Friday, April 30, 2021

Drama Sabarlah Duhai Hati Di Slot Akasia TV3

Drama Sabarlah Duhai Hati Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum...Hai, lama tak update pasal drama dekat blog ni, Ni ada drama terbaru di Slot Akasia TV3 yang bersiaran  pada 28 April 2021. Merupakan drama adaptasi novel karya Mimie Afinie. Tajuk drama dan novel adalah sama. 


Sabarlah Duhai Hati


Pengarah dan Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan Eez Jalaludin, serta diterbitkan oleh produksi Suhan Movie & Tranding. 


Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati 

Drama bersiri sebanyak 35 episod ini mengandingkan pelakon Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli merupakan pelakon utama dalam drama ini, turut membantu dalam drama ini adalah Aiman Badrul, Iman Suhana, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Kodi Rasheed, Danish Hazriq, Emelda Rosemila, Balkiys Semudur Khan, Pablo Amirul, Hisyam Bakar, Fadilah Mansor dan Haleeda. 


Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati 

Hidup Fira (Amyra Rosli) berubah sejak kelahiran, adik bongsunya,Danish ketika usianya 20 tahun, Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia.Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapal-kapal dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan (Saharul Ridzwan).


Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia (Iman Suhana). Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan. Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai Cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat  bertemu dengan Affan lebih kerap.


Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya? 


Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati 

Bagi anda yang tidak berkesempatan nak menonton drama Sabarlah Duhai Hati ini anda boleh menontonnya menerusi laman web iQyi secara online dan percuma. Anda boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh drama ini. 


๐Ÿ‘‰Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati

Saturday, April 24, 2021

Tempah Pakej Aqiqah Dengan AQIQAHCENTRE.COM Lebih Mudah Dan Senang

Tempah Pakej Aqiqah Dengan AQIQAHCENTRE.COM Lebih Mudah Dan Senang | Assalamualaikum, Hai, kita masih lagi dalam tempoh PKPB/PKPP untuk melawan pandemik Covid-19, mesti ada ibu bapa yang pening memikirkan bagaimana untuk membuat aqiqah dengan situasi sekarang walaupun kerajaan dah umum boleh merentas daerah tetapi nak rentas negeri masih tidak boleh dan memikirkan kalau buat majlis mesti kena ikut SOP dan ingin menjaga keselamatan semua Cik Ash ada terjumpa satu laman sesawang yang ada menawarkan pakej aqiqah yang dapat membantu ibu bapa yang pening nak buat aqiqah untuk kelahiran anak iaitu Aqiqah Online.


Aqiqah


Memikirkan keadaan sekarang ni, memang agak susah sikit kita nak buat majlis, nak kena cari tempah sesuai untuk majlis aqiqah ni, tambahan pulak apa yang Cik Ash tahu untuk kos tempahan pengurusan aqiqah di Malaysia agak mahal kosnya bagi yang tidak berkemampuan tidak dapat untuk meneruskannya majlis itu. 


Ini pengalaman adik Cik Ash sendiri dia rancang nak buat majlis aqiqah ni dekat Kelantan tetapi dengan keadaan sekarang ini majlis itu tertangguh cara terbaik beliau memilih membuat aqiqah secara online menggunakan Aqiqah Online. Dia bagitahu murah dan senang bagi dia yang berkerja dan dengan keadaan sekarang ni.


Oleh sebab itu memikirkan dengan keadaan sekarang nak laksanakan majlis aqiqah memang masalah dengan harga kos yang mahal, apa yang Cik Ash tahu kalau sebelum ini yang nak buat majlis aqiqah di Malaysia paling minimum adalah sekitar RM700 untuk satu bahagian lembu. Bagi syarat aqiqah yang afdal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat, manakala bagi anak perempuan satu ekor, bila memikirkan 1 ekor kambing dah memecah RM800 ke atas tidak ke ianya memakan belanja yang begitu besar.Itu tak di campur dengan kos untuk cari tempat yang sesuai, nak cari tempat yang sesuai pun susah nak kena cari ada alatan sesuai, tempat duduk yang sesuai, tambahan pulak kalau ibu bapa yang sibuk dengan urusan masa lagi bermasalah untuk mencari kambing, lepas tu kena sembelih dan memasak untuk dijamukan kepada tertamu mesti penat kan. Tetapi kebanyakan ibu bapa tak dapat pahala nak teruskan aqiqah ni disebabkan 7,14,21 hari ada ibu dan bayi yang mengalami masalah kuning dan ibu pula mengalami komplikasi. Jalan terbaik dan memudahkan pilih lah servis di Aqiqah Online Anak Lelaki


Apa Itu AqiqahCentre.com

Aqiqah Centre adalah sebuah syarikat milik AC AGROTECH SDN BHD yang berpangkalan di Cyberjaya dan syarikat anak Malaysia ini mempunyai pengalaman sejak tahun 2014 dalam menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Aqiqah Centre telah membantu urusan aqiqah lebih 5 ribu ekor di Malaysia dan berjaya menguruskan amanah dengan penyempurnaan lebih dari 19 ribu ekor untuk ibadah Aqiqah dan Qurban di luar negara. 


Kenapa Perlu Pilih AqiqahCentre.com dan Perbezaan

Aqiqah Centre ianya sebuah syarikat yang mengendalikan secara online dan terbukti boleh dipercayai. Dengan menggunakan aqiqah ini kita tak perlu nak peningkan kepala lagi sebab ianya mudah dan senang semua mereka uruskan kerana seperti di bawah ni.


๐Ÿ‘‰Ianya 100% online - memang amat sesuai la kalau ibu bapa ang sibuk dengan kerja tambah dengan situasi sekarang lagi mudah untuk berurusan secara online tak perlu dah nak keluar dari rumah.

๐Ÿ‘‰ Harga Murah - Untuk harga pula yang Cik Ash boleh kata ianya agak murah dan mampu milik untuk menempahnnya dan ianya dilaksanakan di Mekah dan daging aqiqah itu akan diagihkan kepada faqir miskin dan insan yang memerlukan di sekitar Mekah. 

๐Ÿ‘‰Bukti Sembelihan - Untuk urusan persembelihan kambing di Mekah mereka akan sertakan video berserta dengan sebutan nama anak sebagai bukti. Khas untuk aqiqah sahaja.

๐Ÿ‘‰Trusted - Tambahan ianya trusted pakej dimana ramai artis-artis yang telah berurusan dengan Aqiqah Centre dan mereka sangat berpuas hati mengambil pakej dan mereka menguruskan 21,000 sembilihan sejak tahun 2014 lagi






๐Ÿ‘‰ Menarik lagi dengan Aqiqah Centre ini setiap penyertaan akan menerima sijil yang diperbuat daripada ukiran kau sebagai cenderahati yang siap dengan nama anak. 




Bagaimana Untuk Mendaftar Pakej Aqiqah Centre Online

Anda hanya perlu 3 langkah yang mudah untuk anda menyertai aqiqah online murah yang ditawarkan oleh Aqiqah Centre ini. 


1. Sila layari https://aqiqahcentre.com/borang-aqiqah-mekah/. Selepas itu pilih sama ada mahu Daftar Aqiqah atau Daftar Qurban. Isi maklumat yang dikehendaki berserta alamat penghantaran sijil.

2. Seterusnya buat pembayaran melalui sistem bayaran secara online banking.

3. Anda akan terima video bukti selepas 3 hari ibadah aqiqah/qurban dan sijil dalam masa 2 minggu selepas itu. 


Macam mana senang dan mudah kan, apa tunggu lagi ini la masanya untuk anda yang selama ini tercari-cari pakej aqiqah untuk menjalankan ibadah aqiqah ni.  


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh sahaja menghubungi klik https://aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/


Website | Facebook


#aqiqahcentrecom

#aqiqahonline

Thursday, April 15, 2021

KL EAST MALL SEMARAKKAN BULAN RAMADAN DENGAN KEMPEN DIDEDIKASI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME

KL EAST MALL SEMARAKKAN BULAN RAMADAN DENGAN KEMPEN DIDEDIKASI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME | Assalamualaikum... Baru-baru ini telah berlangsungnya  KL East Mall semarakkan bulan Ramadan dengan kempen didedikasi untuk kanak-kanak Autisme.







Bersempena dengan kesucian dan keindahan bulan Ramadan itu lahir dari amalan refleksi diri, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, serta berbuat baik kepada masyarakat. Menyemarakkan ketiga-tiga nilai murni ini, KL East Mall, sebuah pusat membeli belah milik penuh Sime Darby Property mengambil inisiatif untuk membantu dan menyumbang kepada Yayasan Pendidikan Insani melalui kempen Hari Raya Aidilfitri pertamanya. 

INSANI merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan penjagaan pencegahan awal, terapi serta pendidikan kepada 50 orang kanak-kanak autism yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.


KL East Mall memulakan kempen indahnya Syawal Kemeriahan Dirai dengan menyasarkan kutipan minima RM50,009 untuk kanak-kanak dan keluarga di bawah yayasan tersebut. Mulai sekarang sehingga 16 Mei, pembeli dapat bersama menyokong usaha ini dengan menyumbangkan minimum RM10 dan berpeluang untuk mewarna kepingan suai gambar daripada sebuah karya seni yang besar yang akan dihadiahkan kepada Yayasan. Pembeli juga boleh menyumbang sebanyak minimum RM35 dan menerima beg toye eksklusif yang direka oleh jenama fesyen Malaysia, Fiziwoo dengan kerjasama chef terkenal Datuk Redzuan Ismail, yang lebih dikenali sebagai Chef Wan. 





Selain itu, Habib yang secara rasminya telah membuka cawangannya di KL East Mall, turut berjanji untuk menyumbang 100% hasil jualan 300 kepingan emas tulen edisi terhad bernilai RM118 setiap satu kepada INSANI.

Mengambil kesempatan pelancaran Tanggungjawab Sosial Koporat KL East Mall ini, Datuk Chef Wan dan Fiziwoo juga memberikan sumbangan kepada INSANI sebagai permulaan inisiatif amal ini. 

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato' Azmir Merican berkata, "Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melaporkan kira-kira 9,000 kanak-kanak dilahirkan dengan autisme pada setiap tahun di Malaysia. Jumlah tersebut sangat tinggi, namun kesedaran mengenai perkara ini masih rendah. Autisme merupakan salah satu gangguan perkembangan kanak-kanak yang paling cepat berkembang dan mesti suarakan di platform yang lebih luas. 

"Kesedaran mengenai autism dapat ditingkatkan hanya dengan menyuarakannya. Sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab, Sime Darby Property berperanan secara aktif menganjurkan beberapa inisiatif berkaitan dengan usaha ini. Kami berbangga mengadakan kempen ini yang memberi tumpuan kepada sebuah komuniti yang telah lama diketepikan. 

KL East Mall bertujuan untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai autisme melalui kempen ini, serta mewujudkan ruang untuk organisasi seperti INSANI untuk berkongsi kepakaran berkaitan penjagaan serta rawatan buat individu yang mengalami gangguan perkembangan seperti autism. Ketahui lebih lanjut mengenai INSANI, autisme dan kempen ini di Kaunter Informasi G1. 

Sebagai persiapan bagi sumbangan perayaan Hari Raya Aidilfitri, KL East Mall telah menghias indah atrium dengan bunga anggerik gergasi serta dekorasi batik dan anyaman tradisional. Pembeli boleh melangkah ke ruang pentas hadapan untuk bergambar bersama anggerik gergasi atau melihat pemandangan taman anggerik dari gazebo tradisional yang disediakan. 

Sepanjang tempoh kempen, pembeli juga boleh menebus barangan* seperti sampul raya hijau eksklusif apabila mereka membelanjakan RM60 ke atas dalam satu resit dan pinggan premium bagi perbelanjaan minimum RM 200 tidak lebih dua resit. 

Dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti di KL East Mall di 



Boleh juga menggunakan aplikasi mobil KL East Mall yang tersedia untuk dimuat turun melalui App Stores dan Google Play. 


* Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

  

Friday, April 9, 2021

Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstar 2

 Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstar 2 | Assalamualaikum... Setelah 12 minggu bertanding, akhirnya terjawab pemenang Muzikal Lawak Superstar 2 pada malam ni. 


Muzikal


Itu pun banyak kali tertangguh program ini disebabkan perintah kawalan pergerakan di seluruh Malaysia aritu. Hampir 3 minggu tidak bersiaran program ni. Pada bulan Mac baru-baru program diteruskan dan pada malam ni penentu siapa pemenang nya. 


Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstars 2


Juara - RM150,000.00 dimenangi oleh Heart dan berserta dengan trofi.

  

Naib Juara - rm75,000.00 dimenangi oleh UNI dan berserta dengan trofi. 


Tempat ketiga - rm50,000.00 dimenangi oleh Viral dan berserta dengan trofi.

 

Tempat keempat rm25,000.00 dimenangi oleh Janggo berserta trofi Astro.


Memang dijangka kemenangan akan berpihak kepada Heart pada tahun ni, rezeki mereka bertiga. Tahniah buat semua pemenang Muzikal Lawak Superstars 2.