Resepi Bendi Goreng Ala Style Mamak | Assalamualaikum...Selamat pagi semua, bulan ni dah dapat mood rajin nak menulis entri dekat blog ni. Harap mood ni bertahan sampai hunjung tahun hahaha. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri Sekitar Gambar Majlis Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir.
Lama gambar dan entri ini tersimpan dalam draf hari ini baru nak publish dekat blog ni. Sebenarnya Bendi Goreng Ala Style Mamak ni Cik Ash dah lama buat masa bulan April aritu.
Sebelum ni Cik Ash ada kongsi resepi Bendi Goreng Telur. Cara membuatnya pun senang dan mudah. Kalau tengok versi macam dekat kedai mamak tu korang boleh tengok resepi di bawah ni.
Resepi Bendi Goreng Ala Style Mamak
Bahan-bahan
10 batang Bendi (hiris serong-serong)
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih (dicincang halus)
1 sk kfc biji sawi
1 sk serbuk kunyit
Ikan bilis (kisar halus)
4 tangkai cili kering
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Cara Memasaknya :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, bila minyak dah panas tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan daun kari,biji sawi dan cili kering. Biarkan seketika dan masukkan bendi, serbuk kunyit. serbuk perasa dan garam. Gaulkan hingga bendi masak dan boleh dihidangkan dengan nasi panas.
Mudah dan senang sangat nak masak bendi goreng ala style mamak ni, makan pulak dengan kari campur macam dekat kedai mamak tu dah macam makan nasi kandar la kan.
Ok la korang selamat memcuba resepi Cik Ash kongsikan Resepi Bendi Goreng Ala Style Mamak ni, Selamat memcuba ya. Jumpa lagi kalau ada entri masakan daripada #dapurcikash nanti.
Wow s dap
ReplyDelete