Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di MegaDrama Astro Ria | Assalamualaikum...Hai, Hari ini baru ada semangat dan mood nak kongsi entri dekat blog. Drama terbaru akan bersiaran pada 23 Mac 2021 merupakan drama adaptasi novel karya Siti Romizah. Tajuk drama dan novel adalah sama.
Siapa tak pernah kenal penulis novel yang pernah popular dengan drama yang trending pada suatu ketika iaitu drama 7 Hari Mencintaiku siri 1 dan 2. Drama ini akan keudara pada jam 10.00 malam di Astro Ria dalam slot MegaDrama.
Pengarah Dan Terbitan Produksi
Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan, Along Kamaludin dan syarikat SR One Sdn Bhd.
Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Drama 40 episod ini mengandingkan pelakon Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose, turut membantu dalam drama ini Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Noreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Farez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya.
Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Kaisa Maisara ( Uqasha Senrose) menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato' Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan bahawa Dato' Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil ( Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ianya bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.
Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sahabatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahkan sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.
Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda ( Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah 'pertaruhan' buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.
Untuk tahu kesudahan drama ini kena tengok nanti kan. Tak sabar nak tengok Shukri Yahaya bergandingan dengan Uqasha Senrose ni. Macam menarik jer cerita ni.
No comments:
Post a Comment
ash.rie8506@gmail.com