Selamat Tahun Baru 2021 | Assalamualaikum...Hai korang, Entri pertama di pembuka di tahun baru 2021 di hari Jumaat yang pertama. Hari ini Cik Ash busy nak uruskan macam-macam urusan dengan suami. Harap dipermudahkan urusan hari ini. Entri ini Cik Ash taip semalam publish hari ini aci tak.
Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua rakan blogger yang mengenali Cik Ash dari mulai sampai sekarang, terima kasih sentiasa berkunjung ke blog Cik Ash ni.
Bila dah masuk tahun baru umur dah meningkat ke satu angka lagi, semoga Cik Ash kuat semangat untuk tempuhi kehidupan di tahun 2021 ni, Cik Ash harap semoga ada sinar dalam kehidupan dan kebahagian dalam rumah tangga Cik Ash dengan kehadiran zuriat suatu hari nanti.
Semoga diberikan kesihatan yang baik buat Cik Ash dan seluruh ahli keluarga Cik Ash. Semoga di tahun baru COVID -19 makin berkurang la, hati rindu nak balik kampung,tetapi memikirkan dengan keadaan sekarang bilangan kes banyak selalu, dengan keadaan kesihatan ibu mentua yang kerap masuk hopsital, lagi pulak memikirkan di kampung ma, aboh dan nenek golongan yang berisiko hati sabar nak balik kampung.
Pada tahun 2020 entri dekat blog sepanjang bulan Januari hingga Disember 2020 sebanyak 149 entri. Entri dekat dah semakin berkurang dekat blog tak macam tahun-tahun sebelum ni, Harap di tahun 2021 dapat la menulis lebih banyak lagi.
Mesti ramai yang perasan Cik Ash dah kurang aktif di media sosial dan blog kan, entah sejak bercuti lama aritu dah agak berkurang nak menulis, tambah dengan situasi sekarang ni lagi la malas.
Ok la korang semua itu jer entri permulaan di tahun baru 2021 ni, Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 kepada semua rakan blogger yang lama dan baru mengenali blog Cik Ash ni.
This post have 3 komentar
Selamat tahun baru 🥰. salam kenal #998
ReplyHappy New year cik Ash.
ReplySelamat Tahun Baru Cik Ash. Semoga semua doa² kita Insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah, aamiin...
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon