Saturday, February 13, 2021

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri | Assalamualaikum...Hai, hari ini post entri waktu malam ada ke yang nak baca.. Siang hari tadi sibuk sikit dengan urusan dekat rumah ada kerja rumah yang perlu diselesaikan. Hari ini Cik Ash nak berkongsi drama bersiri terbaru yang akan mengisi slot samarinda nanti. 


Aku yang kau gelar isteri


Drama ini akan mula bersiaran pada 17 Februari 2021 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran TV3 menerusi slot Samarinda. Drama ini disiarkan sebanyak 15 episod. 


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh syarikat produksi Tanah Beris Film Production.


Pelakon Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Drama ini mengandingkan Adi Putra dan Nadia Brain, turut membantu dalam drama  ini adalah  Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman, Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nodin, Ummar Dzariff, Laura Olivia.


Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri 

Drama ini mengisahkan Laila (Sharifah Sakinah) yang menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin). 


Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan sangat bahagia dan saling menyayangi. Tertiba apabila kemunculan Laila ke kampung semula membuatkan kebahagian mereka semakin goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpedam. Berakhirkah kesensaraan Raihani dan Eizlan atapun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. 


Tonton Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri 


Bagi anda yang tidak berkesempatan nak menonton drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini anda boleh menontonnya menerusi laman web iQYI secara online dan percuma. Anda boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton  episod penuh drama Aku Yang Kau Gelar Isteri. 


👉Aku Yang Kau Gelar Isteri




6 comments:

  1. Drama ini memang best kalau tengok.. Ada unsur mistik dan seram..

    ReplyDelete
  2. Saya baru start tengok drama nie dalam minggu nie.. memang best, lain daripada lain sebab saya memang kurang sikit nak tengok drama...

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com