Saturday, July 10, 2021

Saturday Life 10 Julai 2021

 Saturday Life 10 Julai 2021 | Assalamualaikum, Hai korang semua, Hari ini kita bersiaran agak lewat sikit hihihi. Terlupa nak update blog hahaha, pagi tadi  korang sarapan menu apa. Cik Ash pagi tadi masak nasi, goreng ikan bilis, telur mata dan ulam timun makan dengan kuah sambal. Makan nasi ala-ala nasi lemak suami kata hari ini kita makan nasi lemak Kedah. 


Life


Untuk makan tengahari Cik Ash makan biskut cream craker jer, petang dalam pukul 3 lebih baru nak masuk dapur nak memasak. Nak masak menu apa tu masih tak tahu lagi, suami Cik Ash kalau tanya dia tak ada yang lain dah ayam goreng KFC hahaha, Mak mentua Cik Ash pulak bab dia nak makan selalu jer pening nak masak, bila tanya nak makan dia kata masak la apa-apa bila masak tak lalu makan. Biasa lah orang tua ni ada waktu selera ada waktu tak selera , sabar la wahai hati hihihi. 


Hari ini Cik Ash rehat dari basuh baju, nak himpun dulu bagi banyak dulu, hihihi. Sapu sampah pun dah siap pagi tadi, waktu ni tengah layan Korea dekat Netflix hihihi, cerita Korea yang sedang Cik Ash layan ni 'Mystic Pop-up Bar'



Ok la korang jumpa lagi nanti kalau rajin Cik Ash update blog ya. selamat berehat di hari minggu ni.

2 comments:

ash.rie8506@gmail.com