Wednesday, March 31, 2021

First Time Buat Nekbat Sebab Teringin

First Time Buat Nekbat Sebab Teringin | Assalamualaikum...Hai, hari ini nak kongsi hasil cubaan pertama dalam hidup Cik Ash, cabar diri buat kuih nekbat yang popular di Kelantan di  ketika bulan puasa. Sebelum ni dah pernah buat hasil agak mengecewakan, so kali kedua Cik Ash cuba buat ikut resepi ada orang kongsi dekat YouTube. 


nekbat



Tengok resepi yang digunakan semua bahan dah ada dekat rumah, pada hari Ahad tu Cik Ash ganti puasa sebab fikir nak berbuka nanti nak makan kuih apa tu yang rajin ke dapur buat kuih ni.. 


Alhamdulillah percubaan kali kedua berjaya buat kuih nekbat ni, lepas la rasa teringin nak makan kuih Kelantan ni, nak balik tak tahu bila lagi kes covid masih tinggi lagi, kerajaan belum bagi rentas negeri lagi. Yang best Cik Ash dapat pujian daripada suami dan ibu mentua yang baru keluar wad 6 hari berkampung di hospital sebab astma dan kekurangan oksigen. Nasib baik ibu mentua makan hihihi. Nanti bulan puasa boleh buat lagi. Untuk pengkongsian bersama boleh jer korang cuba resepinya di bawah ni. Jom usha resepi dekat bawah ni. 



Resepi Kuih Nekbat  


Bahan-bahan 


5 biji telur 

1 1/4 cawan tepung beras

sedikit esen vanila

pewarna oren 



Bahan- Bahan Sira Nekbat

Air 

Gula

Garam

2 helai daun pandan

bunga cengkih

pewarna oren

kuih nekbat secukupnya


Cara membuatnya :- 


1. Masukkan 5 biji telur ke dalam mangkuk selepas itu putarkan telur itu sehingga kembang (jadi putih). 

2. Setelah telur dah bertukar warna putih boleh la tutup mixer tu.

3. Masukkan esen vanila, pewarna oren dan kacau sehingga sebati. 

4. Selepas itu masukkan 1 1/4 cawang tepung beras.

5. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

6. Oleskan acuan dengan sedikit minyak dan panaskan acuan.

7. Setelah acuan panas terus tuangkan adunan nekbat tu.

8. Dalam resepi bakar pada suhu 200c selama 10 minit. (Cik Ash bakar atas dapur gas jer) 

9. Selepas itu keluarkan nekbat dari acuan.


Cara Buat Sira Nekbat :-

1. Masukkan air secukupnya. Daun pandan dan bunga cengkih.

2. Masukkan gula mengikut kemanisan yang di inginkan. 

3. Kemudian masukkan sedikit garam dan pewarna oren biarkan sehingga mendidih. 

4. Setelah mendidih masukkan nekbat banyak mana yang kita nak sira.

5. Nekbat dan kembang tandanya air gula sudah meresap masuk ke dalamnya. 

6. Letak dalam peti ais makan sejuk-sejuk sedap ni. 


Kalau orang tak faham cara ni, korang boleh rujuk resepi video cara membuat di Cara Lengkap Membuat Kuih Nekbat. Terima kasih kepada tuan resepi di atas pengkongsian resepi ni. Dapat la lepaskan tekak ni yang dah lama nak makan kuih nekbat ni. Dah lama tak balik kampung kan teringin punya pasal usahakan cari resepi cara buat sedikit. Alhamdulilah jumpa resepi daripada youtube. Kalau dekat kelantan, ma selalu beli nekbat yang kering lepas tu balik buat sira gula. Duduk di perantauan ni mana ada yang jual kuih muih trandisional kelantan kan. 

Tuesday, March 30, 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kedah 1442H / 2021M

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kedah 1442/2021M | Assalamualaikum... Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Di sini Cik Ash nak berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak untuk tahun 2021. Di bawah ini adalah jadual waktu berbuka dan imsak bagi seluruh negeri kedah. 





Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan nanti Cik Ash ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa tahun ni dipermudahkan buat kita semua. Di negeri Kedah terdapat 7 zon. So korang yang berada di sekitar Kedah boleh tengok waktu berbuka dan imsak di bawah ni nanti.









Untuk maklumat lanjut Jadual Waktu Imsak dan berbuka Puasa bagi Negeri Kedah 1440H/2019 korang boleh rujuk dekat SINI. Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya.

Monday, March 29, 2021

Bila Tershopping Barang Di Shopee

Bila Tershopping Barang Di Shopee  | Assalamualaikum... Hai korang semua, hari ini berkongsi shopee haul dekat blog ni. Sejak pakai handphone baru ni kan, terinstall app shopee maka dengan ini terlock barang dekat shopee semasa seller buat live hahaha.. Aduhaiii.


shopee



Sebelum ini tak pandai nak guna shopee sekarang ni asyik shopee, suami siap kata hilir kan sekarang boleh tengok live shopee sokmo kalau tak sebelum ni nak apa tengok dekat handphone dia. Handphone lama Cik Ash tak support shopee dah sebab memori full hihihi. 


👉 Artikel Berkenaan : Tershopping Dekat Shopee Lagi


Barang apa yang Cik Ash beli semasa shopee live jom usha di bawah ni, ada juga barang yang Cik Ash beli tidak tengok live beli barang yang memang nak guna dekat rumah ni, jom kita usha dekat bawah ini hihihi



Barang pertama yang Cik Ash shoppping dekat shopee adalah bra hihihi, kiranya pertama kali membeli bra secara online, kalau sebelum ni Cik Ash beli di supermarket dan bra dari avon jer. Apabila tertengok live seller ni memang geram nak lock sebab seller yang baik, banyak kongsi berkenaan dengan bra, mula-mula join live Cik Ash terlock 3 helai dan kali kedua pulak 4 helai. Bra-bra yang dijual dekat shopee angel memang lawa gila dan sedap di pakai. Nak beli bra daripada branded cina kena beli saiz besar sedikit pada kita pakai hihihi. Cik Ash baru percubaan kan beli saiz biasa pakai tu agak ketat la sikit bahagian lilit tu mujur extander penyangkuk ada hihihi. Bukan bra jer dia jual macam-macam ada dekat seller ni. Harga  untuk bra RM9.90 murah kan. Kualiti kain dia memang terbaik sangat. 


Untuk Join Live 👉 Angelian Shop





Barang kedua yang Cik Ash beli adalah alat penyapu habuk-habuk segala sarang sesawang yang ada dekat rumah ni, Boleh setakat nak hilangkan habuk tu Cik Ash dah guna. Senang la kerja Cik Ash kalau agak susah gak nak hilangkan sarang sesawang tambah yang bahagian tempat-tempat yang tinggi tak sampai.


Untuk Beli 👉 Microfiber Duster



Barang ketiga Cik Ash shopping dekat shopee adalah Storage Box 38 liter dengan harga RM16.71. Storage box ni yang mak mentua punya dia nak letak pakaian dia senang nak ambik katanya.


Untuk Beli 👉 Storage Box



                                        


Barang keempat Cik Ash shopping pulak stokin dan facemask nak gilir-gilir dengan facemask yang pakai buang tu. Tambah sejak pakai pakai facemask ni muka sensitif alergik banyak jerawat dekat muka sekarang ni. 


Untuk beli 👉 Stokin Muslimah



Barang kelima adalah tong sampah yang nak diletakkan di dapur, dapur baru dah lama cukup setahun baru nak pakai tong sampah yang tutup hihihi.


Untuk Beli 👉 Tong sampah




Barang keenam adalah baju tidur nightwear yang lawa ada yang seksi, yang sopan yang ni Cik Ash lock semasa seller live yang ni dah lama beli bulan, baju tidur bundle murah sangat. 


Untuk join live 👉 Baju Tidur Bundle 



Barang ketujuh adalah tasbih moden beli dekat mok dan Cik Ash senang guna untuk buat amalan zikir-zikir kan. Senang di bawa dan mudah untuk digunakannya. 


Untuk beli Tasbih 👉Tasbih Moden


Ok la itu jer dulu barang yang sempat Cik Ash shopping dekat shopee, kalau ikut dalam troli banyak lagi tak cashout hahaha, beli yang mana lebih penting lagi. 

Sunday, March 28, 2021

Fenemena Musim Bunga Sakura Malaysia

 Fenomena Musim Bunga Sakura Malaysia | Assalamualaikum... Sana sini ramai kongsi koleksi gambar fenomena musim bunga sakura. Hari ini Cik Ash tak terkecuali nak juga la kongsi koleksi gambar yang sempat Cik Ash ambik dekat taman perumahan Cik Ash duduk sekarang.


sakura



Kalau tak silap Cik Ash tahun ni paling meriah pokok ini berbunga maybe disebabkan keadaan cuaca musim panas sekarang  musim pokok ini berbunga, dah tak nak ke korea bila tengok pokok tu lebat berbunga hihihi. Koleksi gambar yang sempat Cik Ash ambik semua semasa dalam kereta maybe hasil gambar nya tak menarik hahaha, masa ambik gambar ni waktu panas matahari tengah naik puteri lilin tak boleh nak berpanas hahaha. 


Kalau yang kahwin pada musim pokok ni berbunga elok sangat ambik outdoor dekat bawah pokok ni mesti menarik dan lawa sangat ni. Jom la usha gambar di bawah ni. 







Saturday, March 27, 2021

Gambar Perkahwinan Neelofa Dan Haris

Gambar Perkahwinan Neelofa Dan Haris | Assalamualaikum... Alhamdulilah akhirnya artis yang memang orang nantikan perkahwinan beliau telah menamatkan zaman bujang pada hari ini. Alhamdulilah dengan sekali lafaz akhirnya Neelofa telah bergelar isteri kepada Haris yang dikenali sebagai PU Riz. 


kad



Memilih tema putih di hari majlis pernikahan mereka yang telah berlangsung di Hotel  Grand Hyatt Kuala Lumpur pada hari ini disaksikan oleh keluarga dan saudara mara terdekat. 


Pasangan ini telah selamat dinikahkan pada jam 11.45 pagi tadi oleh adik kandungnya iaitu Mohd Aqief. Turut kelihatan kehadiran Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memberikan khutbah dan takzirah dalam majlis tersebut. 


Cik Ash ingin ucapkan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir jannah.  Tak terlambat lagi nak ucapkan tahniah buat mereka berdua. Persandingan yang dinantikan pada tahun ni. Hihihi.  Jom usha koleksi gambar-gambar di bawah ni. 


kredit neelofa







Thursday, March 18, 2021

Dapat Hadiah Set Kloken Curling Stone Cookware

Dapat Hadiah Set Kloken Curling Stone Cookware | Assalamualaikum... Hai, hari ini nak berkongsi Cik Ash dapat hadiah memasak dari go shop. Suami sponsor set cookware untuk digunakan bulan puasa sebenarnya, tetapi tak nanti bulan puasa sampai terus rasmi dah memasaknya hahaha.


cookware

Sebenarnya dah lama usha cookware ni, suami bab produk barang ni kalau dia tak tengok sendiri jangan harap nak beli, aritu ada berkenan brand lain dia tak layan hahaha, set cookware dari kloken ni dia yang tengok masa iklan Chef Wan tu dia yang berkenan, lepas tu dia tanya Cik Ash berkenan tak, mula-mula tu nak kata tak nak tetapi memikir dengan harga dah turun pada sebelum tu cakap nak selalu, suami apa lagi terus order dengan go shop waktu siaran tu. 


Kalau ikut dekat go shop pelbagai jenis cookware yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, kalau ikut ada semua cookware dekat go shop nak beli hahaha,  go shop pandai buat iklan dia tahu dah tak lama nak puasa n, dia buat potongan harga lebih murah daripada biasa.Harga asal RM216.00 jadi RM146.00 ok la. Kloken Curling Stone Cooware.Di dalam set Kloken Curling Stone Cookware ni ada 1 Wok Pan 30cm, 1 Frying Pan 26cm dan percuma 1 Chopstick, 1 Spatula, 1 Casserole 20 cm

 



Kalau korang yang sedang mencari produk Cookware boleh dapatkan di Go Shop sekarang masih ada promosi lagi ni. Nanti dah naik harga menyesal pulak hihihihi. Untuk pembelian barang daripada go shop korang boleh pilih nak order dekat app go shop ataupun menelefon talian mereka. Suami Cik Ash dia lebih senang call terus sebab senang detail dan jelas. Manakala untuk pembayaran pulak suami Cik Ash memilih COD. 


Pengalaman Menggunakan Kloken Curling Stone Cookware

Pertama kali menggunakan Cookware Kloken ni, memang teruja part masak sambal tu, kalau menggunakan kuali biasa sambal akan melekat dekat kuali, bila menggunakan kloken tak perlu risau sambal tak melekat sambal masak dengan sempurna dan cantik warna merahnya hihihi. Lepas tu cuba bakar daging bakar danok.



Bab goreng lempeng paling menarik kalau pakai kuali biasa lempeng harus melekat kena letak minyak banyak. Apabila pakai kloken ni, lempeng tak melekat penggunaan minyak sedikit hihihi. Manakala ada goreng nasi, pakai Wok Pan tu seronok masak guna wok pan ni. nasi goreng tak melekat hihihi.. 


Ok la korang itu jer pengalaman Cik Ash menggunakan Kloken Curling Stone Cookware ni. Jumpa lagi di entri yang lain nanti.

Wednesday, March 17, 2021

Wordless Wenesday #111 | Kerusi Roda Untuk Ibu Mentua

Wordless Wenesday #111 | Kerusi Roda Untuk Ibu Mentua, Assalamualaikum.. Disebabkan hari rabu hari ini kita post gambar jer ya. Sedikit penerangan kerusi roda baru untuk ibu mentua bagi memberi kemudahan untuk suami dan Cik Ash nak menolak bila dia nak ke tandas. Yang lama aritu ada tetapi dah rosak.



kerusi




Tuesday, March 16, 2021

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di MegaDrama Astro Ria

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di MegaDrama Astro Ria | Assalamualaikum...Hai, Hari ini baru ada semangat dan mood nak kongsi entri dekat blog. Drama  terbaru akan bersiaran pada 23 Mac 2021 merupakan drama adaptasi novel karya  Siti Romizah. Tajuk drama dan novel adalah sama. 

Rindu



Siapa tak pernah kenal penulis novel yang pernah popular dengan drama yang trending pada suatu  ketika iaitu drama 7 Hari Mencintaiku siri 1 dan 2. Drama ini akan keudara pada jam 10.00 malam di Astro Ria dalam slot MegaDrama. 

 Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan, Along Kamaludin dan syarikat SR One Sdn Bhd. 

Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Drama 40 episod ini mengandingkan pelakon Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose, turut membantu dalam drama ini Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Noreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Farez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa 

Kaisa Maisara ( Uqasha Senrose) menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato' Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan bahawa Dato' Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil ( Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ianya bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.


Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sahabatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahkan sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda ( Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah 'pertaruhan' buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta  mereka. 


Untuk tahu kesudahan drama ini kena tengok nanti kan. Tak sabar nak tengok Shukri Yahaya bergandingan dengan Uqasha Senrose ni. Macam menarik jer cerita ni. 










Thursday, March 11, 2021

Entri Terbaik Bulan Februari 2021

Entri Terbaik Bulan Februari 2021 | Assalamualaikum...Seperti biasa rutin harian Cik Ash akan kongsi entri terbaik sepanjang bulan Februari 2021 aritu yang ramai orang search dan view.


Feb 2021


Bulan Januari aritu sebanyak 22 entri yang sempat Cik Ash kongsi dekat blog. Antara koleksi entri terbaik yang ramai cari adalah di bawah ni. 


Entri Terbaik Bulan Februari 2021


 Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

Belajar Lukis Haiwan

Lagu Ost Drama Mimpi Yang Sempurna

Tutorial Cara Nak Buang Broken Link Dalam Blogspot

Peraduan Dettol Air Wick Peluang Buat

Hello Mei 2017

Tempahan Design Watermark Lokmaamirul

Minyak Masak 1 Liter Harga RM2.95

Mamee Monster Perisa Karipap

Astro Bagi Siaran Percuma Untuk Pelanggan Astro Bermula 11 Hingga 21 Februari 2021


Kebanyak entri yang menjadi pilihan pembaca kali ini adalah resepi, lukisan, tutorial dan pelbagai lagi.  Ada entri yang lama Cik Ash kongsi di blog ni. Terima kasih kepada kurang yang sudi membaca pengkongsian di blog ini. 


With Love

Cik Ash

Tuesday, March 2, 2021

Bestnya Lagu AJL35 Medley Nyanyian Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose & Dean Eiman

Bestnya Lagu AJL35 Medley Nyanyian Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose & Dean Eiman | Assalamualaikum... Akhirnya setelah beberapa kali tertangguh AJL35 bakal diadakan pada 14 Mac 2021 tanpa dihadiri penonton di Auditorium MBSA, Shah Alam jam 9 malam. 


ajl35

Sana-sana ramai puji Lagu AJL35 Medley nyanyian Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose dan Dean Eiman gabungan yang terbaik sangat. Tak sangka pulak Suara Hannah dan Raysha sedap sangat dengar. Hannah Delisha memang dah pernah dengar lagu dia sebelum ni, Manakala Raysha pulak ini kali pertama dia nyanyi lagu sedap juga suaranya.


Bagi Cik Ash gabungan keempat-empat suara dalam AJL35 Medley ni memang gempak sangat, tak sabar pulak nak tengok AJL35 nanti mesti lebih gempak lagi ni. Lagu AJL35 Medley dipromosikan oleh sebuah Music Video. 



Seramai 12 lagu finalis akan bertanding di AJL35 nanti. Siapakah yang akan bergelar Juara Lagu 35 saksikan la nanti di kaca TV korang nanti. Jom tengok senarai finalis AJL35 di bawah ni :- 


12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu Ke -35 


1. 7  Nasihat 

Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza (Pengganti : Shiha Zikir), Kmy Kmo & Luca Sickta


2. Belenggu Rindu 

Penyanyi : Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita 

Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong 

Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong


3. Gila 

Penyanyi : Kaka Azraff, Noki & Loca B ( pengganti :Tuju)

Komposer : Noki, Loca B & Ezra Kong 

Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong 


4. Kau Sakiti 

Penyanyi : Amir Masdi 

Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage


5. Peluang Kedua 

Penyanyi : Nabila Razali ( pengganti :Hael Husaini) 

Komposer : Hael Husaini & MFMF 

Lirik : Hael Husaini & MFMF 


6. Aku Bidadari Syurgamu 

Penyanyi : Dato' Siri Siti Nurhaliza (pengganti Aishah)

Komposer : Ippo Hafiz

Lirik : Siti Romizah


7. Gundah 

Penyanyi : Ernie Zakri 

Komposer : Ernie Zakri & Sharon Paul

Lirik : Ernie Zakri & Sharon Paul


8. Semalam 

Penyanyi : Aina Abdul 

Komposer : Aina Abdul

Lirik : Aina Abdul


9. Eh 

Penyanyi : Zizi Kirana

Komposer : Navigator & Zizi Kirana

Lirik : Mambang & Zizi Kirana


10. Hati 

Penyanyi : Hael Husaini 

Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong 

Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong


11. Jangan Khianti Aku 

Penyanyi : Azlan & The Typewriter

Komposer : Dark 

Lirik : Dark 


12. Hutang 

Penyanyi : Floor 88

Komposer : Zai Hamzah

Lirik : Achoi Floor 88




Monday, March 1, 2021

Resepi Cek Mek Dari Kacang Kuda

Cek Mek Kacang Kuda | Assalamualaikum... Hari ini lewat update blog cuba waktu malam pulak.. selalunya pagi post entri. Petang tadi terlebih rajin buat kuih cek mek. Mok mentua nak makan kuih cek mek dia kata ada orang buat cek mek so Cik Ash rajinkan diri la petang tadi buat kuih ni.


cek mek




Selalu tengok orang buat kuih Cek Mek ni menggunakan ubi keledek, ubi kentang kan, hari ini Cik Ash olah resepinya menggunakan kacang kuda yang telah Cik Ash rebus sebelum ni, 1 kg rebus dalam pressure cooker, lebihan buat makan aritu mok la bagi candangan cuba buat cek mek. Kalau ikut dah banyak hari mok bagitahu tu, hari ini baru kerajinan nak membuatnya. Biasa ada mood rajin baru la buat kalau malas tak jadi apa-apa hahaha.





Baca Artikel : Resepi Cek Mek Ubi Kentang


Resepi Cek Mek Kacang Kuda

Oleh : Cik Ash 


Kacang Kuda (Direbus dan di blender)

Gula

Tepung Gandum 


Cara Membuatnya :

1. Kacang kuda perlu direbus dan di blender sampai hancur.

2. Lepas tu lenyek-lenyek kacang kuda sama macam kita nak buat cek mek gak.

3. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.

4. Agak-agak doh tu buat sama besar bentuk bujur macam cek mek tu. Lepas tu masukkan gula dan takupkan doh jangan bagi pecah.


Ok la itu resepi cara Cik Ash buat Cek Mek Kacang Kuda, sama jer kita buat Cek Mek dengan ubi keledek tu cuma kali kita tukarkan dengan kacang kuda. Sedap juga kacang kuda dijadikan Cek Mek. Hihihi.