Sunday, June 6, 2021

Buat Laksam Lemak Sempena Annivesary

Buat Laksam Lemak Sempena Annivesary | Assalamualaikum, Hai, baru nak kongsi dekat blog ni, biasa la sekarang dah kurang mood nak mengadap segala media sosial, banyak duduk buat aktiviti lain dekat rumah ni, aktiviti menjahit hahaha, dapat hasilkan seluar tu pun gigih jahit guna tangan akibat nya tangan pun sakit hahaha. 


Annivesary


Benda dah lepas pada 29 Mei 2021 aritu Cik Ash terlebih rajin nak buat menu yang special la bagi Cik Ash  buat laksam lemak kelantan ni ambik masa berjam-jam jugak nak boleh siapkan semua. Tengok barang dalam peti ais semua dah ada tu yang on nak buat laksam, start dari pukul 3 petang siap semua dalam pukul 7 lebih-lebih gitu. buat laksam khas sempena annivesary perkahwinan Cik Ash yang ke 7 tahun. 





Alhamdulillah 7 tahun tempuhi alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran dari awal kahwin sehingga sekarang selalu di uji, Cik Ash tahu Allah uji tanda sayang dekat kami suami isteri. 


Semoga perkahwinan kami suami isteri kekal hingga akhir Jannah semoga dipermudahkan urusan kami dan semoga kami dikurniakan zuriat di masa akan datang insyaallah, Allah dah tentukan pada masa yang tepat untuk kami menerima zuriat nanti.


Resepi laksam lemak Cik Ash pernah kongsi dekat blog ni semasa buat aritu dibantu oleh suami, untuk kali Cik Ash buat seorang jer, gigih usaha siap kan sampai time waktu suami balik kerja masa tu. Alhamdulillah kenyang perut kami bertiga malam tu makan laksam ni. 


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu ya, nanti kalau ada kerajinan insyaallah akan update blog ni. 

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com