Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov | Assalamualaikum...Alhamdulilah rezeki kali ketiga dapat reedem point jawab survey Yougov ni. Cik Ash buat santai-santai jawab survey ni, kalau ada masa terluang buka dekat handphone jawab survey yang selalu sampai dekat email.
Jawab survey ni kita boleh dapatkan point dan point itu boleh kita tebus duit dalam nilai Singapore Dollar. Kalau dalam Malaysia kita dalam RM70. Menarik tak bila dengar hanya jawab survey jer pun dah boleh dapat duit. Siapa lagi nak bagi kan. Kita kena berusaha mencari income tambah-tambah surirumah macam Cik Ash ni, tak kan nak bergantung gaji suami juga kan kena ada jugak wang untuk beli barang kita minat hihihi.
Baca : Reedem Pertama Jawab Survey Yougov
Baca : Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov
Perhatian ni hanya untuk orang yang rajin jer, kalau korang ada sifat malas , banyak songeh, apa-apa yang tak kena dimata korang itu tak digalakkan join jawab survey, join kalau ada minat jer. Cik Ash ni sebab minat sahaja-sahaja dekat rumah ni senyap-senyap dapat duit hihihi.
Klik reedem tu sebelum nak klik reedem tu korang kena pastikan segala maklumat alamat rumah, nombor telefon, serta alamat email paypal yang kita berdaftar itu adalah betul ya. Perlu kena chek dengan teliti untuk alamat email itu sebabnya kalau salah isikan akibatnya pembayaran yougov ke accout paypal kita tertangguh pulak kan...bila semua dah betul klik la reedem akan keluar dalam gambar seperti di bawah ini
Dalam beberapa saat kemudian anda akan dapat email daripada yougov dalam gambar seperti di bawah ini di dalam email ini kena tunggu selama 30 hari berkerja untuk melihat wang tersebut masuk ke dalam account paypal kita... Cik Ash reedem point yougov ni pada 20 November 2020 dan tertapi menunggu tidak lama mana pada 24 November 2020 bila buka accout paypal dan email ada dapat katanya duit paypal dah masuk hihihi. Alhamdulilah laju masuk kali ni. Jom la kita mengumpul semula point dekat yougov ni hihihihi.
This post have 5 komentar
Wah..menarik..rajin cik ash...
ReplyKena rajin jawab, tapi berbaloi juga bila dapat income.
ReplySuria Amanda :kak SA puas duk saja gak
ReplyMrs.Pip : ha ah memang kena rajin jawab survey baru ada hasil hihihi
ReplyDiana Rashid : Ekin sebab tak anak ni.. boleh sambil2 nak jawab survey kalau ada anak xtaw la jadi macam akak la kut hahaha
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon