Gambar Perkahwinan Neelofa Dan Haris | Assalamualaikum... Alhamdulilah akhirnya artis yang memang orang nantikan perkahwinan beliau telah menamatkan zaman bujang pada hari ini. Alhamdulilah dengan sekali lafaz akhirnya Neelofa telah bergelar isteri kepada Haris yang dikenali sebagai PU Riz.
Memilih tema putih di hari majlis pernikahan mereka yang telah berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada hari ini disaksikan oleh keluarga dan saudara mara terdekat.
Pasangan ini telah selamat dinikahkan pada jam 11.45 pagi tadi oleh adik kandungnya iaitu Mohd Aqief. Turut kelihatan kehadiran Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memberikan khutbah dan takzirah dalam majlis tersebut.
Cik Ash ingin ucapkan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir jannah. Tak terlambat lagi nak ucapkan tahniah buat mereka berdua. Persandingan yang dinantikan pada tahun ni. Hihihi. Jom usha koleksi gambar-gambar di bawah ni.
kredit neelofa |
Barokallah. Selamat Pengantin Baharu.
ReplyDelete