Drama Ayahanda Terbaik 2021 Dari Kisah Benar Penulis Novel Allahyarham Azizi Haji Abdullah | Assalamualaikum, Hai, hari ini Cik Ash ingin berkongsi waktu drama bersiri yang terbaik untuk tahun 2021. Kenapa Cik Ash kata ianya drama terbaik sebab ianya memang meninggalkan kesan mendalam buat Cik Ash sampai menitis air mata tengok drama ni. Sedih sangat Cik Ash rindu dekat family di Kelantan, tambah dengan situasi sekarang sudah agak lama tak jumpa aboh dan ma hampir 2 tahun tak balik kampung.
Menampilkan gandingan hebat pelakon-pelakon seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jasle, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim, Rita Nadira dan Mimi Asmidar.
Drama Ayahanda merupakan sebuah drama adaptasi daripada kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Haji Abdullah, penerima SEA Write Award 1998, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drama Ayahanda ni bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang yang memaparkan kehidupan Haji Abdullah ( Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang Noriah (Fauziah Ahmad Daud).
Konflik bermula apabila anak-anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya.
Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.
Untuk menonton siri drama terbaik Ayahanda ni korang boleh menonton di Disney Hotstar! https://www.hotstar.com/my/1260064734
Disney + Hoststar! Aplikasi berbayar.
Ok la korang semua itu jer dulu untuk pengkongsian hari ini selamat membaca nanti jumpa lagi entri yang baru.
This post have 4 komentar
Saya tgk drama ni .. memang best dan banyak pedoman dan ambilan pengajaran bermakna dalam drama ni. Jarang ada drama macam ni skarang. Siapa tak tonton lagi, boleh tonton.
ReplySedihhh sgtt
ReplyDepa kta cerita dia bes, cik timm xtgk takut nnti sedih, huhu..
ReplyMasih terbawa-bawa dengan emosi...teringat ayah kat kampung...
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon