Resepi Untuk Dicuba Menggunakan Roti | Assalamualaikum... Bagi pening nak buat hidangan waktu pagi, tengahari,petang dan malam, Cik Ash nak berkongsi 20 resepi untuk dicuba menggunakan roti. Kebanyakan memang menarik dah sedap hihihi. Berikut ada senarai resepi yang harus dicuba di bawah ni.
- Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu.
- Tumis bawang merah hingga garing. Masukkan ikan sardin dihancur tumis bersama dengan sehingga kering.
- Selepas itu masukkan garam, secukup rasa dan serbuk LIME.
- Gelek-gelek roti hingga leper.
- Letak inti lepas itu gulung dengan ketat nak bagi melekat kat hunjung letak tepung gandum yang di bancuh tu.
- Celup roti yang telah digulung ke dalam telur..
- Bila roti dah sekata di celup masukkan dalam minyak dah panas.
- Goreng hingga masak kekuningan.
- Angkat dan toskan minyak.
Bahan-bahan
Roti gardenia
Salad
Kubis bulat
Timun
Tomato
Mayonis
Cara Membuatnya :-
- Salad,kubis bulat hiris halus, macam kita nak buat coslaw kfc tu.
- Timun dihiris bulat dan nipis.
- Tomato pun sama hiris bulat dan nipis.
- Gaulkan salad,kubis bulat dengan 2 sudu mayonis tu atas roti lepas tu kapit dua, hiris la setiga buat macam dekat kedai jual.
- Senang sangat kan nak buat tak ada susah pun.
Bahan-bahan
Sebuku Roti Gardenia
Sosej
Tepung Bestari
Telur
Cara Membuatnya :
- Roti digelek-gelek bagi sampai mampat tak nak bagi nanti goreng serap minyak.
- Rebus sosej dulu ya.
- Lepas tu letak sosej atas lapisan tu dan gulung-gulung celup dalam telur dan tepung bestari. Ratakan bagi tepung bestari lekat betul.
- Goreng sampai warna kekuningan siap goreng angkat hidangkan la dalam pinggan bersama sos cili.
- Pecahkan 3 biji telur dan kacau sampai berbuih dan masukkan garam sedikit.Ketepikan.
- Belah roti di bahagian tengah dan sapukan planta ataupun majerin.
- Guna non stick pan, Cik Ash guna pemanggang ajaib masa nak buat roti hamlet ni, Panaskan pan kemudian bakar roti sampai garing dan lembut, lepas tu angkat letak tepi.
- Tuangkan telur yang dikacau tadi ke dalam pemanggang ajaib, kemudian ambil roti yang dibakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur.
- Dah nampak masak terbalikan dan angkat letak dalam pinggan.
- Sapukan seberapa kaya korang suka. Lagi banyak lagi sedap dimakan.
Bahan-bahan
250 gram daging
1 biji ubi kentang
1/2 biji carrot
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
secubit mixed herbs
1 sudu kecil secukup ras
1 sudu kecil garam
Cara Membuatnya :-
- Daging dikisar dengan blender pengisar
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
- Masuk daging goreng hingga daging tu kecut.
- Lepas tu masukkan sos lada hitam.
- Masukkan ubi kentang, carrot dan masukkan sedikit air,gaul hingga sebati... biarkan mendidih hingga air kering.
- Tambahkan dan sesuaikan rasa.
- Siap
Bahan-bahan
Bawang putih
Bawang besar
carrot
Daging
Tortilla Wrap
Salad
Sos cili
Mayonis
Oregano
Sos blackpaper
serbuk perasa
garam
Cara Membuatnya :-
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
- Lepas tu masukkan daging goreng hingga masak.
- Masukkan carrot gaul-gaul hingga rata.
- Panaskan wrap dalam pemanggang ajaib.
- Letakkan inti daging atas tortilla,salad,sos cili, mayonis.
- Lepas tu gulung dan siap dah boleh dimakan.
cdt : eyqa roslan |
Bahan-bahan
Roti Gardenia 3 keping
Telur 3 biji
Sosej 2
Bawang Holland
Maynonaise 1 sudu besar
Salt & Pepper
Cara Membuatnya :
- Potong semua bahan-bahan itu bentuk dadu @ nipis-nips
- Selepas itu gaulkan dalam mangkuk, dan masukkan dalam bekas cupcake/muffin.
- Lepas itu sprinkle salt & pepper
- Panakan air fryer 5 minit suhu 180©, dan bakar selama 10 minit, suhu 160©
9. Roti Telur
cdt : Potret Kasih |
6 keping roti sandwich
2 biji telur
1 biji bawang merah
sedikit lada sulah
sedikit garam
2 camca besar susu cair atau susu segar
sedikit minyak atau mentega
Cara Membuatnya :-
- Roti sandwich tadi di potong 2. Ketepikan.
- Pukul telur bersama bawang merah, garam dan lada sulah hingga sebati.
- Masukkan susu cair ke dalam telur dan pukul rata.
- Panaskan minyak atau butter kedalam kuali nonstick, Celup roti ke dalam telur , kemudian goreng hingga keemasan.
10. Sandwich Sardin
Bahan-bahan
1 buku roti whole meal
Timun
Salad
Tomato
Bahan Sardin
1/2 biji bawang besar
1 tin sardin
2 sdb minyak masak
2 sdb pes cili
1 biji limau nipis
2 biji cili merah dihiris nipis
Cara Membuatnya :
- Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, tumis sehingga layu.
- Masukkan cili pes dan hirisan cili merah
- Masukkan garam dan sardin serta 3 sdb sos sardin
- Pecah-pecahkan sardin dan perah asam limau nipis.
- Angkat dan sejukkan.
~ Jika suka butter, sapu dulu atas roti
~Alaskan dengan salad diikuti dengan sardin
- Potong ikut suka.
11. Karipap Roti Sedap
cdt : Nisak Abu Hasan |
Bahan -bahan
Roti gardenia
Inti ( guna inti karipap)
Tepung jagung (kalau tak ada guna tepung gandum pun boleh)
Air
*Sila bancuhkan tepung jagung dengan air dengan kelikatan yang agak likat macam gam.
Cara Membuatnya : -
- Mula-mula kita sediakan kulitnya dulu.
Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk bagi nipis, pastikan bahagian tepi tu ditrim.
Lepas itu sapukan bancuhan tepung dengan air tadi sekeliling roti (tengok pic) untuk tujuan menge'gamkan dia.
- Kemudian letak inti dekat tengah-tengah roti tadi dan sila cantumkan hunjung roti membentuk segitiga, alah cam nak buat sandwich tu.
- Lepas tu ambil garfu kemudian tekan-tekankan dekat keliling bahagian yang dicantumkan tadi. Tujuanya untuk bagi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknya. Sila ulang untuk kesemua roti.
- Lepas tu goreng, jangan guna minyak yang terlalu banyak.
- Siap, boleh dihidangkan.
12. Cucur Roti (Sumber : mamaqaireen.com)
5 keping roti putih (potong dadu kecil-kecil)
2 biji bawang merah (potong dadu kecil-kecil)
1 biji cili merah (potong dadu)
2 biji telur ayam
2 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus
sedikit ikan bilis (ditumbuk)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Bancuhan & Masak
- Gaul kesemua bahan sehingga sebati, masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.
- Panaskan minyak dan buat jemput-jemput bulat, Goreng dengan api sederhana.
- Terbalikan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat
This post have 3 komentar
mak oiii..terliurrr
Replymacam macam boleh buat dengan roti kan..kalau roti dah nak expired pun boleh buat puding roti ekeke
ReplyWow. boleh cuba ni 😍
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon