Ash dah terbayang suasana bandaraya Kuala Lumpur mesti cantik dengan lampu yang berkelipan di waktu malam kan.
Masa ini la peluang untuk kita luangkan masa bersama keluarga dari suasana luar. Dapat bahagiakan mereka dengan percutian dekat-dekat pun ianya mampu memberikan perasaan yang positif dan mengembalikan semangat kita sekian lama duduk terkurung di dalam rumah tidak kemana-mana. Lagi pulak KL staycation ini kita tak perlu nak membuat perancangan terlebih dulu, kita boleh pergi bila-bila masa kita nak pergi.
Tapi jangan lupa kita masih lagi berhadapan dengan virus Covid-19 yang selalu mencatat kes bilangan yang agak tinggi setiap hari, dengan kadar bilangan kematian yang ramai ini, korang perlu la sentiasa menjaga diri korang, selalu memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, sentiasa atau kerap mencuci tangan dengan sabun ataupun menggunakan hand sanitzer, Ingat tu selain itu korang juga perlu jaga jarak sosial 1 meter apabila berada di kawasan yang ramai orang, sentiasa patuhi SOP (Standards Operation Procedure) yang telah ditetapkan ya. Lagi satu jangan lupa sentiasa scan suhu dan scan MySejahtera di tempat yang kita Chek in dan Check out kita keluar dari tempat kita kunjungi. Selamat Bercuti.
Betul. Nak elakkan tempat sesak kalau boleh. Tapi sebab pkp ni tak sempat nak cari duit untuk pergi bercuti. Cepat2 dapat masuk kerja macam dulu.
ReplyDeleteTeringin nk bercuti tp tetap rasa takut lg nk keluar
ReplyDeleteBestnya kan kalu dapat bercuti², yang penting jaga SOP, jaga jarak, pakai mask...
ReplyDeleteterasa nak terbang juga..subahanallah apakah lagi nikmat yang tidak membahagiakan..Sungguh Allah selalu sayang kita
ReplyDeletesemoga semuanya baik2 sahaja, aamiin in shaa allah
ReplyDeleteAmmi jalan-jalan balik hari jelah dulu..
ReplyDeleteAwal-awal ni mesti ramai org berjalan..jalan pun jam nanti.
Apa yang penting kena selalu jaga diri bila di tempat umum.
ReplyDeleteBest pergi cuti
ReplyDeleteLamanya tak bercuti.. semoga kita dijauhkan dr virus
ReplyDelete