Thursday, February 4, 2021

Daging Bakar Danok Haji Din

Daging Bakar Danok Haji Din | Assalamualaikum... Hai, korang semua hari ini Cik Ash update entri dekat blog nak berkongsi dengan korang satu produk perapan Daging Bakar Danok Haji Din yang sempat Cik Ash cuba baru-baru ini. Sebelum ni pernah kongsi dekat facebook hari ini berpeluang nak kongsi dekat blog. 


daging


Produk perapan ini Cik Ash diperkenalkan oleh Kakak Ipar yang memberi kepada mok untuk dicuba, semasa memcuba untuk pertama kali aritu kakak ipar bagi Kambing Perap, Suami dan mok mentua Cik Ash yang makan, Cik Ash tak makan sebab tak boleh nak telan kambing hahaha.


Disebabkan Cik Ash tak dapat makan kambing, mok mentua order untuk kali kedua dengan kakak ipar Daging Bakar Danok untuk dicuba, Daging perap ini boleh di bakar dalam air fryer ataupun dalam pemanggang ajaib. Cik Ash buat versi pemanggang ajaib dan air fyer. Suami Cik Ash lebih suka yang dalam pemanggang ajaib lagi sebab daging ada rasa lembap-lembap gitu dalam air fryer kering sikit. 



Alhamdulilah bila bakar Daging Bakar Danok Haji Din mok mentua Cik Ash lalu makan nasi daripada biasa, maybe selera dia kena dengan rasa perapan daging tu. Sampai mok kata tak puas makan nak order lagi kali ketiga dua paket hahaha.. 


Produk Haji Din terdapat 3 versi perapan iaitu Kambing Perap, Daging Bakar Danok dan Ayam Bakar .So kalau korang nak cuba daging bakar Danok Haji Din ni boleh jer bagitahu Cik Ash nanti Cik Ash akan bagi no telefon kakak ipar dia ejen produk ni. Tolong-tolong kakak ipar boleh la kan hihihi.


With Love 

Cik Ash

4 comments:

ash.rie8506@gmail.com