Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku | Assalamualaikum, Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi info dan sinopsis mengenai drama terbaru yang mengantikan drama Ayahanda di slot Lestary pada 4 Ogos yang lalu.
Drama Hello Jangan Tapau Cintaku ini merupakan arahan oleh Idora Abdul Rahman, di bintangi oleh pelakon Nafiz Muaz, Elisya Sandha, dan Eyka Farhana.
Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku
Drama ini mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Berasal dari keluarga yang susa, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. Dikenali dengan panggilan "Minah Tapau', Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung.
Pak Long Asmadi mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit dalam masa dua bulan.
Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.
Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.
Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Long ya walaupun secara beransur-ansur.
Baca Juga 👉 Cik Ash
No comments:
Post a Comment
ash.rie8506@gmail.com