Friday, July 2, 2021

Nasi Goreng Petai Yang Simple

 Nasi Goreng Petai Yang Simple | Assalamualaikum...Hai, selamat pagi, awal update blog hari hihihi, hari ini Cik Ash nak kongsi sarapan pagi dengan nasi goreng petai. siapa dekat sini penggemar nasi goreng kita geng ya. Apa-apa jenis nasi goreng boleh kita buat, selalu yang kita biasa dengar nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi ikan masin. Kali ini Cik Ash buat nasi goreng petai. Tambah pulak petai dimasukkan dalam nasi di gaulkan dengan ikan bilis lagi sedap boleh makan bertambah-tambah ni.


nasi

Petai selalu sinonim dengan masakan sambal ikan bilis petai kan, kali ini kita ubah selera buat nasi goreng petai pulak. Jom la kita layan resepi yang Cik Ash gunakan hari ini. Jika korang suka, boleh cuba buat juga nanti. 


Baca Juga 👉 Nasi Kerabu Goreng


Nasi Goreng Petai Yang Simple 

Oleh : Cik Ash 


Bahan-bahan 

Nasi putih

Ikan bilis- goreng garing

Petai - Hiris dan goreng

1 biji telur

garam 

ajinamoto 


Bahan-bahan tumbuk : 

4 biji cili padi

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih 


Cara Membuatnya : 

1. Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan tos diketepikan. Selepas itu korang goreng pulak petai seketika dan angkat. 


2. Minyak yang goreng ikan bilis tadi jangan dibuang ya, guna minyak itu untuk menumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau, pecahkan telur lepas itu kacau-kacau sepuya telur itu bergaul sekata. 


3. Masukkan nasi putih kacau sekata, lepas itu masukkan ikan bilis dan petai yang dah digoreng, kacau hingga rata. Masukkan garam dan ajinamoto. Sedia untuk dimakan dalam keadaan panas-panas baru terbangkit selera hihihi. 


Ok la korang itu jer nasi goreng petai yang simple cara Cik Ash buat, kepada orang yang ingin memcuba resepi dipersilakan. Selamat memcuba!! Nak tengok koleksi masakan dari blog Cik Ash ni korang boleh jer klik DapurCikAsh

8 comments:

  1. sedapnya Cik Ash, lama tak makan petai. Nasi goreng gini tak yah lauk dah kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la lama juga xmakan kebetulan ada petai buat hihihi

      Delete
  2. nasi goreng petai!
    petai sedap. tapi tu la, lepas makan berangin.
    tetap bila makan, tak hengat donia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Aida petai sedap makan, lepas makan makan berangin la hahaha

      Delete
  3. Simple and confirm sedap ! Petai for life gituuuu hehee #Staysafe

    ReplyDelete
  4. Yumm yummm! Sedap ni! Lagi banyak petai lagi bertambah makan hehehe

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com