Thursday, October 8, 2020

Resepi Coleslaw Ala KFC

Resepi Coleslaw Ala KFC  | Assalamualaikum...Pada 4 Oktober 2020 suami Cik Ash nak makan coleslaw pulak.. Cik Ash bagitahu nak makan kena tolong la hihihi..  Yeay akhirnya suami Cik Ash masuk dapur jugak.. 





Memang nak buat seorang Coleslaw ni tak boleh la, penat jugak nak hiris sayur halus-halus tu hahaha, resepi coleslaw ini Cik Ash cari dekat google jer blog mana Cik Ash tak ingat pulak . Senang sangat nak buat tetapi kena ada kerajinan baru la terjadi. Jom la tengok resepinya dekat bawah ni  




Resepi Coleslaw Ala KFC 

Bahan-bahan 

1/4 Kobis
Sedikit Kubis
1/2 cawan susu segar
5 sudu besar mayonis 
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara Membuatnya :- 

1. Kubis di cuci dengan bersih buang bahagian yang keras tu. Hiris halus-halus.

2. Lobak merah pulak disagat.

3. Masukkan ke dalam bekas yang besar dan gaulkan.

4. Selepas itu masukkan setengah cawan susu segar,mayonis,garam,gula gaulkan hingga sebati.

5. Akhir sekali sejukkan ke dalam peti sejuk supaya semua bahan tadi bersatu. 

Itu jer cara Cik Ash buat coleslaw, dimakan dengan sejuk-sejuk  baru sedap, tetapi kalau jenis orang alah dengan kubis diharap elakkan la ya. Cik Ash ambil rasa sedikit tu pun rasa perut kembung, berangin jer. Siapa la tak teliur nak cuba depan mata kan hahaha. Ok la korang semua selamat memcuba coslelaw yang Cik Ash kongsi di atas hihihi. 

👉 BacaKoleksi Dapur Cik Ash

1 comment:

  1. Sedapnya! Makan dengan bun panas-panas, letak cili sos....yummehhhh!

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com