Sunday, February 21, 2021

author photo

 KELULUSAN i-Sinar Dipermudahkan Mulai 8 Mac 2021 | Assalamualaikum...Berita baik untuk semua pencarum KWSP mulai 8 Mac 2021 kelulusan i-SINAR dipermudahkan. Bagi yang sudah memohon sebelum ini, anda tidak perlu memohon semula. 


kwsp


Untuk ahli yang belum memohon, anda boleh membuat permohonan mulai 8 Mac 2021 akan datang. Sebarang semakan kelulusan dan pemohon anda boleh melayari 👉👉👉

Tarikh bayaran iSinar bagi kategori 1 telah pun dibayar pada Januari lepas, manakala untuk permohonan Kategori 2 akan diproses mulai 8 Mac 2021 nanti. Pembayaran terus ke akaun pemohon yang dah lulus. 


Petikan Media KWSP 


KUALA LUMPUR, 18 Februari 2021: Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

a.   Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b.   Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac. Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman webwww.kwsp.gov.my.


*Contoh situasi ahli:



Situasi


A) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:

  • Telah menerima bayaran interim RM1,000
  • Status permohonan: Sedang diproses



B) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:


  • Tidak menerima bayaran interim RM1,000
  • Status permohonan: Dokumen sokongan diperlukan


Permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak bermula 8 Mac 2021


Nota: Tiada bayaran interim bagi ahli yang belum menerima bayaran tersebut. Ahli akan terus menerima pembayaran pertama.


C) Ahli belum membuat permohonan

  • Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac 2021. 
Permohonan akan diberi kelulusan.



D) Baki Akaun 1 kurang dari RM150
     Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas


Tidak layak memohon Kemudahan i-Sinar



Nota: Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun.


Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
18 Februari 2021

This post have 4 komentar

avatar
Shahada Fauzi delete February 21, 2021 at 10:38 PM

oooo..sha pun terlepas pandang pasal ni..patut le abang ipar mesej tanya pasal ni..dia nak apply la tu kot walaupun tak terjejas kerja dan gajinya..hihi..

Reply
avatar
Sha Mohamed delete February 23, 2021 at 11:08 AM

Alhamdulillah.. semoga dapat membantu mereka yang memerlukan..

Reply
avatar
Shikin Razali delete February 26, 2021 at 8:09 AM

Semoga pada yang memohon Insha Allah akan dipermudahkan...

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post