Dapat Anak Saudara Baru Lagi | Assalamualaikum...Hai,korang apa khabar, Cik Ash harapnya sihat la ya. Hari ini nak kongsi berita gembira dengan korang tahun 2020 ni Cik Ash dapat anak saudara baru lagi hihihi... Alhamdulilah semuanya selamat. Punya lama duk draf entri ni. Jemput la baca entri Jubah Lama Kita Alter Jadi Blouse hihihi.
Tahniah diucapkan buat adik lelaki , adik perempuan dan kakak Cik Ash dapat baby baru. Baby adik lelaki lahir masa bulan Mac aritu sebelum pkp. Baby adik perempuan Cik Ash pulak lahir masa bulan April dan baby kakak pulak lahir bulan Jun .. Kesemuanya anak saudara perempuan. Gambar anak saudara tak boleh kongsi hahaha mak-mak baby tak bagi.
Cucu Tokku dan tokma dah 14 orang seronoknya berkumpul ramai-ramai ni meriah dengan kerenah diaorang. Bila la dapat berkumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. Dengan situasi sekarang nak balik kampung tak berani lagi, tambah pulak ibu mentua Cik Ash kerap sangat masuk wad, ni kereta pulak ada problem. Harap hati ni bersabar la nak sangat balik kampung.
Baby adik lelaki dan adik perempuan tak jumpa lagi hanya tengok melalui whatsapp jer, manakala baby kakak Cik Ash sempat tengok masa raya haji aritu kebetulan dia balik raya Sungai Petani.
Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya, nanti kalau rajin Cik Ash update entri baru lagi, terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Ash.
1 komentar:
Tahniah..bestnya kan
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon