Thursday, January 14, 2021

Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Mulai 21 Januari 2021

Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Padaa 21 Januari 2021 | Assalamualaikum... Bantuan BPN 2.0  fasa ke 3 akan dibuat pembayaran Mulai 21 Januari 2021.


BPN 2.0


Bantuan BPN 2.0 diberikan kepada 11.0 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta 460 ribu penerima baharu yang akan dipercepatkan. 


Penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohanan/rayuan yangdibuka  pada 15 Oktober hingga 15 Oktober 2020 lalu. Semakan kelulusan boleh di buat mulai 15 Janauri 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my 


Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) merupakan sebahagian daripada rangka  Inisiatif Tambahan, Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 yang lalu, Inisiatif BPN 2.0 tersebut disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.


Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.6 juta penerima (5.82 juta individu bujang, dan 5.24 juta penerima isi rumah) jumlah bayaran/perutukan sebanyak 7.18 bilion setakat ini. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperutukan sampai kepada mereka yang disasarkan   bagi menjamin kesejahteraan rakyat.


Sumber : Fb Tengku Zafrul

8 comments:

  1. awal tahun ni dah jadi macam bulan tua, sebabnya banyak nak guna duit ehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah moga yang mendapat bantuan ini dipermudahkan segala urusan. Jimat-cermat okeys! :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  3. Cik Kaella : betul2 tu banyak nak guna duit..

    ReplyDelete
  4. Misya : alahai maaf terlupa nak join...

    ReplyDelete
  5. Rupanya masuk 2hari awal tapi bsn la best apa2 dpt dulu. Kite ni nama je bank harimau tapi last dpt 😂😂

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com