Wednesday, March 31, 2021

author photo

First Time Buat Nekbat Sebab Teringin | Assalamualaikum...Hai, hari ini nak kongsi hasil cubaan pertama dalam hidup Cik Ash, cabar diri buat kuih nekbat yang popular di Kelantan di  ketika bulan puasa. Sebelum ni dah pernah buat hasil agak mengecewakan, so kali kedua Cik Ash cuba buat ikut resepi ada orang kongsi dekat YouTube. 


nekbat



Tengok resepi yang digunakan semua bahan dah ada dekat rumah, pada hari Ahad tu Cik Ash ganti puasa sebab fikir nak berbuka nanti nak makan kuih apa tu yang rajin ke dapur buat kuih ni.. 


Alhamdulillah percubaan kali kedua berjaya buat kuih nekbat ni, lepas la rasa teringin nak makan kuih Kelantan ni, nak balik tak tahu bila lagi kes covid masih tinggi lagi, kerajaan belum bagi rentas negeri lagi. Yang best Cik Ash dapat pujian daripada suami dan ibu mentua yang baru keluar wad 6 hari berkampung di hospital sebab astma dan kekurangan oksigen. Nasib baik ibu mentua makan hihihi. Nanti bulan puasa boleh buat lagi. Untuk pengkongsian bersama boleh jer korang cuba resepinya di bawah ni. Jom usha resepi dekat bawah ni. 



Resepi Kuih Nekbat  


Bahan-bahan 


5 biji telur 

1 1/4 cawan tepung beras

sedikit esen vanila

pewarna oren 



Bahan- Bahan Sira Nekbat

Air 

Gula

Garam

2 helai daun pandan

bunga cengkih

pewarna oren

kuih nekbat secukupnya


Cara membuatnya :- 


1. Masukkan 5 biji telur ke dalam mangkuk selepas itu putarkan telur itu sehingga kembang (jadi putih). 

2. Setelah telur dah bertukar warna putih boleh la tutup mixer tu.

3. Masukkan esen vanila, pewarna oren dan kacau sehingga sebati. 

4. Selepas itu masukkan 1 1/4 cawang tepung beras.

5. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

6. Oleskan acuan dengan sedikit minyak dan panaskan acuan.

7. Setelah acuan panas terus tuangkan adunan nekbat tu.

8. Dalam resepi bakar pada suhu 200c selama 10 minit. (Cik Ash bakar atas dapur gas jer) 

9. Selepas itu keluarkan nekbat dari acuan.


Cara Buat Sira Nekbat :-

1. Masukkan air secukupnya. Daun pandan dan bunga cengkih.

2. Masukkan gula mengikut kemanisan yang di inginkan. 

3. Kemudian masukkan sedikit garam dan pewarna oren biarkan sehingga mendidih. 

4. Setelah mendidih masukkan nekbat banyak mana yang kita nak sira.

5. Nekbat dan kembang tandanya air gula sudah meresap masuk ke dalamnya. 

6. Letak dalam peti ais makan sejuk-sejuk sedap ni. 


Kalau orang tak faham cara ni, korang boleh rujuk resepi video cara membuat di Cara Lengkap Membuat Kuih Nekbat. Terima kasih kepada tuan resepi di atas pengkongsian resepi ni. Dapat la lepaskan tekak ni yang dah lama nak makan kuih nekbat ni. Dah lama tak balik kampung kan teringin punya pasal usahakan cari resepi cara buat sedikit. Alhamdulilah jumpa resepi daripada youtube. Kalau dekat kelantan, ma selalu beli nekbat yang kering lepas tu balik buat sira gula. Duduk di perantauan ni mana ada yang jual kuih muih trandisional kelantan kan. 

This post have 9 komentar

avatar
Amie delete March 31, 2021 at 9:19 AM

Saya pun teringin sangat nak makan nekbat, tapi tak pernah jumpa lagi. Nak buat belum pandai heheee.

Reply
avatar
Ana Suhana delete April 6, 2021 at 9:54 PM

Bila blk ganu, family in law Ana suka beli nekbat ni.

Reply
avatar
Cik Puan Ena delete April 9, 2021 at 11:47 PM

Tak pernah makan lagi. Teringin pula nak rasa

Reply
avatar
Cik Ash delete April 12, 2021 at 12:55 AM

Saya pun sebab nak balik Kelantan xboleh usaha kan juga cari resepi.. dapat la merasa nya

Reply
avatar
Cik Ash delete April 12, 2021 at 12:56 AM

Sama la Ana kalau balik Kelantan mesti beli nekbat kering pahtu masak..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post