Selamat Pagi Jumaat | Assalamualaikum, Hai korang selamat pagi, hari ini hari Jumaat dah kan, hari ni korang sarapan apa, Cik Ash pagi ni buat keow teow goreng gambar lupa nak snap hahaha.
Aktiviti waktu pagi Cik Ash hari ini basuh kain dulu, sapu sampah kat ruang dapur dan ruang tamu. Hari-hari buat kerja rumah yang sama hihihi. Surirumah kan ada kerja nak buat walaupun tiada anak pun sibuk kerja rumah dan urus mak mentua lagi. Penat juga kadang-kadang.
Dah selesai semua kerja, Cik Ash akan rehat sambil layan Korea sampai tertidur hahaha, aduhaiii. Cerita Korea apa yang best yang pernah korang tengok boleh kongsi dekat komen tak.
Menu petang ni korang dah fikir ke nak masak apa, kalau suami Cik Ash menu dia paling senang ayam goreng KFC dengan kuah madu tu, menu untuk mak mentua yang selalu pening nak masak, tak tahu dah Cik Ash nak masak apa ni kadang buat ayam dan ikan tak makan pun, kelmarin buat sambal sardin pun dia tak makan, susah bila orang tua tak lalu makan ni pening nak memasak. Makanan yang tak habis Cik Ash la tolong habiskan akibat berat pun terlebih dah ni boleh rasa bila lutut dan kaki sakit nak tampung berat hahaha.
Nak diet selalu tak menjadi, sejak pkp ni semua jadi malas nak buat hahaha, blog ni pun kadang-kadang malas nak buka, kuatkan semangat dan mood untuk menulis target satu entri setiap hari. Hihihi. Biarpun entri merapu bagai janji blog sentiasa ada diupdatekan.
Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya, nanti jumpa lagi esok kalau rajin ada entri baru kalau malas tu tak ada ya. Hahaha.
Layan korea jugak ye hehw
ReplyDeleteHai geng korea
DeleteHahaa.. Walaupun update merapu... yaa.. saya setuju... janji berhapdet.. sebab memang plan at least sehari satu entri.. Kannn.. Ada la view... takdela krik krik jeer
ReplyDeleteKan ada la naik view kan hahaha
Delete