Tuesday, December 29, 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com

 


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.

** jom support Mia Liana....

Sunday, December 27, 2020

Resepi Untuk Dicuba Menggunakan Roti

Resepi Untuk Dicuba Menggunakan Roti | Assalamualaikum... Bagi pening nak buat hidangan waktu pagi, tengahari,petang dan malam, Cik Ash nak berkongsi 20 resepi untuk dicuba menggunakan roti. Kebanyakan memang menarik dah sedap hihihi. Berikut ada senarai resepi yang harus dicuba di bawah ni. 


Roti



1. Roti Sardin Gulung




Bahan-bahan 
Roti Gardenia (Cik Ash guna dalam 20 keping)
1 tin sardin Ayam Brand ( jenama lain pun tak pe)
1/2 biji bawang besar ( dihiris dadu)
2 biji cili padi (dihiris halus)
secubit garam
secubit secukup rasa
1 sudu kfc serbuk LIME 
1 biji telur
sedikit tepung gandum- bancuh dengan sedikit air. 


Cara Membuatnya :
  • Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu. 
  • Tumis bawang merah hingga garing. Masukkan ikan sardin dihancur tumis bersama dengan sehingga kering. 
  • Selepas itu masukkan garam, secukup rasa dan serbuk LIME.
  • Gelek-gelek roti hingga leper. 
  • Letak inti lepas itu gulung dengan ketat nak bagi melekat kat hunjung letak tepung gandum yang di bancuh tu.
  • Celup roti yang telah digulung ke dalam telur..
  • Bila roti dah sekata di celup masukkan dalam minyak dah panas.
  • Goreng hingga masak kekuningan.
  • Angkat dan toskan minyak. 




Bahan-bahan 

Roti gardenia

Salad

Kubis bulat

Timun

Tomato

Mayonis 


Cara Membuatnya :- 

  • Salad,kubis bulat hiris halus, macam kita nak buat coslaw kfc tu.
  • Timun dihiris bulat dan nipis.
  • Tomato pun sama hiris bulat dan nipis.
  • Gaulkan salad,kubis bulat dengan 2 sudu mayonis tu atas roti lepas tu kapit dua, hiris la setiga buat macam dekat kedai jual.
  • Senang sangat kan nak buat tak ada susah pun.






Bahan-bahan 

Sebuku Roti Gardenia

Sosej

Tepung Bestari

Telur


Cara Membuatnya : 

  • Roti digelek-gelek bagi sampai mampat tak nak bagi nanti goreng serap minyak.
  • Rebus sosej dulu ya. 
  • Lepas tu letak sosej atas lapisan tu dan gulung-gulung celup dalam telur dan tepung bestari. Ratakan bagi tepung bestari lekat betul.
  • Goreng sampai warna kekuningan siap goreng angkat hidangkan la dalam pinggan bersama sos cili.





Bahan-bahan
Roti Hotdog/ Roti Kebab
Telur 3 biji
Kaya
Majerin/Planta


Cara Membuatnya :-
  • Pecahkan 3 biji telur dan kacau sampai berbuih dan masukkan garam sedikit.Ketepikan.
  • Belah roti di bahagian tengah dan sapukan planta ataupun majerin.
  • Guna non stick pan, Cik Ash guna pemanggang ajaib masa nak buat roti hamlet ni, Panaskan pan kemudian bakar roti sampai garing dan lembut, lepas tu angkat letak tepi.
  • Tuangkan telur yang dikacau tadi ke dalam pemanggang ajaib, kemudian ambil roti yang dibakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur. 
  • Dah nampak masak terbalikan dan angkat letak dalam pinggan.
  • Sapukan seberapa kaya korang suka. Lagi banyak lagi sedap dimakan.

6. Roti Sandwich Daging 



Bahan-bahan 

250 gram daging 

1 biji ubi kentang

1/2 biji carrot

1  biji bawang besar

1 ulas bawang putih

1 sudu kecil lada hitam

secubit mixed herbs

1 sudu kecil secukup ras

1 sudu kecil garam 


Cara Membuatnya :-

  • Daging dikisar dengan blender pengisar
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
  • Masuk daging goreng hingga daging tu kecut.
  • Lepas tu masukkan sos lada hitam.
  • Masukkan ubi kentang, carrot dan masukkan sedikit air,gaul hingga sebati... biarkan mendidih hingga air kering.
  • Tambahkan dan sesuaikan rasa.
  • Siap


7. Tortila Wrap Daging 




Bahan-bahan 

Bawang putih

Bawang besar

carrot

Daging

Tortilla Wrap

Salad

Sos cili

Mayonis

Oregano

Sos blackpaper

serbuk perasa

garam


Cara Membuatnya :- 

  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
  • Lepas tu masukkan daging goreng hingga masak.
  • Masukkan carrot gaul-gaul hingga rata.
  • Panaskan wrap dalam pemanggang ajaib.
  • Letakkan inti daging atas tortilla,salad,sos cili, mayonis.
  • Lepas tu gulung dan siap dah boleh dimakan.

8. Cuppiza 

   

cdt : eyqa roslan

Bahan-bahan 

Roti Gardenia 3 keping

Telur 3 biji

Sosej 2 

Bawang Holland

Maynonaise 1 sudu besar

Salt & Pepper


Cara Membuatnya : 

  • Potong semua bahan-bahan itu bentuk dadu @ nipis-nips
  • Selepas itu gaulkan dalam mangkuk, dan masukkan dalam bekas cupcake/muffin.
  • Lepas itu sprinkle salt & pepper
  • Panakan air fryer 5 minit suhu 180©, dan bakar selama 10 minit, suhu 160© 


9. Roti Telur 


cdt : Potret Kasih


Bahan -bahan 

6 keping roti sandwich

2 biji telur

1 biji bawang merah 

sedikit lada sulah

sedikit garam

2 camca besar susu cair atau susu segar

sedikit minyak atau mentega 


Cara Membuatnya :-

  • Roti sandwich tadi di potong 2. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama bawang merah, garam dan lada sulah hingga sebati.
  • Masukkan susu cair ke dalam telur dan pukul rata.
  • Panaskan minyak atau butter kedalam kuali nonstick, Celup roti ke dalam telur , kemudian goreng hingga keemasan. 


10. Sandwich Sardin 




Bahan-bahan 

1 buku roti whole meal 

Timun

Salad

Tomato


Bahan Sardin

1/2 biji bawang besar

1 tin sardin

2 sdb minyak masak

2 sdb pes cili

1 biji limau nipis

2 biji cili merah dihiris nipis


Cara Membuatnya : 

  •  Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, tumis sehingga layu.
  • Masukkan cili pes dan hirisan cili merah
  • Masukkan garam dan sardin serta 3 sdb sos sardin
  • Pecah-pecahkan sardin dan perah asam limau nipis. 
  • Angkat dan sejukkan.

~ Jika suka butter, sapu dulu atas roti

~Alaskan dengan salad diikuti dengan sardin

  • Potong ikut suka. 


11. Karipap Roti Sedap


cdt : Nisak Abu Hasan


Bahan -bahan 

Roti gardenia 

Inti ( guna inti karipap)

Tepung jagung (kalau tak ada guna tepung gandum pun boleh)

Air

*Sila bancuhkan tepung jagung dengan air dengan kelikatan yang agak likat macam gam. 


Cara Membuatnya : -

  • Mula-mula kita sediakan kulitnya dulu. 

Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk bagi nipis, pastikan bahagian tepi tu ditrim.


Lepas itu sapukan bancuhan tepung dengan air tadi sekeliling roti (tengok pic) untuk tujuan menge'gamkan dia. 

  • Kemudian letak inti dekat tengah-tengah roti tadi dan sila cantumkan hunjung roti membentuk segitiga, alah cam nak buat sandwich tu. 
  • Lepas tu ambil garfu kemudian tekan-tekankan dekat keliling bahagian yang dicantumkan tadi. Tujuanya untuk bagi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknya. Sila ulang untuk kesemua roti.
  •  Lepas tu goreng, jangan guna minyak yang terlalu banyak.
  • Siap, boleh dihidangkan. 


12. Cucur Roti (Sumber : mamaqaireen.com)



Bahan-bahan 

5 keping roti putih (potong dadu kecil-kecil)

2 biji bawang merah (potong dadu kecil-kecil)

1 biji cili merah (potong dadu)

2 biji telur ayam

2 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus

sedikit ikan bilis (ditumbuk)

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Sedikit air


Cara Bancuhan & Masak 

  • Gaul kesemua bahan sehingga sebati, masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula. 
  • Panaskan minyak dan buat jemput-jemput bulat, Goreng dengan api sederhana.
  • Terbalikan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat 


Itu jer entri resepi harus di cuba menggunakan roti, pelbagai idea yang mudah dan senang di buat.

Tuesday, December 22, 2020

Single Terbaru Lagu SINAR SELAWAT - Fattah Amin

Single Terbaru Lagu  SINAR SELAWAT - Fattah Amin | Siapa peminat Fattah Amin dekat sini, ni Cik Ash ada kongsikan dengan korang semua beliau ada keluarkan Single Terbaru SINAR SELAWAT. 



Lagu ni mempunyai simbolik kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata pertama Fattah Amin dan Nur Fazura pada 2 Oktober 2020 lalu. Di dalam lagu  ni Fattah menzahirkan kesyukuran atas hadiah yang paling berharga dalam hidupnya dan isteri, Fattah Amin sebelum ni pernah muncul dengan single kerohanian iaitu Kiriman Agung. 


Baca Artikel : Single Terbaru Lagu Kiriman Agung Fattah Amin


Kalau sebelum ini lagu Kiriman Agung menjadi doa dan harapannya ketika kedatangan cahaya mata sebagai penyeri hidupnya, Manakala Sinar Selawat pula menjadi simbolik penghargaan dan tanda kesyukuran Fattah selepas bergelar bapa. 


Baca Artikel : Nur Fatima Aisya Nama Anak Fattah Amin Dan Fazura


Patut la lagu Sinar Selawat ni best dan sedap didengar alunannya beberapa kali, Cik Ash sampai beberapa kali ulang dengar siap ikut rentak lagu ni. Hahaha, alunan lagu ini diciipta oleh Hafiz Hamidun dan lirik pulak Ahmad Fedtri Yahya. Lagu ni menterjemahkan kebahagian yang menghuni sudut hatinya selepas bergelar bapa kepada puteri yang comel.


Lirik Lagu Sinar Selawat Fattah Amin


Debaran mimp-mimpi 
Menanti yang tercinta
Penuh harapan dan doa-doa 


Bermula detik indah
Membawa senyuman
Di pintu bahagia

Bermula detik indah
Bersyukur hadirmu
Hebat kurnia Allah

Allahuma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa
Allahumma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa

Manisnya kelahiran 
Bertakbir dan bertasbih pada Ilahi
Ya Rabbul Jalil


Tangis itu tangis pertama
Wajah suci yang amat bersih
Cahaya mata zuriat cinta


Bermula detik indah
Membawa senyuman 
Di pintu bahagia

Bermula detik indah
Bersyukur hadirmu
Hebat kurnia Allah


Allahuma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa
Allahumma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa


Duhai anakku bukalah mata
Penuh bersinar
Setiap detik masa
Membelaimu sentiasa


Allahuma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa
Allahumma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa


Allahuma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa
Allahumma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa

Ya Mustofa 
Ya Mustofa 
Muhammad ya Rabbibil Mustofa
Allahumma solli 'ala Sayyidina
Muhammad ya Rabbibil Mustofa


Monday, December 21, 2020

Lagu OST Drama Biar Mereka Cemburu

Lagu OST Drama Biar Mereka Cemburu | Assalamualaikum... Rasa dah lama tak kongsi OST Drama dekat blog ni, bukan apa sekarang sibuk dengan urusan keluarga nak menaip menulis kongsi lagu dalam drama ni pun tak ingat. 


Ost lagu Biar Aku Cemburu

Disebabkan ada yang mencari ost lagu dalam drama Biar Aku Cemburu ni. Untuk sambungan kali ianya berkait dengan drama tersebut. Tentang ost lagu yang terdapat dalam Drama Biar Aku Cemburu yang dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza dan Nabila Razali. Antara lagu yang terdapat dalam drama ni adalah seperti di bawah ini.


Lagu Tema

Tajuk Lagu :Ku Mau
Penyanyi : Aizat Amdan & Hanun Dhiya
Lirik : Yeshua Abraham
Komposer : Aizat Amdan, Anas Amdan, Melanie Wehbe, Elias Naslin


Baca Artikel : Sinopsis Drama Biar Aku Cemburu


Manakala untuk lagu sisipan lain yang terdapat dalam Drama Biar Aku Cemburu adalah seperti di bawah ni. 


Tajuk Lagu : Hanya Milikmu

Penyanyi : Ir Radzi

Lirik : Ir Radzi

Komposer : Ir Radzi


Tajuk Lagu : Vroom Vroom

Penyanyi : Nabila Razali

Lirik : Ezra Kong

Komposer : Hael Husaini


Tajuk Lagu : Bagai Lagu Indah

Penyanyi : Adzrin 

Lirik : Amylea

Komposer : Farouk Roman


Tajuk Lagu : Cute (Nabila Razali Remix)

Penyanyi : Harith Zazman, Nabila Razali, MFMF, Loca B


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, itu jer lagu-lagu yang terdapat dalam drama Biar Aku Cemburu. Ada lagu yang dah pernah dengar ada tidak pernah dengar lagi. Nanti ada masa boleh dengar ni.

Sunday, December 20, 2020

Resepi Roti Hamlet

Roti Hamlet | Assalamualaikum... Sebenarnya menu Roti Hamlet dah lama Cik Ash buat kalau tak silap tahun 2018. Tahun 2020 baru nak kongsi dekat blog, hihihi, baru jumpa gambar masa clear-clear gambar terjumpa gambar roti hamlet ni. 


roti hamlet


Roti Hamlet ini dekat Kelantan sangat popular menu ni, bagi orang yang pertama kali dengar nama mesti terasa pelik, Kalau di kelantan menu ni paling popular sangat. Cara membuat roti hamlet pun senang guna 4 bahan jer. Jom tengok bahan-bahan yang perlu kita guna untuk membuat Roti Hamlet ni. 


Resepi Roti Hamlet


Bahan-bahan 

Roti Hotdog / Roti Kebab 

Telur 3 biji 

Kaya

Majerin/ Planta


Cara Membuatnya : 

1. Pecahkan 3 biji telur dan kacau sampai berbuih dan masukkan garam sedikit. ketepikan

2. Belah roti hotdog di bahagian tengah dan sapukan planta ataupun majerin. 

3. Guna non stick pan, Cik Ash guna pemanggang ajaib masa nak buat roti hamlet ni. Panaskan pan kemudian bakar roti hotdog sampai garing dan lembut, lepas tu angkat letak tepi.

4. Tuangkan telur yang dikacau tadi ke dalam pemangang ajaib, kemudian ambil roti hotdog yang dibakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur. 

5.Dah nampak masak terbalikkan dan angkat letak dalam pinggan. 

6. Sapukan seberapa kaya korang suka. Lagi banyak lagi sedap dimakan. 


Ok la korang itu cara yang Cik Ash buat roti hamlet.. Lama sangat tak buat nanti cari barang-barang kita buat lagi la..

Friday, December 18, 2020

LIVE Muzikal Lawak Superstar 2

LIVE Muzikal Lawak Superstar | Assalamualaikum.. Untuk peminat rancangan show jangan lepaskan peluang menonton malam ni akan berlangsung Muzikal Lawak Superstar ,Bagi korang yang tak ada astro korang boleh menonton Muzikal Lawak Superstar 2 secara LIVE ada Cik Ash kongsi dekat bawah ni.


Muzikal


Muzikal Lawak Superstar 2 kembali menemui peminat mereka yang sukakan muzikal lawak, antaranya  adalah barisan pelawak, penghibur dan penyanyi yang berani bergabung dipentas untuk mempersembahkan Muzikal Lawak Superstar.


Baca Artikel : Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2


Program ini akan berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat,jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020.


Tonton LIVE Muzikal Lawak Superstar 2 



Untuk menonton Live Muzikal Lawak Superstar 2 boleh pergi ke youtube astro gempak ataupun blog astro gempak. Selamat menonton kepada korang semua, semoga muzikal lawak superstar ni menceriakan korang. Cik Ash kongsi untuk yang tak ada astro dan tidak langgan Astro Warna kan. Muzikal lawak superstar ni ada juga kebaikan ada sampai mesej yang bagus. Lagi pulak ada Ustaz Fakhrul UNIC sertai tak sabar nak tengok persembahan kumpulan U.N.I nanti.

Cara Nak Menonton Drama Cinta Sekali Lagi Full Episod

Cara Nak Menonton Drama Cinta Sekali Lagi Full Episod | Assalamualaikum... Akhirnya drama yang tengah panas dan trending di facebook telah tamat di tayangkan di TV3. Mungkin ada yang terlepas tengok dari episod awal jangan risau korang boleh lagi menonton drama bersiri ni dengan mudah sekarang di hunjung jari jer. 


tonton episod Cinta Sekali Lagi



Korang perlu ada internet, handphone, laptop dan sebagainya janji semua benda ni ada, boleh layan drama Cinta Sekali Lagi sampai lembam tak ada iklan memanjang nanti. Mesti tercari-cari nak tengok dekat mana kan. Hari ini Cik Ash ingin berkongsi dekat korang satu laman sesawang yang boleh kita menonton Drama Cinta Sekali Lagi iaitu iQYi.com ataupun korang juga boleh dowload aplikasi iQYi di handphone korang. 


Kalau korang malas nak dowload aplikasi itu, Cik Ash kongsikan di bawah link nak menonton dengan korang. Selamat menonton ya.


Drama Cinta Sekali Lagi  Episod 1 - https://www.iq.com/play/1xe2qpf4mlp

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 2 - https://www.iq.com/play/1cl5r8j6oo8

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 3 - https://www.iq.com/play/1pghnguby6w

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 4 -https://www.iq.com/play/1fpeaunia2g 

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 5 - https://www.iq.com/play/2ebd9o5wsck

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 6 - https://www.iq.com/play/hq4o0n3eqw

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 7 - https://www.iq.com/play/13daa8927gs

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 8  - https://www.iq.com/play/sej9cbb0xo

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 9 - https://www.iq.com/play/ypvkzjftmk

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 10 - https://www.iq.com/play/2eii3ud2xgk

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 11 - https://www.iq.com/play/fnv2jc5sfw

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 12 - https://www.iq.com/play/i5px6cpimg

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 13  - https://www.iq.com/play/1xix10jxom8

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 14  - hthttps://www.iq.com/play/hwsvqguic0

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 15  - https://www.iq.com/play/j8p0jua610

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 16  - https://www.iq.com/play/26kbhwyccv0

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 17 - https://www.iq.com/play/12x80wg45hs

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 18 - https://www.iq.com/play/2efd6k4nypk

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 19 - https://www.iq.com/play/1qs4cf6plec

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 20 - https://www.iq.com/play/18iyd2097bs

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 21 - https://www.iq.com/play/1mzk5s4q68g

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 22 - https://www.iq.com/play/25zpcjsaakw

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 23 - https://www.iq.com/play/tau3576d2k

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 24 - https://www.iq.com/play/nyf9c2gvc4

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 25 - https://www.iq.com/play/1xauw1acnhc

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 26 - https://www.iq.com/play/1lzqp1asp34

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 27 - https://www.iq.com/play/gun6ba2lwg

Drama Cinta Sekali Lagi - Episod 28 - https://www.iq.com/play/xe8ty0by6c


Drama ini yang boleh buat orang sakit hati dengan amani hahaha, Cik Ash tengok dah macam-macam emosi terkeluar nak marahkan amani hahaha. 

Thursday, December 17, 2020

Memasak Mudah Bila Ada Produk AYA Real Food

Memasak Mudah Bila Ada Produk Aya Real Food | Assalamualaikum... Hai, asyik entri hiburan jer dekat blog takut ada yang jemu... Hari ini nak berkongsi satu produk yang menarik dicuba,setelah 6 tahun bergelar surirumahtangga sepenuh masa kadang pening dah nak memasak menu apa untuk suami dan mak mentua makan. Asyik ulang masakan sama jer hahaha. Sampai tu tak tahu nak memasak apa tanya suami nak makan menu apa. Suami punya request kadang paling mudah ayam kfc jer, ayam goreng kunyit kalau buat jenis berkuah ni agak kurang dia nak makan. 


aya food


Baru-baru ini Cik Ash ada terjumpa satu produk menarik untuk kerja memasak di #dapurcikash hihihi, nampak macam menarik Produk AYA  REAL FOOD Cik Ash suka sebab ianya mudah disediakan ni terdapat sambal bilis "Karashi Bilis , jimat masa Cik Ash sebab ianya ready to eat taw. Dah cuba makan dengan lempeng sedap suami kata macam makan kerepok ikan zaman budak-budak dulu.


Ikan bilis aya


πŸ‘‰Baca Artikel : Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak-Kanak


Lagi yang Cik Ash suka dengan produk AYA  REAL FOOD ni  dia punya Sos AYA serbaguna ( Shiroi Ponzu ). Kita boleh guna untuk buat perapan ayam, ikan, daging, udang dan sayuran kiranya makan ala-ala dekat japanase gitu. Cik Ash dah cuba masukkan dalam masakan udang goreng kunyit di tambah sos shiroi ponzu lagi sedap udang ni. Makan nasi bertambah-tambah hahaha..


Udang kunyit


AYA REAL FOOD juga  bagus untuk digunakan dalam masakan kita kerana produknya :

πŸ‘‰ Tidak mengandungi MSG,

πŸ‘‰Tidak ada bahan pengawet

πŸ‘‰ Tidak ada warna tiruan

πŸ‘‰ bebas gluten & vegetarian

πŸ‘‰ tahan lama di dalam peti sejuk selama 3 hari dan freezer tahan 3 bulan.

πŸ‘‰Produk Halal

 

Paling menarik turut disertakan resepi dekat kotak packaging tu  Tak payah dah pening nak cari resepi 😊. Korang boleh jer guna resepi sendiri. Macam Cik Ash dah cuba buat guna dua produk AYA REAL FOOD ni.

 

Cara Untuk Mendapatkan Produk AYA REAL FOOD 


Produk AYA FOOD ni boleh dapattkan di shoppinggg  onlineee Lazada / Shopee, GrabMart & Happy Fresh dan juga melalui laman web mereka www.ayarealfood.com


Sebelum tu, jangan lupa korang gunakan Kod promo khas AYACARES (semasa pembayaran) jika ada yang ingin memmbeli.


@ayarealfood & @brianneaeria.pr

#AyaRealFood #1SauceUnlimitedDishes


With Loves

Wednesday, December 16, 2020

Drama KELUARGA BAHA DON Kini Kembali Dengan Musim Kedua Di Siri Viu Original

KELUARGA BAHA DON Kini Kembali Dengan Musim Kedua Di Siri Viu Original | Assalamualaikum... Siapa pernah layan drama Keluarga Baha Don Musim Pertama berita baik korang drama ini dah ada musim kedua. Dah pun ditayangkan pada 3 Disember 2020. 



Pelakon  Keluarga Baha Don 

Drama ini mengandingkan pelakon-pelakon yang membintangi siri asal sebelum ini termasuk Jihan Muse, Mark Adam, Khir Rahman, Susan Lankestar, Sharifah Aleysha, Melissa Campbell dan ramai lagi yang melakonkan watak-watak asal mereka.


Dalam sekuel  musim kedua ni bakal mengembangkan barisan pelakonnya dengan pelakon baharu iaitu Tony Eusoff, Amy Mastura, Azman Hassan dan Marsha Milan.


Pengarah Dan Terbitan Produksi 

Drama Keluarga Baha Don diarahkan oleh Syed Fariz Syed Khairuddin, sebanyak 10 episod. setiap hari Khamis.


Sinopsis Keluarga Baha  Don 

Keluarga Baha Don mengisarkan Jo Do (Remy Ishak) dan Mat Don (Khir Rahman) yang berjaya melepaskan diri dari cengkaman penculik yang tidak mereka sangka. 


Sementara itu, saingan yang kejam datang untuk menghancurkan keluarga Baha. Bolehkah Jo yang lemah lembut menjadikan dirinya Don yang sukar dan memenangi kepercayaan rakan-rakannya yang diasingkan untuk menyelamatkannya?


Tonton Streaming / Muat Turun Keluarga Baha Don Musim 2 di Viu 

Tuesday, December 15, 2020

Pizza Sambal Petai Dari US Pizza

Pizza Sambal Petai Dari US Pizza | Assalamualaikum... Alhamdulilah syukur dapat juga merasa makan pizza setelah sekian lama tak makan pizza hahaha. Kalau tak silap Cik Ash last makan pizza pada tahun lepas. Nampak tu lama sangat tak makan pizza. Kebetulan sangat pada 2 Disember 2020 aritu Cik Ash ada shopping dekat tesco.  


US Pizza


Baca Artikel : Barangan Tesco Menjadi Pilihan Cik Ash


Suami la dia pening nak beli makanan apa dekat mok, Cik Ash bagi cadangan cuba beli Pizza aritukan mok kata nak makan pizza. Kami pun singgah la di US Pizza. Pertama kali jejak kaki di US Pizza ni. Kalau tak silap Cik Ash US Pizza dah lama ada di kulim. 


Baca Artikel : Pertama Kali Order Online Domino's Pizza Sempena Kempen- It 's All About Yo




Pengalaman Cik Ash makan Sambal Petai Pizza daripada US Pizza ni, boleh diterima oleh tekak Cik Ash, kalau korang nak ubah selera nak makan sambal petai versi pizza boleh dapatkan di US Pizza. Tapi sayang beli untuk mak mentua dia tak makan biasa la bila penyakit asma menyerang kembali nak  tawar makanan apa tak nak makan. Tanya suami Cik Ash sedap ke Pizza Sambal Petai suami Cik Ash kata ok jer hahaha, suami ni bab makanan kalau tanya ok jer. Tapi kalau nak order berkali-kali menu sama tak la, hihihi.. Pizza Sambal itu ada juga kekurangannya. Pilihan atas korang sendiri nak cuba alami rasa pizza sambal petai itu. 


Ok la korang semua, Cik Ash out dulu ada nak buat kerja dekat rumah ni, kerja dekat rumah ni tak habis ada jer, biasa la rumah besar hahaha, nak buat sekali gus setiap hari tak larat. Hihihihi.