Bayi Anda Tak Sendawa Selalu Tertidur Semasa Menyusu, Nak Tahu Caranya |Buat ibu yang mempunyai bayi pernah bayi korang tertidur sewaktu ketika proses penyusuan berlangsung adalah satu keadaan biasa. Jadi bagaimana cara yang boleh kita lakukan untuk sendawakan bayi korang yang sedang lena di buai mimpi? Jom baca pengkongsian di bawah ini.
Sendawakan Bayi Yang Tertidur
Tidak kira menyusu badan atau botol, situasi bayi tertidur ketika proses penyusuan adalah perkara yang normal.
Apabila perut bayi korang semakin kenyang, si manja akan menjadi lebih santai dan hisapan susu semakin perlahan. Kesannya? Bayi akan tertidur.
Keadaan ini lebih cenderung untuk berlaku pada waktu malam ketika keinginan untuk bayi tertidur adalah tinggi.
Walaupun si kecil tampak nyenyak, namun bagi sesetengah bayi, mereka perlu disendawakan untuk mengeluarkan angin sebelum tidur.
Proses sendawakan bayi anda sedang tidur adalah sama dengan bayi yang masih berjaga. Cuma anda mungkin perlu memperlahankan pergerakan agar mereka tidak berjaga.
Jadi bagaimanakah cara terbaik dan sesuai untuk menyendawakan bayi tertidur?
Kaedah sendawakan bayi yang sedang tidur
Berikut adalah beberapa posisi yang sesuai untuk membantu bayi tertidur boleh sendawa, jom lihat pengkongsian di bawah ni :
1. Di tengah-tengah proses penyusuan
Bayi yang mengantuk akan cenderung untuk menghisap susu dengan banyak. Anda boleh bantu untuk mengelakkan kehadiran gas.
Cuba sendawakan anak ketika anda mengubah payudara untuk prosese penyusuan.
Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan sebentar proses penyusuan sebelum susu habis untuk menyendawakan mereka.
Ia bukan sahaja membantu memberikan lebih banyak ruang untuk susu terapi ia juga mengelakkan daripada berlakunya muntah susu.
Posisi ini sesuai untuk sendawakan bayi yang tidur dengan nyenyak. Ibu boleh juga menggunakan kaedah ini untuk bangunkab bayi,meneruskan proses penyusuan. Caranya
2. Meletakkan di bahu
Posisi ini sesuai untuk sendawakan bayi yang tidur dengan nyenyak. Ibu boleh juga menggunakan kaedah ini untuk bangunkan bayi, meneruskan proses penyusuan. Caranya:
- Sandar bahagian dada atas bayi pada bahu anda. Letakkan di sebelah tangan di bawah punggung mereka sebagai sokongan.
- Pastikan kepala si manja berada di atas bahu
- Secara pelahan, tepuk belakang bayi
- Jika tepukan perlahan tidak berkesan untuk menyendawakan si manja, cuba bersandar pada bahu. Tindakan anda juga boleh membantu menyendakan si kecil.
3. Bersandar di dada
Meletakkan bayi pada dada boleh memberikan lebih keselesaaan. Posisi ini juga membantu mengekalkan bayi tidur selepas menyusu.
- Dengan perlahan, alihkan bayi ke bahagian dada. Pastikan sebelah tangan anda berada di belakang badan bayi, manakala sebelah tangan lagi menyokong punggung si manja.
- Elakkan daripada dengan gerakan membulat menggunakan tangan yang berada di belakang badan bayi.
- Jika tidak berjaya membuatkan si kecil sendawa, lakukan tepukan lembut antara bahu mereka.
4. Berbaring di lengan
Posisi sendawakan bayi ini sesuai untuk bayi yang bersaiz kecil.
- Letakkan sebelah lengan pada bahagian punggung bayi. Ini membolehkan mereka bersandar pada lengan anda.
- Bayi mungkin sudah berada pada posisi ini ketika proses penyusuan
- Secara perlahan-lahan, alihkan kedudukan bayi untuk berada dalam keadaan meniarap pada sebelah lagi lengan. Pastikan kedudukan kepala bayi pada hunjung siku
- Tentukan kedudukan bayi dalam keadaan seimbang
- Gosokkan atau tepuk secara perlahan bahagian belakang badan si manja
- Apabila bayi sudah sendawa, alihkan bayi untuk kembali kepada posisi berbaring bagi meneruskan proses penyusuan atau tidur.
5. Posisi meriba
Jika anda sudah berada dalam keadaan duduk ketika menyusukan si manja, posisi meriba sesuai untuk memastikan bayi tertidur tidak terjaga ketika cubaan menyendawakan mereka.
- Secara perlahan,alihkan badan bayi agar perut mereka dapat dihalakan dan direhatkan pada bahagian paha anda.
- Letakkan sebelah tangan untuk menyokong bahagian dagu dan dada si kecil. Tindakan ini juga untuk memastikan bahagian kepala bayi diangkat sedikit daripada badan.
- Gunakan tangan yang lain untuk menepuk atau menggosok secara bulatan pada bahagian belakang badan si manja.
- Setelah berjaya membuatkan bayi sendawa,alihkan mereka untuk kembali kepada keadaan berbaring.
Tempoh Untuk Sendawakan Bayi Anda
Seperti mana yang korang tahu, untuk membuatkan bayi sendawa hanya memerlukan masa antara 1 atau 2 minit. Adakalanya bayi mungkin sendawa apabila anda mengalihkan kedudukan bayi.
Kaedah lain yang membantu menyendawkan bayi yang sering tertidur ketika menyusu adalah dengan menghentikan proses penyusuan.Lakukan apabila mereka nampak mengantuk.
Kepentingan Buat Bayi Tertidur Sendawa
Anda mungkin merasa sendawakan bayi tidak penting, tetapi ianya adalah sebenar dapat membantu bayi untuk berasa selesa dan mengelakkan kembung perut.
Walaupun bayi tertidur ketika menyusu, anda disarankan untuk tetap membantu mereka sendawa agar mereka dapat tidur dengan lebih lena.
Sumber : Hellodoktor.com