Friday, October 30, 2020

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Keempat

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Keempat |  Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketiga | Assalamulaikum... Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan masuk minggu ketiga pada Ahad ini.


minggu keempat

Seramai 13 peserta akan membuat persembahan pada Ahad ini antara mereka yang masih kekal adalah Mus (May), Noraniza Idris, Linda Nanuwil,Yatzen,Aju (vokalis kumpulan Success),Ashira Aziz,Rozita Izlyn,Ayu Damit,Oja,Nomad,kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.



Tema untuk minggu keempat adalah 'Lagu-Lagu Berhantu' untuk minggu itu para peserta akan mendendangkan lagu-lagu dari genre yang berbeza dari zon mereka. Berikut ini adalah senarai lagu untuk minggu ketiga.


Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Keempat


1. Ayu Damit - Jahat (Stacy)

2. Linda Nanuwil - Kemarin (Seventeen)

3. Noraniza Idris (Saat Ku Idamkan (Amy Search)

4. Muss - Dan Sebenarnya (Yuna)

5. Cliff Umar - Dialah Di Hati (Dato' Sri Siti Nurhaliza)

6. Aju Succes - Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra)

7. Ashira - Cinta Beralih Arah (Aishah)

8. Kumpulan Indigo - Hidup Dalam Mati (Syamel)

9. Oja - Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir)

10. Kumpulan Eva - Kini (Feminin) 

11. Rozita Izlyn - Ku Seru (Misha Omar)

12. Nomad - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)

13. Yatzen - Segalanya Ku Terima (IIlusi)


Kedudukan Markah Perserta Konsert Gegar Vaganza 7 Minggu Ketiga


1. Ayu Damit  (Senyuman Ragamu)- 80.60%

2. Noraniza Idris (Akan Ku Tunggu) - 73.40%

3. Linda Nanuwil ( Akar Dan Bumi) - 70.80%

4. Muss ( Syair Laila Majnun ) - 69.60%

5. Aju Success (I Love You I Miss You - 68.80%

6. Nomad (Aku Skandal) - 63.60%

7. Oja (Satu Peluang) - 63.00%

8. Rozita Izlyn (Di Dadaku Ada Kamu) - 60.60%

9. Kumpulan Eva (Hang Pi Mana- 59.80%

10. Ashira (Penasaran) - 56.20%

11. Cliff Umar (Keroncong Untuk Ana) - 53.40%

12. Indigo (Cinta Abadi) - 50.60%

13. Yatzen (Malam Ini Kita Punya) - 0.00%(Tidak membuat persembahan kerana tidak sihat)


Pada konsert minggu ketiga baru ni tiada pengyikiran.. Manakala Yantzen tidak sihat membuat persembahan pada konsert minggu. Kumpulan Indigo terselamat pada minggu ketiga kalau tidak mesti kumpulan ketiga terkeluar. 

Thursday, October 29, 2020

Salam Maulidur Rasul 2020/ 1442H

 Salam Maulidur Rasul 2020/ 1442H | Assalamualaikum.. Tak terlambat Cik Ash ingin mengucapkan  Selamat menyambut Maulidur Rasul 2020 / 1442H   buat seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena Maulidur Rasul kali ini, biarlah sama-sama kita kembali menyusuri sirah Rasulullah saw, meneladani sifat & peribadi Rasulullah saw dan mengikuti segala sunnah Rasulullah saw dengan sebenarnya. Jom kita berselawat ke nabi...


  

Buat Agar-Agar Cara Paling Mudah

Buat Agar-Agar Cara Paling Mudah | Assalamualaikum...Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi masakan dari #dapurcikash. Ni terajin nak tulis sebab cara buatnya paling mudah. Cik Ash guna jer bahan-bahan yang tersedia ada dekat rumah ni. hihihi.



Agar-agar ini sedap dimakan ketika cuaca panas, makan sejuk-sejuk dari dalam peti ais fuhhh sedap sangat. sejuk tekak ni. Cik Ash buat dua perisa agar-agar iaitu perisa manggo dan perisa bandung.


👉Baca : Resepi Puding Karamel Tanpa Telur


Yang perisa Manggo itu Cik Ash guna Jus manggo yang dalam botol nama Nutrifes tu, manakala yang bandung guna rose double lion. Hidangan agar-agar ini boleh dijadikan juadah untuk tertamu yang datang rumah kita ke.Tambah kalau kita buat sendiri lebih jimat dan dan terjamin dengan kebersihannya. Jom tengok resepinya di bawah ni. Selamat mencuba!



Resepi Agar-Agar Cara Paling Mudah


Bahan-bahan

Agar-agar tali (1 bungkus)

Air 2500ml

1 cawan gula 

1 tin susu cair

3 sudu besar perisa Maggo

2 Sudu besar rose 


Cara Memasak :

1. Rendam agar-agar tali dengan biasa dulu sehingga kembang. Toskan airnya.


2. Masukkan agar-agar dalam periuk rebus bersama air dan gula mengikut sukatan. Masak sehingga agar-agar dah cair tak tali dah.


3. Masukkan susu cair kacau hingga sebati dan lepas tu masukkan perisa yang kita nak tu dalam periuk kacau hingga warna sebati.


4. Bila dah mendidih tutup la api, siap boleh dituangkan ke dalam acuan bekas ke atas apa-apa bekas yang ada dekat rumah.. Cik Ash guna bekas yang ada dekat rumah banyak hahaha, selalunya duk tersimpan dalam almari waktu la kita guna kan.


5. Masukkan kedalam peti ais, dalam beberapa jam dah boleh dimakan sedap pulak agar-agar ni. Malam tu Cik Ash seorang makan sebekas hahahaha..


Dulu-dulu zaman anak dara tak pernah nak buat agar-agar ni hahaha, bila jadi surirumah ada jer kita nak buat nak bagi suami makan kan, hihihi, kalau korang nak lihat resepi lain lagi boleh singgah di link bawah ni. 


👉Baca : Koleksi Resepi Dapur Cik Ash

Wednesday, October 28, 2020

Bihun Segera Faiza Perisa Tomyam

Bihun Segera Faiza Perisa Tomyam | Assalamualaikum... Hai, Sebenarnya dah lama Cik Ash beli produk bihun segera Faiza perisa tomyam ni, ni baru berkesempatan nak kongsikan di blog ni.




Lagi pulak bihun segera Faiza ni jarang sangat nak jumpa kalau shopping di Tesco. Kalau ada tu memang ambik satu untuk Cik Ash kalau terasa pahit mulut boleh la makan bihun ni sebab kuahnya masam-masam hihihi.


Tambahan pulak  bihun segera Faiza ni mudah disediakan tak perlu nak guna peralatan atau skil masak yang hebat di dapur, korang hanya perlu curahkan air panas rendamkan selama 3 minit dan dimakan. Macam senangkan?


Rasa tomyam yang pekat boleh nak lepaskan mengidam nak makan tomyam dekat kedai hahaha. Bihun Faiza ni di datangkan dua perisa iaitu Perisa Tomyan dan Perisa Sup. Perisa sup Cik Ash tidak cuba lagi. 


Baca : Resepi Tomyan Ayam Macam Dekat Kedai


Tentang Produk Faiza Sdn Bhd

Syarikat FAIZA ditubuhkan pada tahun 1982, menjalankan aktiviti runcit sebagai perniagaan utamanya. Pada tahun 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi diperbadankan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB) dan memasuki modal teroka dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.


Pada akhir tahun 90an pembeli mula menilai dengan lebih dekat pemprosesan dan sifat lain dari produk yang boleh dimakan. Pada masa inilah syarikat diperkenalkan kepada kategori beras berkualiti herba yang unik dari negeri Kartanaka, India Selatan. Itu nasi Herbal "Ponni". Ingin menjana satu juta, SFSB segera menyedari faedah intrinsik yang diperoleh pengguna beras dengan beras "Ponni" dalam makanan mereka. Hari ini dengan nama Taj Mahal, beras Ponni telah diedarkan ke seluruh Malaysia.


Sebagai keuntungan, Taj Mahal telah memberikan kesan yang besar dalam permintaan pengguna terhadap produk beras SFSB lain, seperti Basmathi, beras wangi, beras Super istimewa Thailand dan tempatan.


Kekuatan SFSB, terletak pada kekuatan pendorong kami yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing, yang akan menjadikan kita lebih bersedia untuk bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini kerana di SFSB, kami tidak pernah berkompromi dengan kualiti. Kami selalu mencari teknik yang lebih baik, cara yang lebih baik untuk menghasilkan, menyampaikan, berkomunikasi, mempromosikan, memberi perkhidmatan, untuk menjual. Kami yakin bahawa kejayaan dicapai dari apa yang kami lakukan dengan penuh semangat.

Tuesday, October 27, 2020

Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda TV3

Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda TV3 | Assalamualaikum... Drama terbaru yang telah disiarkan di slot samarinda pada 15 Oktober lalu, Menampilkan 3 gandingan watak utama iaitu Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana.Siapa pernah layan drama korea The World Of The Married, nak bagitahu drama ni kisahnya lebih kurang sama suami curang dengan kawan baik isterinya. 




Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti

Drama ini mengisahkan Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).


Manakala Mona ( Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang berkerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama kali dengan Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. 


Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.


Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis Mona dengan alasan bekerja.


Selepas berkahwin dengan Adrian ( Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.


Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagian, Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami cuma mereka berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. 


Mona dan Farah bertemu kembali, Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal dirumahnya buat sementara waktu.


Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan menganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah, Akhirnya, Haris akur kerana Mona merasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. 


Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya, Lama-kelamaan dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.


Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti 

Drama ini mengandingkan pelakon Remy Ishak , Nad Zainal dan Mimi Lana. Turut membantu dalam drama ini adalah Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainana Ahmad, Sharifag Anthash dan Rahim Jailani.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Hati Yang Tersakiti diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh syarikat produksi Art Ornament Sdn Bhd.


Berita baik buat korang yang tidak berkesempatan nak menonton drama ni korang juga boleh menonton secara online di aplikasi Viu secara percuma dan eksklusif dari 15 Oktober hingga 10 November 2020. 


Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti


Cara nak menonton Drama Hati Yang Tersakiti ini korang boleh menontonnya di website viu.com ataupun aplikasi viu melalui handphone. 


Apa bakal terjadi dalam drama ni kena tengok sampai akhir la nanti, adakah boleh setanding dengan drama penuh emosi Drama korea The World Of The Married ni. Lagi pulak rasa dah lama Cik Ash tak tengok Nad Zainal berlakon. Last tengok drama yang dia jadi budak OKU tu.

Monday, October 26, 2020

Senang Goreng Ayam Guna Air Fryer

Senang Goreng Ayam Guna Air Fryer | Assalamualaikum... Hai, Nak goreng ayam sekarang mudah adanya air fryer ni. Tambah pulak guna air fryer penggunaan minyak berkurang la sedikit. Kalau goreng guna dalam kuali mesti letak minyak terlampau banyak.


Kalau ikut air fryer kita boleh buat pelbagai makanan, setakat ini Cik Ash menggunakan air fryer ni ada guna untuk membakar biskut raya, memanggang seekor ayam, Goreng daging dalam air fryer.


👉Baca : Resepi Ayam Guna Air Fryer


👉Baca : Ayam Panggang Guna Air Fryer


Kali ini Cik Ash perapkan ayam dengan main letak jer sebenarnya tak ada ikut resepi mana,sahaja olah-olah resepi kan. Puas dah duk makan ayam goreng kunyit jer. Jom la usha resepi dekat bawah ini. 



Bahan-bahan

Ayam

Serbuk lada hitam

Serbuk lada sulah

Kicap manis

garam

secukup rasa

Kunyit


Cara Memasaknya :- 

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam ayam gaul hingga sebati.

2.Perap dalam sejam lebih nak lebih lama lagi sedap.

3. Masukkan ke dalam air fryer setkan masa dalam 10 minit dah suhu 180.

4. Sambung lagi setkan masa dalam 20 minit pulak.

5. Buka penutup air fryer nampak ayam dah masak semua boleh di angkat dan dihidangkan dengan nasi panas. 


Ok la korang itu jer resepi yang ringkas Cik Ash buat goreng ayam guna air fryer masukkan bahan-bahan campak-campak jer, perap lepas tu masukkan dalam air fryer tak payah usah-usah nak balikkan hihihi. Kalau korang nak cuba resepi lain boleh juga tengok di bawah ni. 


👉Baca : Koleksi Masakan Dapur Cik Ash

Sunday, October 25, 2020

Tershopping Benda Ini Dekat Go Shop

Tershopping Benda Ini Dekat Go Shop | Assalamualaikum... Hai korang semua pagi ini Cik Ash nak berkongsi satu barang yang menarik shopping di Go Shop. Memang go shop ni berhantu. Pandainya tahu Cik Ash sedang mencari barang untuk mengurut kaki ni, Tambah pulak suami pulak selalu mengalami masalah kakinya lengah. Kadang tu setiap malam Cik Ash urutkan kakinya sakit juga la tangan.





Barang yang Cik Ash shopping dekat Go Shop adalah Zero Kikizu Foot Masseger ni sangat membantu dah tak payah Cik Ash nak urut malam-malam hihihi. Suami kesian dekat Cik Ash tu la dia beli alat ni. Best guna Foot Masseger ni. Boleh hilangkan kaki yang letih. Turut disertakan buku penerangan dan free gift urutan mata iaitu EyeCare Massager.


Kenapa Zero Kikizu Foot Masseger Menjadi Pilihan Hati ?

Kenapa Cik Ash memilih untuk membeli Zero Kikizu Foot Masseger ini kerana ada banyak sebabnya antaranya ialah :-

Rekebentuk Yang Moden




Kekuatan Bertingkat




👉mengurut bahagian dalam
👉Kawalam elegan yang direka panel mewah dan dikendalikan dengan sentuhan sederhana.
👉Kesan pemanasan pintar yang meningkatkan kelonggaran


Ada 4 mod urutan



Alat ini dapat melegakan tempat yang kita rasa lengah-lengah di bahagian kaki. Macam Cik Ash selalu mengalami lengah di bahagian tumit bila berdiri lama kalau buat kerja dalam keadaan berdiri. Kita boleh set masa nak urut berapa minit terpulang kepada korang. 

Memang best guna suami Cik Ash setiap malam sebelum tidur mesti rehatkan kaki dulu dengan foot massage ni, kalau tak sebelum ini Cik Ash tukang urutnya. Kurang tangan Cik Ash sakit bila urut kaki suami. 

Kalau korang nak juga dapatkan produk ini boleh la usha go shop harga RM299.00 . Link produk boleh tengok di  Zero Kikizu Foot Massager.

Thursday, October 22, 2020

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketiga

 Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketiga | Assalamulaikum... Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan masuk minggu ketiga pada Ahad ini.


minggu ketiga


Seramai 13 peserta akan membuat persembahan pada Ahad ini antara mereka yang masih kekal adalah Mus (May), Noraniza Idris, Linda Nanuwil,Yatzen,Aju (vokalis kumpulan Success),Ashira Aziz,Rozita Izlyn,Ayu Damit,Oja,Nomad,kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.


Baca : Gegar Vaganza Musim 7 (GV7\)


Tema untuk minggu ketiga adalah 'Cuba Try Test' untuk minggu itu para peserta akan mendendangkan lagu-lagu dari genre yang berbeza dari zon mereka. Berikut ini adalah senarai lagu untuk minggu ketiga.


Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketiga


1. Noraniza Idris - Akan Ku Tunggu (Candy)

2.  Aju - I Love You I Miss You (Ukays)

3. Mus - Syair Laila Majnun (Ramli Sarip)

4. Oja - Satu Peluang (Andi Bernadee)

5. Cliff Umar - Keroncong Untuk Ana (Kembara)

6. Kumpulan Eva - Hang Pi Mana (Khalifah)

7. Ashira - Penasaran (Krisdayanti)

8. Yantzen - Malam Ini Kita Punya (Bunkface)

9. Linda Nanuwil - Akar Dan Bumi (Amuk)

10. Ayu Damit - Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta)

11. Indigo - Cinta Abadi (Black Rose)

12. Rozita Izyln - Di Dadaku Ada Kamu (Amelina)

13. Nomad - Aku Skandal (Hujan)


Kedudukan Markah Perserta Konsert Gegar Vaganza 7 Minggu Kedua


1. Mus (Cinta Kristal) - 80.00%

2. Linda Nanuwil (Mungkinkah) - 69.70%

3. Cliff Umar ( Hanyut) - 68.50%

4. Ashira (Sempurna) - 68.00%

5. Oja (Sepenuh Hati) - 67.90% 

6. Nomad (Bila Tiba) - 64.60%

7. Aju (Sambutlah Kasih) - 64.50%

8. Noraniza Idris (Akulah Kekasih) - 64.50%

9. Ayu Damit (Ke Hujung Dunia) - 64.00%

10. Kumpulan Eva  Cinta Antara Benua) - 63.40%

11. Rozita Izlyn  (Hajat) - 62.70%

12. Yantzen (Duit) - 62.10%

13. Kumpulan Indigo (Hadirlah Kasih) - 51.90%

14. Haslinda (Kerana Terluka) - 49.70%

Wednesday, October 21, 2020

Video Muzik SIAPA TAK MAHU Datuk Seri Siti Nurhaliza Cecah 1 Juta

 Video Muzik Lagu SIAPA TAK MAHU Datuk Sri Siti Nurhaliza Cecah 1 Juta | Assalamulaikum... Tahniah buat penyanyi No 1 Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza video muzik terbarunya telah mencatat jumlah tontonan 1 Juta dalam beberapa  dilancarkan. Video ini merupakan lagu yang terkandung dalam album terbarunya ManisfestaSITI2020 itu dilancarkan pada 16 Oktober yang lalu menerusi akaun Youtube rasmi Siti Nurhaliza. Video muzik ini diarahkan oleh Ghazi Maslan.




Cik Ash dah dengar video muzik memang terkejut bila tengok video ada kelainan yang luar biasa dari  video muzik yang sebelum ni, asyik nak dengar berulang-ulang kali sebab best sangat hihihi.


Tambahan pulak dalam video muzik itu ada menampilkan pelakon jelita Mira Filzah dan aktor yang popular dalam drama kampung people itu Huq Haqeem sebagai model. 


Dalam video muzik itu, Siti sebagai perisik yang memerhatikan gelagat sepasang kekasih yang telah berkunjung ke sebuah muzium. Tambahan pulak dalam video muzik itu Siti menukar sebanyak lima pasang baju berdasarkan krakter yang dibawakan olehnya. 


So kepada korang belum berpeluang menyaksikan video muzik terbaru daripada penyanyi No 1 Malaysia sila ke youtube Siti Nurhaliza tengok sendiri dan layan yang berlainan dan bertaraf antrabangsa tengok berkali-kali tak jemu.


Tuesday, October 20, 2020

Aduhai Apabila Paip Mesin Basuh Tercabut

Aduhai Apabaila Paip Mesin Basuh Tercabut | Assalamualaikum...Hai korang semua. pengalaman yang tidak boleh lupa kita simpan dalam blog ni. Pada 12 Oktober jam pukul 9.00  tadi ada post dekat sosial media. Nak buat kenangan Cik Ash coret dalam blog ni.

Aduhai Apabila Paip Mesin Basuh Tercabut




Pertama kali benda begini terjadi sepanjang Cik Ash basuh kain dengan menggunakan mesin basuh. Paip air mesin tu getah paip tu boleh tercabut, setahu Cik Ash suami kemaskan bahagian kunci paip tu. Macam mana la boleh tercabut mungkin air paip laju itu yang boleh jadi macam tu.







Semasa kejadian Cik Ash tak berada berdekatan dengan dapur, Cik Ash berada dalam bilik depan ada buat kerja baiki bakul yang telah rosak. Mujur la mok mentua Cik Ash yang perasan nampak air banyak bergerak-gerak. Kalut-kalut Cik Ash berlari ingat ke mok tak boleh bernafas sebab asma. Mok panggil bagitahu rumah banjir air penuh. Cepat-cepat Cik Ash tutup paip air mesin basuh.Allah mengucap tengok keadaan rumah air bertakung dengan barang penuh nak alihkan dah la suami berkerja.


Buat la seorang-seorang bagi hilangkan air yang bertakung, barang yang ada di dapur Cik Ash tolak jer kan ada air jadi licin mozek tu. Sebelum itu Cik Ash guna penyapu jer nak sapu air tu, semasa tengah buat kerja pintu dapur terbuka luas kebetulan ada jiran belakang tegur nak bagitahu ada ambil bumbung lama. Masa tu la Cik Ash bagitahu kalut buang air dekat dapur banjir paip mesin tercabut. Dia bagitahu la guna alat kayu yang tarik-tarik tu senang, Cik Ash bagitahu tak ada benda tu sekejap-sekejap dengar dia panggil bagi pinjam yang dia punya. Terima kasih la kepada jiran yang memberi pinjam alat tu. Nanti kena beli satu benda tu takut perkara ni berulang lagi ke nanti.

                             

Siap berkemas lebih kurang pukul 11.35pagi...penat sungguh hari ini. Habis sakit urat ni, lepas siap kerja pukul 12 lebih suami call bagitahu dia, suami suruh telan panadol siap-siap nanti demam kan.

Monday, October 19, 2020

Sinopsis Filem Mael Totey The Movie

Sinopsis Filem Mael Totey The Movie | Assalamualaikum...Hai, Pernah mencetuskan fenemona dalam drama spontan di youtube dibintangi oleh Asif, Yoe Parey dan ramai lagi. Pengarah muda Syahmi Sazli bakal menayangkan filem pertama beliau iaitu Mael Totey.Pernah juga membintagi filem arahan Profesor Dr A Razak Mohaideen dalam filem Syif Malam Raya yang memperolehi kutipan lebih 3 juta.


Sinopsis Filem Mael Totey The Movie

Beliau masih mengekalkan dua pelakon utamanya iaitu Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Mael Totey  The Movie telah memulakan penggambaran pada 12 Julai  lalu dan menelan kos sekitar RM400,000.00. 


Sinopsis Filem Mael Totey 

Mael Totey ini mengisahkan tentang seorang pemuda  yang lurus bendul, Mael berusaha untuk mempelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya Yaya. Di situ lah tercetus konflik apabila Mael akhirnya jatuh cinta dengan Cikgunya sendiri. Apa yang akan terjadi kena la langgan filem ini di Astro First. 


Pelakon 

Watak utama dalam filem Mael Totey adalah Syahmi Sazli,Asif Suhaimi,Yoe Parey,Emaleen Minhady, Aween Ismail, Wanie Rohamie, Mohd Yatin,dan Bedul.


Pengarah dan Syarikat Produksi

Merupakan arahan Syahmi Sazli dan syarikat terbitan produksi Syahmi Sazli Production.


Tak sabar nak tengok filem pertama arahan Syahmi Sazli ni, suami siap kata nak langgan astro first hari pertama ditayangkan nak support syahmi. Apa akan terjadi dalam filem ni kena tengok la di Astro First nanti.

Sunday, October 18, 2020

Resepi Tomyam Ayam Macam Dekat Kedai

 Resepi Tomyam Ayam  Macam Dekat Kedai | Assalamualaikum...Hai, dah lama tak masak tomyam ayam.. Teringin punya pasal baru-baru Cik Ash ada buat tomyam ayam satu periuk besar hihihi.. Memang nak makan hirup kuah sungguh ni. 




Dekat rumah ni suami kalau tomyam dia kurang makan. Nak buat memang malas la kalau tak ada geng makan hahaha. Mak mentua ada tak menentu pulak kalau lalu makan dia makan. 




Masak tomyam ni Cik Ash tengok jer bahan yang ada dekat rumah ni. Cik Ash guna pes tomyam yang dalam botol tu. Memang dah macam dekat kedai buat ni suami kata. Berjaya juga buat suami makan tomyam ni tu pun dia tak bersungguh makan. Hihihi.. Jom la usha resepi memasak dekat bawah ni. 


Resepi Tomyam Ayam

Bahan A 

Secukupnya tulang ayam

1/2 biji bawang hondland (dihiris)

3 biji bawang putih (dihiris)

2 batang serai (diketuk dan dihiris serong)

4 helai daun limau purut (buang urat tengah) 

1 inci Lengkuas (dihiris)

Cili padi (diketuk) 

Sayur (bunga kubis,lobak merah,tomato,kacang buncis,cendawan)

Pes tomyam botol (anggaran dalam 5 sudu makan)

Garam,anjinamoto dan secukup rasa.

1 biji limau nipis (ambik air)


Cara Memasaknya :- 

1. Mula-mula sekali kita masukkan 2 liter ataupun lebih air ke dalam periuk. Didihkan dulu air, lepas tu masukkan tulang ayam masak hingga tulang tu empuk. 


2. Masukkan semua bahan yang di hiris dan diketuk tadi ke dalam periuk dan didihkan hingga kuah sebati.


3. Masukkan pes tomyam anggaran dalam 5 sudu makan kacau hingga sebati.


4. Masukkan sayur, masak hingga sayur empuk. 


5. Apabila dah mendidih, masukkan garam,anjinamoto,secukup rasa dan Cik Ash perah air asam limau nipis dalam kuah. 


6. Siap dah boleh dihidangkan dengan nasi panas ditambah dengan telur dadar.


Tomyam ayam dekat atas versi Cik Ash buat kena dengan selera tekak Cik Ash rasa macam tak puas lagi makan hahaha, nanti la lain kali boleh buat lagi tengok resepi dekat blog ni hahaha, senang tak yah duk simpan dalam buku macam dulu-dulu sekarang semuanya resepi orang cari dalam google dah hihihi.


Kepada korang yang nak memcuba resepi tomyam ayam ni dipersilakan la kongsi semoga resepi menjadi rujukan korang yang tak mahir memasak di dapur macam Cik Ash ni hahahaha.


Ok la jumpa lagi, Kalau ada masa Cik Ash akan berkongsi entri baru di blog ni. Selamat memcuba ya.




Wednesday, October 14, 2020

Eksklusif Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi

Eksklusif Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi | Assalamualaikum...hari ini Cik Ash ingin berkongsi satu info mengenai syarikat makanan iaitu Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah melancarkan program Cabutan Bertuah berkolabarasi bersama sebuah pasaraya terbesar Malaysia AEON yang telah mendapat sokongan yang sangat menggalakkan Program VIT'S AEON CABUTAN BERTUAH yang telah berlangsung sebelum ini dari tarikh 13 Ogos hingga 16 September 2020 telah berjaya dimenangi oleh seramai 54 pemenang. 




Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya membeli produk VIT'S dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia dan imbas kod yang terdapat di paket. Nobor bertuah akan dicabut secara live di Facebook Vits pada setiap hari khamis jam 12 tengahari.



Tetapi jangan berasa kecewa jika anda terlepas tawaran hebat itu,kerana Vit's sekali lagi telah melancarkan program cabutan bertuah ini musim kedua.

VIT'S EXCLUSIVE LUCKY DRAW bakal bersiarang langsung pada waktu iaitu,pada jam 12 tengahari setiap hari Khamis di Faceboook Pages Vits. Pelbagai hadiah menarik untuk anda menangi setiap minggu, Apa yang anda perlu lalukan adalah :-




1) Dapatkan produk 2 pek Vits Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio di pasaraya terdekat anda atau secara online. 
2) Scan QR code untuk sertai cabutan bertuah ini. 
3) Isi informasi di dalam boring tersebut.
4) Nyatakan 5 angka bertuah anda.
5) Masukkan resit pembelian 2 produk VITS ITALIAN MI GORENG
6) Nantikan setiap Khamis di facebook live untuk undian secara live




Hadiah yang menanti pemenang Vits Exlusive Lucky Draw adalah seperti berikut :- 

Grand Prize                Vespa Sprint 150
1st Prize: Iphone 11 Pro Max / Samsung Galaxy Z Flip

2nd Prize: Nintendo Switch / Realme 6 Pro

3rd Prize: Buffalo Pro Chef Plus Air Fryer / Toros 6L Pressure Cooker

Consolation Prize: MiGor Facemask + Vit’s Italian Mi Goreng Series



Peraduan cabutan bertuah ini akan dilangsungkan sehingga 26 November ini di mana semua orang berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Baizura / Puan Syazwany di 03 6093 3999 / 012 5637098 atau emailkan ke baizura@vit.com.my

                            Facebook: Vits Noodles | Instagram: Vits Malaysia

Tuesday, October 13, 2020

Sinopsis Filem Butak Tayangan Di Astro First

Sinopsis Filem Butak Tayangan Di Astro First | Assalamualaikum...Hai korang semua, Filem 'Butak' adalah karya sentuhan arahan sutradara telefilem yang pernah fenomena iaitu Pok Ya Cong Codei pada tahun 2018. Filem Butak menemui anda di pawangan rumah, Astro First saluran 480 mulai 8 Oktober 2020. 




Sinopsis Filem Butak 

Filem Butak ini mengisahkan tentang Butak yang nakal tetapi cerdik. Penduduk kampung sering mengadu kekecohan yang Butak lakukan dikampungnya itu.

Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan nekad untuk lari dari rumah.

Kisahnya yang Butak sering dengar ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik dihatinya untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapanya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Pengarah dan Produksi 

Filem Butak merupakan terbitan pengarah Sabri Yunus dan syarikat produksi oleh Two Tones Sdn Bhd. 

Pelakon Filem Butak 

Watak utama filem Butak ini dibintangi oleh Izuan Fitri pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Skrin Angkasa 2016, Turut mengabungkan pelakon-pelakon hebat seperti Bohari Ibrahim,Kaza Saisi,Imuda,Khatijah Tan,Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Saidi Sabri, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari, Sabri Yunus juga turut membuat penampilan sebagai Pak Man.

Monday, October 12, 2020

Nur Fatima Aisya Nama Anak Fattah Amin Dan Fazura

 Nur Fatima Aisya Nama Anak Fattah Amin Dan Fazura | Assalamualaikum... Hai korang semua, hari ini nak berkongsi dengan korang Nama anak Fattah Amin dan Fazura selepas bersalin aritu mereka berdua ada bagitahu akan memberikan nama anak mereka pada hari ketujuh. 



Fazura telah selamat bersalin pada hari Jumaat lalu, puteri sulung mereka diberi nama Nur Fatima Aisya. Pengumuman nama puteri sulung mereka dibuat menerusi Instagram Fattzuralovelife pada 9 Oktober 2020.

Pasangan Fattah dan Fazura masih belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh puteri sulung mereka kepada umum, pasangan itu tetap memuat naik sebuah video Fazura mengendong puterinya yang dapat dilihat daripada bahagian sisi wajah puterinya.

Rasa Cik Ash la Fattah Amin pernah bagitahu nama anaknya dekat radio ERA FM sebelum ni. Nama itu dipilih semasa mereka mengerjakan Umrah di Makkah pada November 2019. 

Sunday, October 11, 2020

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Pertama

 Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama | Assalamualaikum... Big Stage dah tamat pada Ahad lalu, Pada malam ni akan berlangsungnya Gegar Vaganza 7 bagi konsert minggu pertama. 


minggu pertama



Seramai 14 orang perserta yang berpengalaman yang terdiri daripada penyanyi solo dan dua berkumpulan akan memulakan tugasan konsert pertama pada malam ni. Jom kita tengok antara lagu-lagu tugasan untuk konsert minggu pertama di bawah ni.

                                                   kredit gambar - Astro Gempak


Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Pertama 

1. Mus - Sinar

2. Ayu Damit - Hanya Di Mercu

3. Kumpulan Eva - Bulan Cinta 

4. Ashira - Di Ombak Resah 

5. Yantzen - Insan

6. Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih 

7. Rozita Izlyn - Berbalam Cinta 

8. Cliff Umar - Wanita Seluruh Dunia

9. Haslinda - Sehati Dan Sejiwa

10. Indigo - Istimewa 

11. Aju Succes - Ku Basuh Luka Dengan Air Mata 

12. Nomad - Tetap Menanti Mu 

13. Oja - Dasira

14. Noraniza Idris - Dikir Puteri 


Masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse selaku pengacara di Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Pertama. Adakah akan kejutan di konsert pertama ni. Nantikan malam ni. 

Manakala untuk Juri tetap pulak Datuk Ramli MS dan Khatijah Ibrahim dan juri jemputan. Sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional yang masih mengekalkan format asal. Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Pertama akan berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putarajaya selama 10 minggu setiap Ahad, jama 9.00 malam. 

Single Terbaru Iqa Nizam - Angan Merintih

Single Terbaru Iqa Nizam - Angan Merintih | Assalamualaikum... Hai korang kepada korang pernah mendengar lagu daripada Iqa Nizam, Cik Ash ada nak bagitahu korang Iqa Nizam kini kembali dengan single  terbarunya Angan Merintih. Lagu ini telah dilancarkan pada 25 September 2020.



Cik Ash rasa pernah lagu cover daripada Iqa Nizam ni memang sedap suaranya. Kalau tengok dekat youtube semua lagunya mencapai view lebih pada 1 million. Jom dengarkan single terbaru Angan Merintih.




Tajuk Lagu : Angan Merintih 
Artis : Iqa Nizam
Lagu/Lirik : El Hadam

Verse 1:
Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu
Pre chorus:
Mana Mungkin,
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Chorus 1:
Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Verse 2:
Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku
Tersimpan Harga Tiada Ternilai

Korang juga boleh aktifkan nada pemanggil lagu Iqa Nizam - Angan Merintih dengan mengikuti cara dibawah ni :-

Subscribe & Follow Us :
https://www.youtube.com/channel/UCl_X1mJlL17ZihSlgK_bgEg
Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya:

MUAT TURUN NADA DERING
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383

Untuk maklumat lanjut tentang lagu ini boleh layari link dibawah :-

Online Music Store: http://www.i-musicland.com

Album : Iqa Nizam - Angan Merintih
℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD
Publishing: MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD

 #IqaNizam #AnganMerintih #InsictechMusicland #ICSYVMY #slowrock #Indonesia #malaysia #izinkan

                      Website |  Facebook | Instagram