Tuesday, October 20, 2020

author photo
Aduhai Apabaila Paip Mesin Basuh Tercabut | Assalamualaikum...Hai korang semua. pengalaman yang tidak boleh lupa kita simpan dalam blog ni. Pada 12 Oktober jam pukul 9.00  tadi ada post dekat sosial media. Nak buat kenangan Cik Ash coret dalam blog ni.

Aduhai Apabila Paip Mesin Basuh Tercabut




Pertama kali benda begini terjadi sepanjang Cik Ash basuh kain dengan menggunakan mesin basuh. Paip air mesin tu getah paip tu boleh tercabut, setahu Cik Ash suami kemaskan bahagian kunci paip tu. Macam mana la boleh tercabut mungkin air paip laju itu yang boleh jadi macam tu.







Semasa kejadian Cik Ash tak berada berdekatan dengan dapur, Cik Ash berada dalam bilik depan ada buat kerja baiki bakul yang telah rosak. Mujur la mok mentua Cik Ash yang perasan nampak air banyak bergerak-gerak. Kalut-kalut Cik Ash berlari ingat ke mok tak boleh bernafas sebab asma. Mok panggil bagitahu rumah banjir air penuh. Cepat-cepat Cik Ash tutup paip air mesin basuh.Allah mengucap tengok keadaan rumah air bertakung dengan barang penuh nak alihkan dah la suami berkerja.


Buat la seorang-seorang bagi hilangkan air yang bertakung, barang yang ada di dapur Cik Ash tolak jer kan ada air jadi licin mozek tu. Sebelum itu Cik Ash guna penyapu jer nak sapu air tu, semasa tengah buat kerja pintu dapur terbuka luas kebetulan ada jiran belakang tegur nak bagitahu ada ambil bumbung lama. Masa tu la Cik Ash bagitahu kalut buang air dekat dapur banjir paip mesin tercabut. Dia bagitahu la guna alat kayu yang tarik-tarik tu senang, Cik Ash bagitahu tak ada benda tu sekejap-sekejap dengar dia panggil bagi pinjam yang dia punya. Terima kasih la kepada jiran yang memberi pinjam alat tu. Nanti kena beli satu benda tu takut perkara ni berulang lagi ke nanti.

                             

Siap berkemas lebih kurang pukul 11.35pagi...penat sungguh hari ini. Habis sakit urat ni, lepas siap kerja pukul 12 lebih suami call bagitahu dia, suami suruh telan panadol siap-siap nanti demam kan.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post