Kek Milo Viral Guna Bahan Yang Mana Ada | Assalamualaikum... Hai, pagi ini Cik Ash kongsi dengan korang semua koleksi resepi #dapurcikash. Ada yang koleksi resepi Cik Ash ke. Rasa lama tak kongsi resepi dekat blog ni. Last entri resepi pada 6 September 2020.
Sebenarnya sudah lama Cik Ash buat Kek Coklat ni tetapi hari ini baru nak berkongsi dekat blog ni. Cik Ash buat guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ni. Kalau ikut resepi asal kek milo. Dalam resepi Cik Ash tidak menggunakan milo guna Choco Malth Tesco.
👉Baca : Resepi Bendi Goreng Ala Mamak Style
Sudah agak lama Cik Ash tak buat kek sejak kejadian mixer rosak selepas sakan menggunakannya buat kek pelbagai jenis. Hihihi.. Kalau korang nak cuba buat kek coklat ini boleh la tengok resepi di bawah ni ya.
Bahan-bahan
3 biji telur
2 cawan serbuk choco malt tesco (nak guna pun boleh)
2 sudu besar susu pekat
1 cawan tepung self raising
1 sudu teh esen vanilla
Coklat Chip
Cara Membuatnya :-
1. Mula-mula kena mixer telur dan esen vanilla sampai jadi kembang. Cik Ash guna hand blender Khind yang ada untuk guna buat kek.
2. Selepas itu masukkan choco matlt, susu pekat,tepung self raising ke dalam telur yang dah jadi kembang tu.
3. Selepas itu kacau-kacau dengan senduk kayu nak bagi sebati semua bahan. Boleh tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Cik Ash tabur Coklat Chip dalam adunan tu.
4. Panaskan kukusan bila air dah mendidih boleh lah kukus kek itu dalam 45 minit.
5. Siap
Ok la itu jer resepi Kek Milo Viral Guna Bahan Yang Mana ada. Nanti ada free Cik Ash update entri baru ya. Jumpa lagi.
👉Baca : Kek Kukus Pandan
No comments:
Post a Comment
ash.rie8506@gmail.com