Dapat Hadiah Set Kloken Curling Stone Cookware | Assalamualaikum... Hai, hari ini nak berkongsi Cik Ash dapat hadiah memasak dari go shop. Suami sponsor set cookware untuk digunakan bulan puasa sebenarnya, tetapi tak nanti bulan puasa sampai terus rasmi dah memasaknya hahaha.
Sebenarnya dah lama usha cookware ni, suami bab produk barang ni kalau dia tak tengok sendiri jangan harap nak beli, aritu ada berkenan brand lain dia tak layan hahaha, set cookware dari kloken ni dia yang tengok masa iklan Chef Wan tu dia yang berkenan, lepas tu dia tanya Cik Ash berkenan tak, mula-mula tu nak kata tak nak tetapi memikir dengan harga dah turun pada sebelum tu cakap nak selalu, suami apa lagi terus order dengan go shop waktu siaran tu.
Kalau ikut dekat go shop pelbagai jenis cookware yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, kalau ikut ada semua cookware dekat go shop nak beli hahaha, go shop pandai buat iklan dia tahu dah tak lama nak puasa n, dia buat potongan harga lebih murah daripada biasa.Harga asal RM216.00 jadi RM146.00 ok la. Kloken Curling Stone Cooware.Di dalam set Kloken Curling Stone Cookware ni ada 1 Wok Pan 30cm, 1 Frying Pan 26cm dan percuma 1 Chopstick, 1 Spatula, 1 Casserole 20 cm
Kalau korang yang sedang mencari produk Cookware boleh dapatkan di Go Shop sekarang masih ada promosi lagi ni. Nanti dah naik harga menyesal pulak hihihihi. Untuk pembelian barang daripada go shop korang boleh pilih nak order dekat app go shop ataupun menelefon talian mereka. Suami Cik Ash dia lebih senang call terus sebab senang detail dan jelas. Manakala untuk pembayaran pulak suami Cik Ash memilih COD.
Pengalaman Menggunakan Kloken Curling Stone Cookware
Pertama kali menggunakan Cookware Kloken ni, memang teruja part masak sambal tu, kalau menggunakan kuali biasa sambal akan melekat dekat kuali, bila menggunakan kloken tak perlu risau sambal tak melekat sambal masak dengan sempurna dan cantik warna merahnya hihihi. Lepas tu cuba bakar daging bakar danok.
Bab goreng lempeng paling menarik kalau pakai kuali biasa lempeng harus melekat kena letak minyak banyak. Apabila pakai kloken ni, lempeng tak melekat penggunaan minyak sedikit hihihi. Manakala ada goreng nasi, pakai Wok Pan tu seronok masak guna wok pan ni. nasi goreng tak melekat hihihi..
Ok la korang itu jer pengalaman Cik Ash menggunakan Kloken Curling Stone Cookware ni. Jumpa lagi di entri yang lain nanti.
Bestnya.. seronok nak memasak kalau gini
ReplyDeleteHihihi ha ah seronok memasak
DeleteYeahh kita geng. Memang syok masak sambal. Tak payah nak rendam kuali. Kejap je basuh
ReplyDeleteHihihi kan syok
Delete