Sunday, December 6, 2020

author photo
Percubaan Buat Laksam Kuah Lemak | Assalamualaikum...Alhamdulilah sukanya Cik Ash pada 27 November 2020 aritu suami request nak makan Laksam. Pagi tu pergi la cari bahan-bahan nak buat kuah laksam, ulam-ulaman. 




Sambil cari lauk basah yang lain cari la jugak bahan-bahan nak buat laksam, Kali ini Cik Ash ada ikut resepi pengkongsian daripada rakan facebook. Cik Ash cuba buat versi sedikit sebab 3 orang jer nak makan hihihi. Itu pun ada lagi kuah lebih sedikit. Kuah Cik Ash masak awal dalam tengahari gitu, Manakala laksam pulak Cik Ash buat belah petang selepas balik daripada balik pergi hospital ambil ubat sedut asma mok. Jom tengok cara membuatnya dekat bawah ini.




Resepi Laksam Kuah Lemak 



Bahan-Bahan Kuah

10 ekor ikan selayang/sardin 
2 ulas bawang besar
1 inci halia
Lada hitam +lada putih
1 kotak santan 
500ml air 
2 keping asam keping
garam 
gula
secukup rasa 


Cara memasak kuah :-
1. Rebus ikan bersama asam keping,air dan garam.
2. Lepas tu blend ikan dengan air dan tapis.
3. Di dalam periuk masukkan bahan blend dan isi ikan ke dalam periuk berserta dengan santan masak dengan api perlahan. 
4. Kacau kuah jangan berhenti sampai ianya masak.





Bahan-bahan Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air panas + 3 cawan air biasa
2 sudu minyak masak 


Cara membuat Laksam :-
1. Bancuh tepung beras, tepung gandum bersama dengan air panas, air biasa, minyak selepas itu tapis.
2. Panaskan periuk kukusan, Cik Ash guna tudung periuk dekat rumah ni, yang itu jer ada hahaha.
3. Sapu minyak di tudung periuk, letakkan adunan dalam periuk, kukus hingga gelembung-gelembung maksudnya boleh diangkat dari pengukus itu.






Bahan Sambal Cili 
Cili Kering direbus dan toskan
Blend bersama dengan 4-5 biji cili padi, garam dan belacan 





Bahan-Bahan Ulam
Bunga kantan
Daun Kesum
Kacang Panjang
Taugeh 
Timun


Itu jer resepi cara yang Cik Ash ikut dekat facebook aritu. Kuah dia ada lebih lagi Cik Ash makan keow teow pulak sedap juga hahaha. Selamat memcuba resepi Laksam ni.

This post have 4 komentar

avatar
Cik Puan Ena delete December 15, 2020 at 12:23 AM

Favourite ni. Ena suka beli sbb malas nak belajar buat. Hahahah. Tapi susah nak dapat yang sedap. Kalau dekat nak order taw. Nampak sedap

Reply
avatar
Cik Ash delete December 15, 2020 at 12:34 AM

Cik Nor : hahaha sedap lagi kalau ore lain buat

Reply
avatar
Cik Ash delete December 15, 2020 at 12:35 AM

Cik Puan Ena : ni sebab suami dan mok teringin gigih la kena buat nak beli katanya x puas makan... hahaha buat utk makan boleh nak buka utk order huhuhu

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post