Monday, November 30, 2020

Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov

Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov | Assalamualaikum...Alhamdulilah rezeki kali ketiga dapat reedem point jawab survey Yougov ni. Cik Ash buat santai-santai jawab survey ni, kalau ada masa terluang buka dekat handphone jawab survey yang selalu sampai dekat email. 



Jawab survey ni kita boleh dapatkan point dan point itu boleh kita tebus duit dalam nilai Singapore Dollar. Kalau dalam Malaysia kita dalam RM70. Menarik tak bila dengar hanya jawab survey jer pun dah boleh dapat duit. Siapa lagi nak bagi kan. Kita kena berusaha mencari income tambah-tambah surirumah macam Cik Ash ni, tak kan nak bergantung gaji suami juga kan kena ada jugak wang untuk beli barang kita minat hihihi. 


Baca : Reedem Pertama Jawab Survey Yougov


Baca : Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov

Perhatian ni hanya untuk orang yang rajin jer, kalau korang ada sifat malas , banyak songeh, apa-apa yang tak kena dimata korang itu tak digalakkan join jawab survey, join kalau ada minat jer. Cik Ash ni sebab minat sahaja-sahaja dekat rumah ni senyap-senyap dapat duit hihihi. 




Klik reedem tu sebelum nak klik reedem tu korang kena pastikan segala maklumat alamat rumah, nombor telefon, serta alamat email paypal yang kita berdaftar itu adalah betul ya. Perlu kena chek dengan teliti untuk alamat email itu sebabnya kalau salah isikan akibatnya pembayaran yougov ke accout paypal kita tertangguh pulak kan...bila semua dah betul klik la reedem akan keluar dalam gambar seperti di bawah ini 



Dalam beberapa saat kemudian anda akan dapat email daripada yougov dalam gambar seperti di bawah ini di dalam email ini kena tunggu selama  30 hari berkerja untuk melihat wang tersebut masuk ke dalam account paypal kita... Cik Ash reedem point yougov ni pada 20 November 2020 dan tertapi menunggu tidak lama mana pada 24 November 2020 bila buka accout paypal dan email ada dapat katanya duit paypal dah masuk hihihi. Alhamdulilah laju masuk kali ni. Jom la kita mengumpul semula point dekat yougov ni hihihihi.


Apa tunggu cepat-cepat la daftar YouGov  untuk menjawab survey dan kumpul-kumpul point dan boleh dapat duit ataupun lain-lain lagi. Selalunya undangan survey daripada yougov satu hari dengan nilai point dalam 50-150 point per survey. Survey tersebut selalunya pertanyaan secara umum sehingga ianya sangat mudah untuk kita jawab dalam masa 5 hingga 15 miniit.

Sunday, November 29, 2020

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2 | Assamulaikum... Dekat rumah ni Cik Ash selalu jer masak, kadang kalau rajin post dekat instagram dan facebook jer gambar simpan sana.. Hihihi. 



Hari terlebih rajin nak simpan koleksi masakan #dapurcikash dekat blog ni pulak mana taw boleh rujuk semula nanti yang pernah buat bila ada waktu blur nak masak apa. Surirumah tangga kerjanya bangun pagi buat sarapan,membasuh baju,lipat kain,jemur kain, lepas tu masak lagi.. Cik Ash dekat rumah ni kalau suami ada rumah 3 kali masak. Kalau dia kerja dua kali jer masak pagi dan malam. Kadang nak masak menu apa pun pening, sedangkan lauk dalam peti semua ada ayam,ikan,daging,telur, udang hahaha.. 




Menu  ni masak hari lepas bawa mok mentua pergi hospital,kalau ikut memang penat teruskan masak juga. Sayur paprik dan ayam goreng ala mamak.





Menu bihun goreng dan nasi goreng ini Cik Ash masak sarapan pagi pada 25 November.Resepinya nanti Cik Ash kongsi dekat entri lain.



Alhamdulilah rezeki ada orang bagi udang dan pucuk paku jadi la dua menu ni. Suami dan mok mentua makan dengan selera sebab menu dua memang pembuka selera sungguh. 



Yang ni menu Tomyam Ayam dan telur dadar. Dua menu ni pembuka selera Cik Ash hahaha, Sebab hantu tomyam kan. 




Laksam buat pada hari jumaat, Suami dan mok mentua dia nak makan. Yang paling best suami ringgan tangan masuk tolong didapur hihihi. Alhamdulilah kali ni buat laksam menjadi. Nanti Cik Ash kongsi resepi dekat blog ya.

Kalau bab memasak paling tak suka sekarang sejak jadi surirumah Cik Ash dah jadi rajin la sangat hahaha, kalau Cik Ash tak masak siapa lagi nak masak tugas Cik Ash la kan, Nak bagi suami dan ibu mentua makan. Kadang pening nak masak apa untuk ibu mentua Cik Ash biasa la orang tua ni kadang-kadang tak lalu nak makan. Sampai satu tahap makan nasi dengan gula jer nak alas perut.  Suami tak pe masak apa-apa jer jangan masak tomyam jer dia tak suka hahaha.. sebab tu kadang-kadang Cik Ash teringin nak makan kuah tomyam rela pergi kedai cari tapi aritu ada pernah buat tomyam alhamdulilah berjaya bagi suami makan dia kata dah macam dekat kedai siam. 


Ok la korang itu jer antara koleksi masakan daripada #dapurcikash. Selamat menjamu mata. Hahaha.. Kalau nak tengok koleksi resepi boleh baca dekat link di bawah ni. 

Wednesday, November 25, 2020

Serbuk Magic Untuk Cuci Mesin Basuh

 Serbuk Magic Untuk Cuci Mesin Basuh | Assalamualaikum... Hai korang semua, Hari ini Cik Ash nak kongsi satu barang yang memang viral di Facebook selalu lalu lalang dekat wall. Barang ini beli dalam bulan 6 tak silap Cik Ash la. Lama dah beli ni baru cuba guna dan tengok sendiri betul serbuk magic ini mampu ke untuk cuci mesin basuh. 

magic



Disebabkan dah lama beli mesin basuh ni, kalau tak silap Cik Ash tahun 2017 lagi, selalu Cik Ash duk perasan la kain bila dah kering macam ada debu-debu gitu, tu duk fikir mesin basuh ini kena cuci nak buang segala kerak-kerak dekat mesin basuh. Cik Ash beli Serbuk Magic ini di kedai eco shop nama GANSO.


Baca : Magic Sponge Mrdiy


Cara nak guna pun mudah ikut jer arahan di bungkusan itu. Mesin Cik Ash manual nak bilas dan buang air semuanya kena kita buat sendiri. Lambat juga nak boleh clearkan semua bagi bersih air mesin basuh tu. Kena biarkan 5 jam. Cuci mesin basuh dari pagi sampai ke petang pukul 5 baru siap clear mesin basuh air dah nampak bersih tak ada kotoran dah. Tu la daki mesin basuh banyak gila masa first air lupa nak snap gambar waktu tu hahaha, biasa la teruja punya pasal kan lupa segala benda nak buat.

Tuesday, November 24, 2020

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Kelapan

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Kelapan |Assalamualaikum...Konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV7) akan masuk minggu kelapan Suku Akhir pada Ahad 29 November 2020 nanti.


minggu kelapan


Hanya tinggal 8 orang peserta yang akan membuat persembahan pada Ahad nanti iaitu Noraniza Idris,Ayu Damit,Cliff Umar (vokalis kumpulan Projek Pistol),Yantzen,Mus (May),Linda Nanuwil,Oja dan Ashira Aziz. 



Tema untuk minggu ketujuh nanti adalah 'Throwback' akan menyaksikan persembahan para perserta yang akan menyanyikan lagu-lagu nyanyian asal oleh alumni Gegar Vaganza sebelum ni.Berikut adalah lagu-lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta nanti.


Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Kelapan


1. Lagu Pembukaan Nabil & Jihan - Kata 

2. Memori Cinta Luka (Nasir Wahad)  - Oja 

3. Nur Kasih (Slam) - Ashira

4. Anak Kampung (One Nations Emcess) - Noraniza Idris 

5. Segalanya Ku Terima ( Ilusi) - Yantzen

6. Seragam Hitam (Kristal) - Muss 

7. Teringin (Shima) - Linda Nanuwil

8. Di Pohon Cemara (Mamat) - Ayu Damit 

9. Pesanan Buat Kekasih (Spring) - Cliff Umar 


Keputusan Penuh Konsert Gegar Vaganza 7 Minggu Ketujuh 


Dibawah ni disertakan keputusan penuh pada konsert gegar vaganza 7 minggu ketujuh, perserta yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh adalah Aju Success yang mendendangkan lagu Hanya Rindy dipopular Andmesh Kamaleng. 


1. Oja (Amalina) - 73.70% 

2. Ashira (Sekilas Senyumanmu) - 69.70%

3. Noraniza Idris (Canggung) - 69.60%

4. Yantzen (Bunga) - 69.00% 

5. Muss (Sembah) - 64.50%

6. Linda Nanuwil (Suci Dalam Debu) - 64.40%

7. Ayu Damit (Jejaka Idaman) - 58.80%

8. Cliff Umar (Rozana) - 58.20%

9. Aju Success (Hanya Rindu) - 57.80%


Anugerah Bintang Paling Power Miow Tajaan Adabi (Markah Tertinggi)- Oja


Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Noraniza Idris


Anugerah CUCKOO Healthly Home (hashtag Twitter terbanyak) - Linda Nanuwil 


Segmen Kongsi Rezeki - Artis 80-an iaitu Zainal yang juga ahli kumpulan Rampa menerima wang tunai RM10,000

Monday, November 23, 2020

Cara Tukar Password Streamyx dan TM Wifi Modem ADM206-2

Cara Tukar Password Streamyx dan TM Wifi Modem ADM206-2 | Assalamualaikum... Sebelum ni Cik Ash ada kongsikan Cara Nak Tukar Password Streamyx Wifi cara yang lama. Bila dah melangkah tahun 2020 ni cara untuk menukar password dah banyak yang berubah bila kali pertama untuk menukar password ini agak pening hahahaha...






Ok berbalik pada apa yang Cik Ash nak bagitaw berkenaan dengan cara menukar password streamyx wifi kita boleh menukarnya sendiri dan perlu mengunakan laptop ya. Jom ikuti caranya di bawah ini. 

Mula-mula sekali korang kena taip dekat google no 192.168.1.1 lepas tu korang kena tekan enter akan keluar seperti gambar di bawah. 



Selepas itu korang perlu isikan petak kosong seperti dalam gambar di atas itu 

Login : tmadmin
Password : Adm@XXXX ( X itu mewakili Mac ID 4 digit akhir Modem) dan klik enter akan keluar kotak di bawah ni.

Step 1



Step 2 -Selepas itu korang perlu klik pada kotak ADVANCED dan Wireles Setting akan keluar seperti gambar di bawah ni.




Step 3 -  Klik Wireless Setting pilih Security Setting




Step 4 - Klik Security Setting 




Step 5 - Lepas tu cari Wireless Security Mode 




Step 6 - Isikan Petak Select SSID dan WPA/WAPI passpshare lepas tu klik Apply/Save. Siap. Password dah berjaya ditukar.


Selamat memcuba kepada korang yang nak tukar password wifi dirumah. Kalau ada yang tak faham boleh email di ash.rie8506@gmail.com ya. 







Sunday, November 22, 2020

Drama Emil Emilda Full Episode 1- 25

Drama Emil  Emilda Full Episode 1- 25 | Assalamulaikum.. Cerita ni dah lama ditayangkan dekat tv3. Saja-saja Cik Ash rindu nak tengok drama ni, pergi usha google jumpa dekat youtube tv3 ada upload semula drama ni. Drama best mesti la ramai yang nak tengok kan.. Drama ni lakonan Sharifah Amani dan Aaron Aziz. Semuanya muda-muda lagi hahaha..  Umur Cik Ash masa drama ini ditayangkan dekat tv baru 22 tahun muda lagi hahaha...14 tahun dah drama ni.. 


                        


Drama Emil Emilda ialah sebuah drama televeisyen yang ditayangkan pada tahun 2007 di slot Samrinda TV3 dari 2 Mei 2007 hingga 27 Jun 2007.


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama Emil Emilda ini diarahkan oleh pengarah  Shahrulezad Mohameddin dan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd.


Pelakon Drama Emil Emilda

Pelakon utama dibintangi oleh Aaron Aziz (Emil), Sharifah Amani (Emilda), Zizie Ezette (Darleena), Hamidah Wahad (Darweena), Roslan Salleh (Darus), Riz Amin (Borhan), Roy Azman (Nazwem), Noorkhiriah Ahmad Shapie (EJ) dan Azma Aizal Yusoof (Mac). Manakala pembantu pulak di bintangi oleh Jalahuddin Hassan, Fahrin Ahmad, Mahmud Ali Bashah, Wan Sharmila dan lain-lain.


Ost Lagu Drama Emil Emilda 


Tajuk Lagu : Inginku Miliki

Penyanyi : Dayang Nurfaizah

Komposer : Audi Mok 


Tajuk Lagu - Alam Maya 

Penyanyi  - Nory Aziz


Tajuk Lagu - Seribu Tahun

Penyanyi - Imran Ajmain


Tajuk Lagu - Inilah Jac 

Penyanyi : Jaclyn Victor


Sinopsis Drama Emil Emilda

Drama ini mengisahkan cerita seorang gadis  yang bernama Emilsa yang bekerja sebagai seorang kerani fail di sebuah steseb televisyen tempatan. Di sebalik kekurangannya yang tidak menarik dan kelam kabut, Emilda merupakan satu-satunya pekerja yang amat disayangi oleh tan Sri Nik Baseera, CEO stesyen televisyen Baseera Media Group kerana minat Emilda yang mendalam dunia penyiaran.


Pada suatu  hari Tan Sri yang tidak mempunyai waris melainkan satu-satunya anak saudara perempuannya yang tamak dan zalim telah mendapat khabar berita bahawa satu-satunya anak kandungnya  yang hilang disebabkan  sebuah kemalangan jalan raya 20 tahun lalu telah pun ditemui. Justeru itu Tan Sri nekad mahu bertemu dengan anak kandungnya itu yang bernama Boboi. Malang sekali sewaktu dalam perjalanan untuk bertemu dengan anak tunggalnya (yang belum pun ditemui secara empat mata) helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri telah meletop diudara dan Tan Sri terkorban.


Akibat daripada itu Stesyen televisyen Channel Twelve kehilangan CEO nya. Maka Darleena, satu-satu anak saudaranya yang jahat merasakan dirinya adalah penganti yang paling tepat. Malang sekali Nazeem,peguam syarikat memberitahu semua ahli lembaga pengarah sebelum berlepas Tan Sri Baseera sempat berpesan sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya,dia mahu Emilda menjadi pengantinya sementara Boboi dicari.


Maka  dalam sekelip mata dari seorang kerani fail yang sentiasa merendah diri, kelam-kabut dan Emilda dinobatkan sebagai CEO baru Baseera Media Group. Namun begitu tidak semudah yang dijangka Emilda dikenakan syarat.dia harus mencari seorang suami dalam tempoh enam jam.


Itulah syarat yang telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah. Demi menyelamatkan Channel Twelve  dari jatuh ke tangan wanita  sejahat Darleena,


Emilda sedar dia perlu menggalas harapan Tan Sri. Justeru itu dengan bantuan Nazeem,penguam syarikat yang setia, dan Mac dan EJ dua sahabat karibnya mereka bersama sama berganding bahu mempertahankan Channel Twelve. Masalahnya, macam mana Emilda terpaksa mencari bakal suaminya dalam tempoh enam jam? Di sini Emil pun muncul menyelamatkan keadaan.


Tonton Drama Emil Emilda Full Episode 1-25  


Bagi korang yang nak tonton drama Emil Emilda ni korang boleh la pergi ke Youtube TV3MALAYSIA Official. Selamat menonton kepada korang semua, memang drama ni kelakar sangat dengan pelakon-pelakon yang hebat. Asyik duk gelar tengok drama ni. 

Thursday, November 19, 2020

Serai Wangi Anti-Bacterial Pest Repellent Spray KLEENSO

Serai Wangi Anti-Bacterial Pest Repellent Spray KLEENSO |Assalamualaikum...Hai, Cik Ash pening dengan masalah semut ada di rumah ni. Sebelum ini ada shopping di MR.DIY terjumpa satu spay serai wangi anti-bacterial jenama dari Kleenso ni.Merupakan produk buatan tempatan Malaysia ni, ianya mudah di gunakan. Kini dah tak perlu pening bila semut selalu ada di atas meja makan dekat dapur. Spray Serai Wangi semut tak ada dah. 


serai

Serai Wangi Anti-Bacterial Pest Repellent ini menggunakan minyak serai wangi semula jadi sebagai asasa dan dilengkapi dengan agen anti-bakteria.Ini adalah satu kaedah terbaik dan selamat untuk mengusir seranggan seperti nyamuk,lalat,lipas,semut dan lain-lain. Ianya mengandungi pemberish ringan (2 dalam 1) yang dapat membersihkan permukaan dan mengusir serangga terutama lalat dalam satu tindakan. Selalu kerap semburkan di meja,kabinet,lantai kerusi, dapur dan lap. Selepas 2 minggu, anda akan mendapati semua permukaan bersih dan cerah dan seranggan akan berkurang. 




Ciri-Ciri Serai Wangi Anti-Bacterial


• 100% baru
• Pembersih penghalau perosak
• Diperbuat dari asas minyak semula jadi serai wangi (serai)
• Dilengkapi dengan agen anti-bakteria
• Cara selamat untuk menghalau serangga seperti nyamuk, lalat, lipas, semut, kadal dan banyak lagi
• Mengandungi fungsi pembersih ringan untuk membersihkan permukaan dan mengusir serangga
• Semburkan dengan kerap di atas meja, kabinet, bahagian atas dapur dan lap
• Multifungsi dan selamat digunakan
• Produk tempatan (Buatan Malaysia)
• Mudah dan senang digunakan
• Produk berkualiti
• Nilai untuk wang
• Penghantaran cepat dalam masa 2-5 hari kerja


Spesifikasi:

• Pakej Termasuk: 1x Pembersih Penyembur Perosak
• Aroma: Serai Wangi (Serai)
• Pembungkusan: Botol Penyembur Plastik
• Jenama: KLEENSO
• Kapasiti: 500ml

 

Arahan penggunaan :- 

• Semburkan, biarkan 1 minit. Kemudian lap. Bilas dengan bersih dengan kain basah yang bersih.


AWAS!

1) Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak
2) Elakkan terkena mata, jika terkena mata secara tidak sengaja, segera bilas dengan air yang mengalir dan dapatkan ubat
3) Uji di kawasan yang tidak sesuai sebelum penggunaan pertama

Wednesday, November 18, 2020

Bila Dah Pandai Guna Shopee Ni

 Bila Dah Pandai Guna Shopee Ni| Assalamualaikum...Hai korang semua, Cik Ash nak berkongsi dengan korang sekarang Cik Ash baru nak berjinak-jinak shopping di Shopee hahaha.. Ada jer barang yang nak dekat shoppe macam-macam ada. 





Rambang mata nak pilih barang dekat sana semuanya ada, tunggu masuk dalam troli lepas tu Cik Ash transfer online sebelum ni, lepas sekarang bila nak shopping di shopee boleh guna shopee pay lagi mudah nak guna tak payah kita nak transfer. 


Korang nak tahu barang apa yang Cik Ash shopping di Shopee, Cik Ash shoppig barang sebelum tarikh 11.11, kalau shopping time tarikh tu mesti barang banyak habis hahaha. Dua barang jer Cik Ash sempat shopping tu pilih barang penting untuk kegunaan di rumah ni. 







Nak Beli Pet Bag : https://shp.ee/kf8n27z


Dalam troli shopee ada lagi barang yang belum cashout.. Tengah duk pilih lagi... bila shopping tak ingat apa tengok semua barang cantik dekat sana.

Tuesday, November 17, 2020

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketujuh

 Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketujuh | Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Keenam | Assalamualaikum...Konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan masuk minggu keenam pada Ahad 22 November 2020 nanti.



Hanya tinggal 9 peserta lagi akan membuat persembahan pada Ahad ni, konsert minggu keenam ada penyingkiran iaitu Rozita Izyln, yang masih kekal akan membuat persembahan nanti ialah Mus (May), Noraniza Idris,Linda Nanuwil,Yantzen,Aju,Ashira Aziz,Ayu Damit,Oja dan Cliff Umar.


Tema untuk minggu ketujuh nanti adalah 'Take Over' akan menyaksikan persembahan para perserta senior dengan lagu-lagu 'BBNU' manakala bintang muda mendapat tugasan sebaliknya, lagu-lagu daripada penyanyi lagenda. Berikut adalah lagu-lagu yang akan di nyanyikan oleh perserta.


Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketujuh


1. Noraniza Idris - Canggung (Wany Hasrita)

2. Muss - Sembah (Naim Daniel feat. Man Keedal)

3. Linda - Suci Dalam Debu (Iklim)

4. Cliff Umar - Rozana (Search)

5. Oja - Amalina (Santesh) 

6. Aju Success- Hanya Rindu (Andmesh Kamalang) 

7. Yatzen - Bunga (Ara Johari) 

8. Ayu Damit - Jejaka Idaman (Raja Ema)

9. Ashira - Sekilas Senyumanmu (Fauziah Latif) 


Keputusan Penuh Konsert Gegar Vaganza 7 Minggu Keenam


1. Noraniza Idris & Amelina (Bolehlah Boleh) - 79.60%

2. Clif Umar & Mimi Fly (Smooth) - 79.00%

3. Aju Success & Ali XPDC (Gering) - 71.30%

4. Muss & Siti Sarah (Bercanda Di Pasiran Pantai) - 67.60% 

5. Ashira & Mark Adam (Dengarkanlah) - 65.30%

6. Linda Nanuwil & Khai Bahar - Bertakhta Di Hati) - 64.50%

7. Yatnzen & Marsha Milan (Di Sebalik Rahsia Cinta) - 62.40% 

8. Ayu Damit & Hazama (Dua Insan Bercinta) - 60.20%

9. Rozita Izlyn & Ezad Lazim - (Mengapa Sukar Melafazkan Maaf - 57.40%


Tonton Online Konsert Gegar Minggu Keenam

Monday, November 16, 2020

Drama Cinta Sekali Lagi Di Slot Akasia TV3

 Drama Cinta Sekali Lagi Di Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum... Lagi drama yang tengah trending dah pelakonnya bakal kena kecam dengan wataknya, drama yang mengantikan drama Ryan Aralyn ni. Bagi kepada peminat pelakon Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha jangan lepaskan peluang tengok drama ni ya.





Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi

Drama ini mengandingkan pelakon Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Turut membantu dalam drama ini Raja Afiq,Luqman Hafidz,Ezzaty Abdullah,Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin,Iman Zulkarnain,Issac Iman,Tengku Zara,Zara Shelby,Alessandra Alyssa.


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama Cinta Sekali Lagi diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh syarikat produksi Suhan Movie & Trending. 


Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi 

Mengisahkan hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu,Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal. 


Amanda baru dilantik sebagai 'jewellery designer' di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian 'Cinderella'nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.


Ibu Amanda dan Amani,Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.


Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja,Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia berkerjasama dengan Taqiuddin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadirah telah melamar Amanda untuk Fahad. 


Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhils sering dilanda masalah. 


Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai,meninggalkan anak mereka,Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda. 


Amani kembali dalam diam, dia mengoda Fahad kerana ingin merampas kebahagian milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu 'Cinta Sekali Lagi' daripada Amanda. 


Cara Nak Menonton Drama Cinta Sekali Lagi 

Mesti ramai yang tak berpeluang nak layan drama ni di TV3 sebab waktu siarannya waktu mesti ada sibuk dengan hal masing-masing ke. Ini Cik Ash ada nak kongsikan cara nak menonton drama Cinta Sekali Lagi di website iQYI ataupun korang boleh muat turun aplikasi iQyi di handphone. Anda juga boleh klik butang yang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh drama ini. 


👉Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28

Friday, November 13, 2020

Tonton Drama Angkara Cinta Full Episode 1 Hingga 70

Tonton Drama Angkara Cinta Full Episode 1 Hingga 70 | Assalamualaikum... Ada yang terlepas layan drama telenovela adaptasi filem dari luar negara Filiphina Tayong Dalawa.



Baca : Sinopsis Drama Angkara Cinta


Drama telenovela ini nampak macam menarik la juga tambah Huq Haqeem yang berlakon kan hero yang popular dalam drama Kampung People 2 baru-baru ni. Merupakan terbitan Juita Viden Sdn Bhd ni. Apa la yang akan terjadi dalam drama telenovela versi Malaysia adakah sama dengan yang Filiphina kena tengok sampai habis episode 70 hahaha.. Cara nak menonton drama telenovela Angkara Cinta ni di bawah ni.


Tonton Drama Angkara Cinta Full Episode 1 Hingga 70 


Episode 1 - https://t.me/dramaastrox/4071

Episode 2  - https://t.me/dramaastrox/4073

Episode 3 - https://t.me/dramaastrox/4075

Episode 4 -  https://t.me/dramaastrox/4080

Episode 5 - https://t.me/dramaastrox/4086

Episode 6  - https://t.me/dramaastrox/4098

Episode  7  - https://t.me/dramaastrox/4103

Episode 8 - https://t.me/dramaastrox/4108

Episode 9 - https://t.me/dramaastrox/4110

Episode 10 - https://t.me/dramaastrox/4114

Episod 11 https://t.me/dramaastrox/4128

Episod 12 https://t.me/dramaastrox/4131

Episod 13 https://t.me/dramaastrox/4136

Episod 14 https://t.me/dramaastrox/4145

Episod 15 https://t.me/dramaastrox/4147

Episod 16 - https://t.me/dramaastrox/4152

Episod 17 - https://t.me/dramaastrox/4159

Episod 18 - https://t.me/dramaastrox/4166

Episod 19 - https://t.me/dramaastrox/4183

Episod 20 - https://t.me/dramaastrox/4216

Episod 21 - https://t.me/dramaastrox/4224

Episod 22- https://t.me/Tiara_PLP/242

Episod 23 - https://t.me/Tiara_PLP/244

Episod 24 -https://t.me/c/1393367717/4270

Episod 25 - https://t.me/c/1269207334/581

Episod 26 -

Episod 27 - 

Episod 28 - 

Episod 29 - 

Episod 30 - 

Episod 31 - 

Episod 32 -

Apa yang akan terjadi di episode akan datang tunggu nanti Cik Ash update episode terbaru ya. Selamat menonton.


Wednesday, November 11, 2020

Wordless Wenesday #110 | Hadiah Daripada Suami

Wordless Wenesday #110 | Hadiah Daripada Suami | Assalamualaikum... lama tak buat entri Wordless dekat blog ni. Last buat tahun 2019 hahaha. Cik Ash nampak ramai yang masih kekal entri ni dekat blog. Jom tengok hadiah daripada suami dekat bawah ni 



Asd Pressure Cooker