Thursday, July 29, 2021

Alhamdulilah Menang Giveaway Di Instagram

Alhamdulilah Menang Giveaway Di Instagram | Assalamualaikum... Hai korang semua, Hari ini nak kongsi hadiah giveaway yang Cik Ash join baru-baru dekat instagram rakan blogger akan dapat hadiah tepung bestari telur masin tu. 


menang



Kalau ikut dekat rumah Cik Ash selalu guna tepung bestari untuk ayam yang original kadang tu yang pedas, rumah ni stock sentiasa ada sebab suami suka makan ayam goreng kfc. Dia kata kalau nak bandingkan dengan dekat kedai sedap isteri dia buat lagi hihihihi.



Baru-baru ini Cik Ash ada join giveaway rakan blogger yang ada buat dekat instagram, giveaway mudah hanya komen dan tag pemenang akan di DM oleh pihak tepung bestari food. Alhamdulilah rezeki Cik Ash dapat menang dah lama tak menang hadiah giveaway sejak dah slow-slow join contest, giveaway hihihi, maybe sebab faktor sekarang malas nak buat apa banyak duk mengadap televisyen layan drama, dengar zikir-zikir.


Terima kasih kepada pihak bestarifood hadiah tepung telur masin ni, tak sabar nak guna dalam masakan nanti. Nanti Cik Ash kongsi masakan yang menggunakan tepung telur masin ni dekat facebook dan instagram.

Monday, July 19, 2021

Isi Masa Lapang Dengan Bermain Game Online Tanpa Iklan

Isi Masa Lapang Dengan Bermain Game Online Tanpa Iklan | Assalamualaikum..Hai korang semua, Hari ini Cik Ash ada nak berkongsi dengan korang mengenai sebuah website yang terbaik untuk mengisi masa lapang korang bermain game. Cik Ash tengok dalam website ini terdapat lebih 200 jenis pilihan game yang korang boleh pilih dan main. Tambah pulak kita masih dalam PKP  lagi ni banyak masa ada dekat rumah jer. Kalau keluar pun ada urusan penting.


play

 


Di website itu Cik Ash paling suka sebab ianya adalah secara percuma tak perlu kita download , install dalam laptop ataupun handphone,Kalau korang yang suka bermain game , bolehlah pergi berkunjung ke website plays.org yang boleh kita main secara percuma dan lebih menarik lagi ianya tanpa iklan.

 

Cik Ash pun baru tahu mengenai kewujudan website ni daripada rakan-rakan Cik Ash, Disebabkan Cik Ash ni suka sangat main game dekat handphone bila ada masa lapang. Tetapi bila main dekat handphone yang selalu menganggu Cik Ash adalah iklan yang banyak setiap kali nak meneruskan misi seterusnya. Kali ini Cik Ash dah tak perlu nak risau lagi nak bermain sampai puas hati kerana tiada gangguan iklan dan percuma di plays.org.

 

Game Dulu VS Sekarang

Untuk pengetahuan korang, kalau zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza cara bermain game.Kalau dahulu kita boleh bermain kejar-mengejar, masak-memasak, kahwin-kahwin, lompat tali, mandi kolam dan banyak lagi. Tak kan la nak cerita sampai habis hahaha. Ingat lagi zaman dahulu Cik Ash sempat bermain kahwin-kahwin dengan kawan permainan, siap ada masak-memasak lagi. Kalau nak ceritakan permaianan zaman dahulu panjang sangat hihihi.

 

Walaupun bermain permainan yang Cik Ash  bagitahu tu pun, ada juga masa terluang Cik Ash suka bermain game Brick Game yang kita kena masukkan bateri AA dan bermain setiap hari boleh dikatakan sampai kena ganti bateri kerap hahaha, Game ini paling popular juga waktu itu sebab kalau main game ni selalu berebut dengan adik-beradik.

 

Tahun demi tahun suasana bermain macam dahulu pun dah tiada yang kita nampak mereka bermain tambah dengan keadaan sekarang lagi la, kebanyakkan budak zaman sekarang banyak habis dengan handphone tambah sekarang belajar secara online disebabkan kes harian covid-19 selalu menunjukkan angka yang tinggi. Kebarangkalian mereka bermain game online pun akan menjadi lebih kerap.

 

Jom Bermain Game Di Plays.org

Berbalik pada topik di atas, website plays.org , boleh mengisi masa korang bermain game  ketika ini kerana kita masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) ini.  Mestilah boring dan tak ada nak buat apa-apa dekat rumah ini. Dekat sini korang tak perlu risau, korang boleh bermain game secara percuma.

 

Sebagai contoh untuk memudahkan korang yang pertama kali singgah ke website plays.org, Cik Ash dah sediakan gambar dekat bawah ini , ada banyak pilihan yang korang boleh pilih? Korang hanya perlu memilih kategori yang mana yang korang suka banyak pilihan yang best-best kita boleh pilih.


Korang boleh membuat pilihan kategori yang korang suka main dan tak perlu lagi susah nak cari sesuatu game. Semuanya sudah disediakan korang boleh bermain sampai kepuasan.

 

Game Pilihan Cik Ash Di Plays.Org

Cik Ash sempat bermain game dekat plays.org ni, antara game yang Cik Ash suka bermain adalah jenis Simulation, Hidden Object, Jigsaw Puzzle dan banyak lagi korang nak tahu semasa bermain dengan dekat sini memang ralit dan tak ingat ada kerja rumah yang belum selesai dekat rumah ni hahaha. Antara game ialah :-

 

1.   1. Tap Supermarket


Bagi korang suka game jenis macam Simuation ni, Cik Ash recommend game
  Tap Supermarket ni, game nya cukup simple dan senang nak main. Tambah game ni macam pernah main sebelum ni senang la bermain sampai ralit nak bagi sampai naik level baru tak sedar hahaha.

 

Kalau orang teringin nak rasai pengalaman bermain game Tap Supermarket ni korang boleh jer klik >>> plays.org.

 

 

2.   2.Pipe Mania



Game puzzle ni best juga main, game dia pemain perlu menyambung larian paip untuk membantu aliran air ke lokasi yang betul.

 

Cik Ash cuba bermain mula-mula tak faham macam mana akhirnya berjaya selesaikan misi puzzle ni. Hahaha.

 

Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> plays.org.


3.    3. Frogtastic

 


Kalau korang yang suka main game tembak-tembak (Shooting) banyak pilihan dekat sana, Cik Ash pilih game Frogtastic ni disebabkan bila main game teringat pulak dekat game Zuma World yang pernah Cik Ash bermain semasa zaman bujang-bujang dahulu. Ralit juga kalau start bermain game ni. Kalau ikut nak tembak semua bola bagi menang ke level lain tetapi jarang nak berjaya tembak.

 

Nak juga main game ni korang boleh jer klik >>> plays.org.

 

Berikut adalah antara 3 game yang sempat Cik Ash bermain dekat plays.org ni. Banyak lagi pilihan korang boleh bermain dekat sana, pilih jer yang mana korang nak. Tambah dengan keadaan sekarang ni boleh isi masa lapang bermain game online. Tambah apa yang Cik Ash tengok game dekat sana  ada sediakan untuk  kanak-kanak , ianya terdapat dalam kategori Kids, Kinder Garden, math  dan banyak lagi. Bagus juga sambil mereka bermain game sambil belajar tak ada buang masa ketika bermain game kan.


Ok la itu jer hari ini Cik Ash nak berkongsi satu website yang boleh mengisi masa lapang korang dengan bermain game online yang seronok bersama ahli keluarga tersayang. 

Wednesday, July 14, 2021

Lirik Lagu Tema Drama Love Elsa

 Lirik Lagu Tema Drama Love Elsa | Assalamualaikum, Hai korang semua, Hari ini Cik Ash nak berkongsi satu lagu tema dalam drama Love Elsa. Siapa tengok drama ni mesti dah dengar lagu tema dia kan. Cik Ash mula-mula dengar tu ni ingat ke lagu Korea tak pun Filipina bila Search dekat YouTube lagu ni merupakan lagu Ika Noh dalam bahasa Dusun etnik di Sabah yang bermaksud "Hanya Kamu". 


ostloveelsa



Sedap juga dengar lagu ni terbaik la, Boleh pergi jauh lagu ni, pertama kali dengar lagu ni dijadikan ost dalam drama pulak, patut la lagu best  Marsha Milan komposernya  , lirik pulak ditulis Fanzi Ruji (Malay/Dusun, Asfarinah Mansor (Malay) dan Carlasie Lubin (Dusun).  Jom tengok lirik lagu dibawah ni ada dua versi. 


Lagu : IKA NOH (Hanya Kamu)

Producer : Marsha Milan

Komposer : Marsha Milan

Arranger : Jayrin Jahimin 

Lyrics : Fanzi Ruji (Malay/Dusun), Asfarinah Mansor (Malay), Carlesie Lubin (Dusun).

                                                

                                                Versi Dusun

Pirubaan toh di pogulu
Osorou ku ih ngisngis nu
Di olumis
Kogogor tundu undu ku
Iti manaku komoyon
Do piginawaan

Osorou ku sorot di mato nu
Atarom kotodok
Tundu undu ku
Aganggarau ginawo ku
Inggaa pakayaan

Mibatos kito ngoduo
Do mindalan diti
Koposion toh

Oh, It's You
Oh, It's You
Oh, It's You, ooh..
Oh, It's You
Oh, It's You
Oi koupusan ku

Miiso oh duo ginawo
Ika songulun toronongon ku
Hiti oku ih  kasari
Mongintong dika

Osorou ku ih ngisngis nu
Kogogor tundu undu ku
Iti manaku komoyon
Do piginawaan

Osorou ku sorot di mato nu
kotodok tundu undu ku
Aganggarau ginawo ku
Inggaa pakayaan

Oh, It's You
Oh, It's You, ooh..
Oh, It's You
Oh, It's You
Oh, It's You, ooh..

Mibatos kito ngoduo
Do mindalan diti
Koposion toh

Oh, It's You, ooh..
Oh, It's You
Oi koupusan ku


[BM Translation]

Pertemuan kita dahulu
Ku terbayang senyuman indahmu
Berdebar rasa hatiku
Adakah ini makna cinta?

Ku terbayang lirikan matamu
Tajam menusuk kalbuku
Berdebar jiwaku rasa tak menentu

Kita berjanji
Menjalani perjalanan hidup kita

Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh kekasihku

Dua hati menjadi satu
Engkau pilihan hatiku
Aku akan selalu menjagamu

Ku terbayang senyuman indahmu
Berdebar rasa hatiku
Adakah ini makna cinta?

Ku terbayang lirikan matamu
Tajam menusuk kalbuku
Berdebar jiwaku rasa tak menentu

Kita berjanji
Menjalani perjalanan hidup kita

Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu



Monday, July 12, 2021

Terlebih Rajin Almari Kasut Lama DIY Jadi Baru

 Terlebih Rajin Almari Kasut Lama DIY Jadi Baru | Assalamualaikum, Hai korang, Hari ini Cik Ash nak kongsi apabila rajin ada benda yang dibuatnya. DIY baju baru dekat almari kasut ni pada bulan Jun aritu hahaha, ada kongsi dekat Facebook dekat blog tak kongsi. Malas nak taip kan.


DIY almari


Almari kasut ni kalau ikut dah nampak usang, Kebetulan sebelum ini ada pergi mr DIY Cik Ash beli wallpaper tu. Apa lagi benda dah ada aktiviti nak pasang baju dekat almari kasut pun berjalan hahaha. Dalam masa satu hari tampal wallpaper dekat almari. Sakit urat keesokannya. 


Cantik tak almari kasut di balut dengan wallpaper belang-belang hihihi. Ada lagi yang nak di tampal ni tapi mood nak buat tu tak datang lagi hahaha. Almari kasut ini tak tahu berapa tahun dah, Cik Ash kahwin dengan suami duduk kat rumah ni semua dah ada hihihi. 


Ok la pasal almari pun nak bagitahu dekat blog biar la janji blog ni ada satu entri hahahah. 

Sunday, July 11, 2021

Sambil Lipat Kain Kita Tengok Zoo Secara Alam Maya

 Sambil Lipat Kain Kita Tengok Zoo Secara Alam Maya | Assalamualaikum, Selamat tengahari  korang, lewat hari ini bersiaran, sarapan apa pagi ni, Cik Ash tadi goreng telur dadar, goreng ikan bilis jer. Tak ambik gambar pun biasa lah pagi jarang handphone nak ada dekat tangan.  Tengahari ni rasa nak makan mamee la hahaha nanti nak pergi buat. 


Life time


Rutin Cik Ash hari ini lipat kain dalam bakul yang dah tinggi bukit ni, hahaha, biasa lah bab basuh kain memang rajin tetapi nak melipat tu yang agak susah sikit kena ambik mood dan tak boleh buat kerja lain dah. 


Petang ni nak masak menu apa, tak tahu lagi, kalau suami menu sama jer hahaha, tengok la nanti nak buat apa pening nak masak ni, kalau ada orang lain tolong masak kan best Cik Ash dah jemu makan makanan sendiri masak ni.


Sambil-sambil lipat kain ni Cik Ash tengok live Zoo Taiping & Night Safari dekat Facebook mereka ada buat live hari Ahad jam 10 pagi. Hari ini mereka tayang kehidupan Harimau Malaya . Boleh la hilangkan bosan duduk di rumah ni tengok kehidupan haiwan di zoo kan. Lama dah Cik Ash tak pergi Zoo Taiping ni kalau tak silap Cik Ash last pergi masa belum kahwin tahun 2010 masa tu kakak Cik Ash sedang mengandung anak kedua, kakak Fathnin kecil lagi. Gambar kenangan dekat Zoo Taiping semuanya hilang sayangnya tak ingat simpan dekat mana. 


Kalau orang yang teringin nak tengok live Zoo Taiping & Night Safari boleh follow Facebook, Instagram mereka ya. Tadi seronok tengok harimau perangai dah macam kucing hahaha. Geram nak peluk jer. Kalau tak silap Cik Ash Zoo Taiping paling terbesar di Malaysia. Di dalam live mereka tadi ada bagitau sesiapa yang ingin bagi sumbangan boleh sumbangan ke dalam account yang tertera dalam live. Jom sesama-sama kita tengok live Zoo kita menderma untuk menambah dana untuk haiwan di zoo.  Tak lupa juga Zoo Melaka pun ada juga buat live tadi boleh kita bantu mereka nanti kan. 


Ok la korang semua, Cik Ash undur diri dulu nak siapkan lipat kain lepas tu simpan dalam alamari, nanti kalau ada masa Cik Ash update ya. Jumpa lagi. 

Saturday, July 10, 2021

Saturday Life 10 Julai 2021

 Saturday Life 10 Julai 2021 | Assalamualaikum, Hai korang semua, Hari ini kita bersiaran agak lewat sikit hihihi. Terlupa nak update blog hahaha, pagi tadi  korang sarapan menu apa. Cik Ash pagi tadi masak nasi, goreng ikan bilis, telur mata dan ulam timun makan dengan kuah sambal. Makan nasi ala-ala nasi lemak suami kata hari ini kita makan nasi lemak Kedah. 


Life


Untuk makan tengahari Cik Ash makan biskut cream craker jer, petang dalam pukul 3 lebih baru nak masuk dapur nak memasak. Nak masak menu apa tu masih tak tahu lagi, suami Cik Ash kalau tanya dia tak ada yang lain dah ayam goreng KFC hahaha, Mak mentua Cik Ash pulak bab dia nak makan selalu jer pening nak masak, bila tanya nak makan dia kata masak la apa-apa bila masak tak lalu makan. Biasa lah orang tua ni ada waktu selera ada waktu tak selera , sabar la wahai hati hihihi. 


Hari ini Cik Ash rehat dari basuh baju, nak himpun dulu bagi banyak dulu, hihihi. Sapu sampah pun dah siap pagi tadi, waktu ni tengah layan Korea dekat Netflix hihihi, cerita Korea yang sedang Cik Ash layan ni 'Mystic Pop-up Bar'



Ok la korang jumpa lagi nanti kalau rajin Cik Ash update blog ya. selamat berehat di hari minggu ni.

Friday, July 9, 2021

Selamat Pagi Jumaat

 Selamat Pagi Jumaat | Assalamualaikum, Hai korang selamat pagi, hari ini hari Jumaat dah kan, hari ni korang sarapan apa, Cik Ash pagi ni buat keow teow goreng gambar lupa nak snap hahaha. 


Selamat Pagi Jumaat


Aktiviti waktu pagi Cik Ash hari ini basuh kain dulu, sapu sampah kat ruang dapur dan ruang tamu. Hari-hari buat kerja rumah yang sama hihihi. Surirumah kan ada kerja nak buat walaupun tiada anak pun sibuk kerja rumah dan urus mak mentua lagi. Penat juga kadang-kadang. 


Dah selesai semua kerja, Cik Ash akan rehat sambil layan Korea sampai tertidur hahaha, aduhaiii. Cerita Korea apa yang best yang pernah korang tengok boleh kongsi dekat komen tak. 


Menu petang ni korang dah fikir ke nak masak apa, kalau suami Cik Ash menu dia paling senang ayam goreng KFC dengan kuah madu tu,  menu untuk mak mentua yang selalu pening nak masak, tak tahu dah Cik Ash nak masak apa ni kadang buat ayam dan ikan tak makan pun, kelmarin buat sambal sardin pun dia tak makan, susah bila orang tua tak lalu makan ni pening nak memasak. Makanan yang tak habis Cik Ash la tolong habiskan akibat berat pun terlebih dah ni boleh rasa bila lutut dan kaki sakit nak tampung berat hahaha. 


Nak diet selalu tak menjadi, sejak pkp ni semua jadi malas nak buat hahaha, blog ni pun kadang-kadang malas nak buka, kuatkan semangat dan mood untuk menulis target satu entri setiap hari. Hihihi. Biarpun entri merapu bagai janji blog sentiasa ada diupdatekan. 


Ok la korang  Cik Ash undur diri dulu ya, nanti jumpa lagi esok kalau rajin ada entri baru kalau malas tu tak ada ya. Hahaha. 

Thursday, July 8, 2021

Selamat Pagi Sarapan Apa tu

 Selamat Pagi Sarapan Apa tu | Assalamualaikum, Hai korang semua, Hari ini apa aktiviti korang, Cik Ash pagi ni sarapan dengan nasi goreng dua benua. Kenapa Cik Ash panggil nasi goreng dua ni. Ianya dua cara yang berbeza. 


Selamat pagi


Suami Cik Ash pagi ni dia request nak nasi goreng cina dan nasi goreng kampung. Cik Ash buat ikut cara Cik Ash jer, buat campak-campak hahaha, campak-campak itu la yang sedap kan. 




Lagi beberapa hari dah nak raya haji kan, tahun kedua beraya di perantauan lagi, semoga covid-19 cepat-cepat la berakhir nak balik kampung rindu dekat aboh dan ma. 


Korang dah fikir ke nak masak apa nanti raya haji, Cik Ash tidak terfikir pun lagi, tak rasa nak beraya pun hahaha, maybe mood tak sampai lagi, Cik Ash tunggu suami request nak makan apa nanti raya haji ni. Cik Ash buat janji suami dan Mok makan kan. 


Tahun raya haji raya di rumah tak boleh pergi mana-mana lagi, kita duduk di rumah makan-makan, tidur bangun lepas tu makan hahaha, berat sejak pkp ni rasa nak naik angka lama hahaha aduhaiii. 

 

Ok la korang Cik Ash undur diri dulu, nak keluar sekejap ni nak pergi klinik, ke kedai cari beras dan barang dekat kak ipar mintak tolong suami. Jumpa lagi nanti ya. 

Wednesday, July 7, 2021

Wordless Wenesday #112 | Oh Selipar Berwarna Pink

 Wordless Wenesday #112 | Oh Selipar Berwarna Pink | Assalamualaikum lama tak buat entri ww ni. Hari ini kita post la. Jom usha gambar ya. 



Pink


Monday, July 5, 2021

Segemen Pencarian Bloglist Syu Deris

 Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris | Assalamualaikum... Hai korang semua, Hari ini tak ada entri yang nak tulis hahaha, idea tak mai ada dalam draf lagi baru sekerat menaip, disebabkan nak bagi selalu ada entri baru dekat blog ni , Cik Ash ambil peluang join segmen daripada rakan blogger tanda support mereka. 



Kali Cik Ash nak join segmen yang dianjurkan oleh blogger Syu Deris. Lagi pulak syarat untuk join segmen berlainan daripada selalu yang Cik Ash join. Syarat join segmen ni boleh tengok di bawah ni :- 


1) Create satu post bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris"
2) Copy banner & backlink kan ke post ni
3) Teka jumlah peribahasa yang korang nampak dalam gambar
4) Nyatakan salah SATU peribahasa tersebut &
5) Tinggalkan link segmen korang di ruangan komen



Macam best pulak main teka teka peribahasa dalam gambar di atas ni kan, boleh juga kita belajar peribahasa yang dah lama kita tinggalkan, hahaha, umur dah nak dekat 40an mana nak ingat dah peribahasa ni, kalau ada anak buat ditanya soalan macam harus tak dapat jawab ni. Dalam gambar ini Cik Ash tengok ada 10 peribahasa melayu. Antara 10 peribahasa yang ada dalam ni ialah  


1. Sediakan payung sebelum hujan

2. Bagaikan anjing dengan kucing

3. Hidung panjang/ tinggi

4. Ibarat cendawan tumbuh lepas hujan

5. Melentur buluh biarlah di rebungnya

6. Kaki bangku

7. Bagaikan katak dibawah tempurung

8. Kura-kura dalam perahu,pura-pura tidak tahu

9. Buah hati

10. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. 


Jom memeriahkan segmen ni kalau nak join sila klik banner di atas ya, tarikh tutup segmen ni pada 14 Julai 2021, masih sempat lagi kalau nak join ni. Pemenang bertuah segmen ni akan terpilih sebagai 10 bloglist akan dimasukkan blog Syu.