Rindunya Nak Pergi Travel | Assalamualaikum... Hai korang, apa kbabar, sihat tak,diharap semuanya berada dalam keadaan sihat, tengok tajuk dekat atas kemain kan, mesti ramai yang mengalami perasaan yang sama macam Cik Ash rindu nak pergi travel macam dulu, bebas ke sana ke sini ke sana ke sini pendek kata kemana-mana sahaja la kan, Rindu nak pergi jalan-jalan ke tempat yang menarik, makan-makan di tempat yang menyediakan makanan yang sedap-sedap. Tetapi bila memikirkan keadaan sekarang ini Cik Ash tahan jer hati dan bersabar la dulu kan, harap pendemik Covid-19 ini cepat-cepat la berakhir rindu nak travel dan balik kampung, disebabkan dengan pandemik ini semua yang telah dirancang nampaknya tergendala, tambahan pulak dengan keadaan kesihatan ibu mentua yang tidak berapa sihat dengan keadaan semasa pulak ni semua negara Malaysia yang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini lagi.
Siapa tak risau virus yang kita tak nampak boleh menjangkiti ramai orang, di tambah pula kalau golongan yang berisiko tinggi lagi cepat terkena virus ini. Bila tengok bilangan kes di ICU ramai pesakit risau sangat dan kesian dekat mereka. Eh apa ni, terlebih pula Cik Ash lari tajuk asal ni, sebenarnya Cik Ash nak berkongsi mengenai satu perkara penting bila nak pergi travel mesti kena fikir banyak perkara yang perlu kita kena buat kan. Nak kena cari hotel, cari tempat yang selesa dan tempat makan yang best, ada satu cara yang mudah dan terbaik digunakan khidmatnya ada dibawah ini Cik Ash kongsikan pengalaman sewaktu bercuti-cuti dahulu dengan keluarga. Cik Ash dan keluarga suka dengan servis daripada Traveloka ni.
Mesti ada yang tertanya kenapa la tertiba Cik Ash berkongsi entri berkenaan dengan topik ini, sebenarnya la Cik Ash rindu dan teringat sewaktu ketika dahulu dimana apabila Cik Ash ingin merancang untuk pergi ke sesuatu tempat yang hendak di tuju Cik Ash akan mencari hotel yang ada keperluan yang sesuai untuk keluarga Cik Ash. Tambah pula kalau travel ni mesti bawa ibu mentua sekali yang berkerusi roda ni mesti la kena cari tempat-tempat yang selesa untuk dia kan. Faham-faham la bila bawa warga emas ini agak sukar dan juga ingin memberikan keselesaan kepada mereka itu la kena rancang dulu sebelum ke mana-mana dan berpakat-pakat denga kakak-kakak ipar dahulu baru la perjalanan yang kita rancang itu lancar dan mudah.
Selain itu, Cik Ash juga membuat research (carian) di google hotel in Kuala Lumpur, semasa dalam percarian Cik Ash mengenai hotel di google memang banyak terdapat review yang keluar, mungkin sebab hotel in Kuala Lumpur ini hotel yang banyak pilihan dan sangat mudah dicari, mungkin ramai yang suka hotel disekitar Kuala Lumpur kerana ianya terdapat banyak lokasi yang boleh kita kunjungi untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga. Apa yang Cik Ash tahu di Kuala Lumpur terdapat banyak tempat yang boleh kita lawati seperti di Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Muzium tinggalan sejarah, Zoo Negara, Taman Burung dan pelbagai lagi tempat yang menarik lagi yang boleh kita kunjungi.
Untuk peringatan kita bersama untuk kita semua dengan kedaan sekarang ini, korang juga jangan lupa kita masih lagi berhadapan dengan virus Covid-19 yang selalu mencatat kes bilangan yang agak tinggi setiap hari, dengan kadar bilangan kematian yang ramai ini, korang perlu la sentiasa menjaga diri korang, selalu memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, sentiasa atau kerap mencuci tangan dengan sabun ataupun memakai hand sanitzer, Ingat tu selain itu korang juga perlu jaga jarak sosial 1 meter berada dikawasan yang ramai orang, sentiasa patuhi SOP (Standard Operation Procedure) yang telah ditetapkan ya. Tambah kita ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini korang kena la patuhi apa yang telah pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah gariskan sebagai panduan/guide untuk kita bendung wabak pendamik Covid-19 ini.
No comments:
Post a Comment
ash.rie8506@gmail.com