Nasi Goreng Petai Yang Simple | Assalamualaikum...Hai, selamat pagi, awal update blog hari hihihi, hari ini Cik Ash nak kongsi sarapan pagi dengan nasi goreng petai. siapa dekat sini penggemar nasi goreng kita geng ya. Apa-apa jenis nasi goreng boleh kita buat, selalu yang kita biasa dengar nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi ikan masin. Kali ini Cik Ash buat nasi goreng petai. Tambah pulak petai dimasukkan dalam nasi di gaulkan dengan ikan bilis lagi sedap boleh makan bertambah-tambah ni.
Petai selalu sinonim dengan masakan sambal ikan bilis petai kan, kali ini kita ubah selera buat nasi goreng petai pulak. Jom la kita layan resepi yang Cik Ash gunakan hari ini. Jika korang suka, boleh cuba buat juga nanti.
Baca Juga 👉 Nasi Kerabu Goreng
Nasi Goreng Petai Yang Simple
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
Nasi putih
Ikan bilis- goreng garing
Petai - Hiris dan goreng
1 biji telur
garam
ajinamoto
Bahan-bahan tumbuk :
4 biji cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan tos diketepikan. Selepas itu korang goreng pulak petai seketika dan angkat.
2. Minyak yang goreng ikan bilis tadi jangan dibuang ya, guna minyak itu untuk menumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau, pecahkan telur lepas itu kacau-kacau sepuya telur itu bergaul sekata.
3. Masukkan nasi putih kacau sekata, lepas itu masukkan ikan bilis dan petai yang dah digoreng, kacau hingga rata. Masukkan garam dan ajinamoto. Sedia untuk dimakan dalam keadaan panas-panas baru terbangkit selera hihihi.
Ok la korang itu jer nasi goreng petai yang simple cara Cik Ash buat, kepada orang yang ingin memcuba resepi dipersilakan. Selamat memcuba!! Nak tengok koleksi masakan dari blog Cik Ash ni korang boleh jer klik DapurCikAsh
This post have 8 komentar
sedapnya Cik Ash, lama tak makan petai. Nasi goreng gini tak yah lauk dah kenyang
Replynasi goreng petai!
Replypetai sedap. tapi tu la, lepas makan berangin.
tetap bila makan, tak hengat donia!
Simple and confirm sedap ! Petai for life gituuuu hehee #Staysafe
ReplyTu la lama juga xmakan kebetulan ada petai buat hihihi
ReplyBetul tu kak Aida petai sedap makan, lepas makan makan berangin la hahaha
ReplySedap sebab ada petai hihihi
ReplyYumm yummm! Sedap ni! Lagi banyak petai lagi bertambah makan hehehe
ReplyBetul tu kak farah
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon