Cuba Buat Sendiri Popia Satar | Assalamualaikum... Hari Khamis baru-baru ni Cik Ash terlebih rajin buat popia satar dengan keadaan gusi sakit boleh buat kudapan ni. Biasa la suami cuti kerja kena buat kudapan untuk dia makan sambil layan movie dekat neflix hahaha.
Sebenarnya beli bahan-bahan tu tak nak bagitahu suami nak buat popia satar ni. Kiranya nak buat kejutan la konon-konon buat popia ni. Hahaha. Last-last terkantoi kena bagitahu gak. Alhamdulilah semasa membuat popia ni suami ringan tangan tolong Cik Ash lipat popia satar ni hihihi. Memang la nak buat agak susah sikit kena buat banyak step hihihi sebab tu la orang jual agak mahal la jugak kan. Di fikir baik buat sendiri lagi pulak rumah ni kalau buat apa selalu mesti akan habis sebab suami dan mak mentua makan kalau beli dah siap macam tak puas makan hahaha.
Cara nak buat popia satar ni Cik Ash jumpa dekat facebook ada orang kongsi tetapi Cik Ash tak ikut pun resepinya buat cara Cik Ash cara sendiri hihihi biasa la Cik Ash bab olah menu masakan suka sangat. Mujur kena dengan selera sedap pulak tu.
Resepi Popia Sata
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
Ikan dah di rebus (Cik Ash guna 4 ekor)
Kelapa (1 Cup)
Cili Merah (3 biji)
Daun Kesum
garam
gula
Cara Membuatnya :
1. Ikan di rebus dan di buang tulang ambik isi sahaja.
2. Campurkan semua bahan-bahan dan blender sampai lumat.
3. Untuk kulit popia itu, Cik Ash kerat dua. Lepas tu letak inti dekat atas kulit popia dah lipat. Sebelum nak lipat korang perlu sapu keliling kulit popia tu dengan bancuhan air tepung supaya kulit tidak terbuka bila digoreng nanti. Cik Ash tengok video dekat youtube ajar.
Buat la sampai habis inti dan kulit tu. Cik Ash buat dapat dalam 56 keping. Siap buat terus goreng makan panas-panas. Dapat pujian daripada mak mentua dia kata sedap makan. Alhamdulilah suami dan mok makan dengan selera sampai habis. Hahaha, yang sakit gusi sedap duk makan esoknya gusi sakit balik aduhai.Nanti boleh buat pula bila-bila nak makan dah tahu cara kan.
Ok la itu jer cara Cik Ash buat popia sata, jumpa lagi di entri yang lain nanti. Hihihi. Nak tengok koleksi resepi yang lain korang boleh baca koleksi di 👉👉👉 DapurCikAsh
Wah.. rajinnya cik ash buat popia satar..
ReplyDeleteSuami nak makan sha kena buat hihihi..
DeleteWow.. nanti boleh la saya cuba buat jugak, nampak menarik jea...😋
ReplyDeleteCuba la hihihi..
Delete