Tesco Malaysia Bertukar Nama Lotuss Stores Malaysia | Assalamualaikum... Sana sini desas desus dengan isu pasal pasaraya Tesco bertukar nama kepada Lotuss Stores Malaysia.
Sumber fb tesco malaysia |
Cik Ash pun tahu mengenai pertukaran nama baru tesco suami Cik Ash yang bagitahu dia ada tengok dekat tiktok ada video orang kongsi mengenai tesco. Pada mulanya Cik Ash tak percaya juga, gigihkan diri pergi tengok dekat facebook pages tesco malaysia ternampak status Tesco Malaysia bagitahu mereka dah bertukar nama kepada Lotuss Stores Malaysia. Suami ada juga bagitahu Cik Ash company dari Thailand, Charoen Pokphand (CP) dah beli Tesco Malaysia dan Thailand.
Bagi Cik Ash pengguna tegar barang jenama Tesco agak terkejut la dengan pertukaran nama tu, nak kata setiap sebulan sekali Cik Ash dan suami akan shopping dekat tesco kebanyakan produk Cik Ash guna dekat rumah adalah jenama Tesco. Antara produk yang Cik Ash suka shopping adalah boleh baca artikel di bawah ini
👉 Barang Tesco Menjadi Pilihan Cik Ash
Patut la shopping pada awal bulan Februari aritu kebanyakan produk jenama tesco kehabisan stock. Paling yang terkesan tak dapat nak beli Tesco Choco Malt tu antara barang penting beli sebab ianya penganti Milo. Nak dikatakan memang Cik Ash dah lama tak minum Milo selepas mengguna choco malt tu.
Tunggu bulan 3 nanti Cik Ash akan shopping di Tesco mungkin last dah beli produk barang tesco ni.. Cik Ash harap dengan penukaran nama barang jenama baru biarlah setanding dengan jenama tesco juga.
Ok la korang, hari ini terlewat post entri dekat blog, malas nak buka laptop sebenarnya ni pun taip guna handphone sambil memasak sambal ikan bilis, rebus telur dan bakar daging danok untuk mak mentua. Jumpa lagi di entri yang lain.
Udah tukar namanya.. Lama tak berbelanja ke Tesco..
ReplyDeleteHa ah dah tukar nama hihihi
Delete