Wednesday, September 30, 2020

Jualan Mega Sale 10.10 Di PG Mall Dan Tawaran Menarik

 Jualan Mega Sale 10.10 Di PG Mall Dan Tawaran Menarik | Assalamualaikum...selamat pagi, Esok dah masuk bulan Oktober ni ramai website shopping online akan membuat Jualan Mega Sale 10.10. Pada korang yang suka shopping ni Cik Ash ada nak bagitahu satu platform shopping yang baru tahu mengenainya iaitu PG Mall Malaysia. Tambahan pulak PG Mall akan terlibat sama membuat jualan itu. 



Sesuai sangat dengan situasi keadaan sekarang kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pengerakan Pemulihan (PKPP) ni, tambahan pulak sekarang bilangan kes setiap hari meningkat naik. Nak lebih mudah dan selamat nak mengelakkan keluar shopping diluar sana elok sangat la ambil peluang shopping di PG Mall ketika ini. Lagi pun ianya merupakan satu online shopping yang berkonsep ConsuMerchat ini adalah yang pertama di dunia yang mana boleh mendapat insentif pembelian sendiri setiap kali membeli-belah di PG Mall dan pembeli oleh pembeli lain yang mendaftar melalui refferal link.


Apa Itu PG Mall

PG Mall adalah satu-satunya platform membeli-belah dalam talian Malaysia yang disokong oleh PG Group. Telah ditubuhkan sejak 2017 lagi, PG Mall adalah platform e-dagang No.1 Malaysia dan satu-satunya plaform e-dagang tempatan di Malaysia. PG Mall juga merupakan salah satu dari top 3 laman web marketplace berdasarkan laporan yang oleh Iprice.


Bersempena dengan Jualan Mega Sale 10.10 ini, PG Mall ada membuat tawaran yang hebat dan pelbagai potongan harga!!!. Cik Ash tengok di PG Mall terdapat pelbagai barangan yang dijual dari barangan keperluan harian, barang dapur, smartphone, sukan dan banyak lagi. PG Mall juga sentiasa memastikan harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan tidak membebankan pembeli pun. Antara Jualan Mega Sale 10.10 yang ditawarkan seperti di bawah ni :-




Jualan Sale 10.10 

PG Mall akan membuat jualan sale 10.10 nanti dengan potongan harga diskaun sehingga 80%. Dengan perbelanjaan minimum RM 10, terhad pada RM20 akan mendapat diskaun sebanyak 10%. Lagi pulak untuk penghantaran adalah PERCUMA dengan perbelanjaan minimum RM 30 terhad pada RM4. Killer deals from RM 10.



Minggu Kopi 

Berita baik buat anda yang suka minum kopi akan ada jualan Minggu Kopi akan bermula pada tarikh 28 September hingga 5 Oktober 2020. Apabila membuat perbelanjaan minimum RM 60 terhad pada RM 25 (terhad kepada 5000 penebusan pertama) akan mendapat diskaun sebanyak RM 20 dengan menggunakan kod kupon PGCOFFEE. Tak lupa juga akan ada penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM 40 terhad pada RM 4 (terhad kepada 1000 penebusan pertama) dengan menggunkan kod kupon PGCFFREE. Untuk info mengenai minggu kopi boleh baca di Coffe Week




Jualan Barangan Tempatan

Jom kita sokong barangan tempatan kita dengan membeli barangan keperluan rumah di PG Mall. Jualan barangan tempatan ini akan bermula pada Julai hingga Disember 2020. Tanda support menyokong barang tempatan dengan hagtags #BarangBaikBarangKita. Untuk info mengenai jualan barangan tempatan boleh di Produly Local Campaign.


Semasa kempen ini, pembeli baru PG Mall dapat menikmati DISKAUN RM15 dengan perbelanjaan minimum RM50 dengan menggunakan Kod Kupon "KBBM15BARU". Untuk pelanggan yang ada anda juga berhak menikmati potongan tersebut di mana anda dapat menikmati DISKAUN RM8 dengan perbelanjaan minimum RM50 dengan menggunakan Kod Kupon "KBBM8OFF" atau DISKAUN RM20 dengan perbelanjaan minimun RM100 dengan "KBBM20OFF".


Tidak lupa juga, apabila anda membeli produk dari kempen Proudly Local, anda juga dapat menikmati PENGHANTARAN PERCUMA dengan menggunakan Kod Kupon "KBBMSHIP6" di mana anda dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM25.


Menarik tak tawaran yang ditawarkan di PG Mall, jom cepat-cepat memuat turun aplikasi PG Mall ini di playstore dan Apple Store ataupun boleh juga layari laman sesawang PG Mall untuk membeli-belah. Jadi apa tunggu lagi , Jom la kita shopping online di PG Mall dan tak perlu nak bersusah payah nak keluar rumah, di PG Mall kita boleh nikmati pelbagai ganjaran yang menarik. 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai PG Mall anda boleh tengok detail di bawah ini :- 


Website | Facebook | Instagram


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1010sale #coffeeweek

Tuesday, September 29, 2020

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Dan Geran Khas Prihatin

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Dan Geran Khas Prihatin  | Assalamualaikum...Hai, berita baik buat anda yang pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ni, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  telah membuat pemgumuman berkenaan dengan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang berjumlah RM7 bilion yang meliputi Program Subsidi Upah 2.0 sebanyak RM2.4 bilion Gerak Khas Tambahan yang bernilai RM600 juta.



Bantuan Prihatin Nasional 2.0  merupakan tambahan bantuan kewangan dalam pakej "Kita Prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya kepada individu dan juga perniagaan yang terjejas pendapatannya situasi sekarang.

Antara pakej ransangan telah diumumkan oleh kerajaan untuk membantu  rakyat daripada segi keluarga,individu hinggalah syarikat yang masih terjejas pada waktu ini.



Berikut adalah jumlah bayaran tambahan BPN 2.0 mengikut isi rumah masing-masing :-

  • Pertama - RM1000 kepada 3.7juta isi rumah B40
  • Kedua - RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
  • Ketiga - RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat - RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Tarikh Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali secara ansuran, untuk Fasa Pertama pada hujung bulan Oktober 2020 dan Fasa Kedua pulak pada bulan Januari 2021, Untuk Golongan B40 akan menerima bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan kali keduanya pada bulan Januari 2021 sebanyak RM300.

Cara Semak BPN 2.0

Bagi penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi LHDNKategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. Bagi mereka yang tidak layak boleh mengemukakan permohanan baru atau rayuan pada tarikh yang sama.
P




Geran Khas Prihatin (GKP)

Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) ianya merupakan bantuan kewangan secara one-off kepada mereka yang mempunyai Perusahaan Kecil & Serdahana (PKS) mikro yang berjumlah RM3000 untuk meringankan beban perniagaan disebabkan situasi wabak covid 19 ini.

Untuk permohanan Geran Khas Prihatin (GKP) akan dibuka semula pada 1 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2021. Pembayaran terus dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang berdaftar pada permohanan GKP 2.0. Untuk pembayaran GKP dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 boleh layari Portal Malaysia

Saturday, September 26, 2020

Drama Perempuan Tanpa Dosa Di Slot MegaDrama

Drama Perempuan Tanpa Dosa Di Slot Megadrama | Drama ini adalah merupakan adaptasi novel Perempuan Tanpa Dosa karya oleh Fatinilam Sari Ahmad akan ditayangkan di Slot MegaDrama, yang akan menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan. Terima kasih yang sudi membaca entri 




Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa

Drama ini menyatukan kembali gandingan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose, turut dibantu oleh pelakon lain iaitu Uyaina Arshad,Hilal Azman, Yusuf Bahrin,Zac Zaky,Susan Manen dan Shaza Bae.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Perempuan Tanpa Dosa ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Dijangka akan ditayangkan pada bulan Oktober 2020 pada hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam hingga 11 malam.


Baca :Drama Titian Takdir Di Slot Lestary


Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa

Drama mengisahkan tentang Datuk Majid yang terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya,Lily dengan Rizal demi menjaga maruahnya. Namun begitu Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya.Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya.


Saat perasaan sayang dan kasihnya pada Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie pula datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah.


Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu menerima kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya.


Friday, September 25, 2020

Single Terbaru Lagu Kiriman Agung Fattah Amin

Single Terbaru Lagu Kiriman Agung Fattah Amin | Siapa dekat sini peminat Fattah Amin ni Cik Ash ada nak kongsi single terbaru Lagu Fattah Amin iaitu Kiriman Agung. Cik Ash dah dengar dekat youtube memang sedap didengar alunannya menyentuh jiwa Cik Ash. 



Patut la lagu Kiriman Agung ni best dan sedap didengar alunan ianya dicipta oleh Hafiz Hamidun dan lirik bersama Fedtri Yahya. Lagu ini dibuat khas untuk anak sulung Fattah Dan Fazura yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. 

Lirik Lagu Kiriman Agung Fattah Amin

(Verse 1)
Ya khalik ya bari’
Ya musawwir ya fattah
Ya karim

Ya khalik ya bari’
Ya musawwir ya fattah
Ya razzaq

(Verse 1)

(Chorus)
Allah…
Allah…
Ya Allah
Padamu ku berserah

(Verse 3)
Aku hanya hamba
Yang hina dan terus mendamba

Puncak kesabaran yang teguh
Mengharap kurniaMu

(Bridge)

Ingin ku cium
Tubuh yang seharum syurga
Ingin ku lafaz kalimah
Kiriman agung

(Chorus)
(Chorus)

Allah…






Thursday, September 24, 2020

Gegar Vaganza Musim 7 (GV7)

Gegar Vaganza Musim Ke 7 Tahun 2020 | Eh ingat ke PKPP gegar vaganza tak ada rupanya ada la, Tak sabar nak tengok telatah Jihan dan Nabil jadi pengacara hahaha... Terima kasih yang sudi baca entri Barangan Tesco Menjadi Pilihan Cik Ash.



Pada petang 22 September senarai bintang Gegar Vaganza Musim 7 (GV7) telah pun diumumkan di dalam sebuah sidang media khas daripada pihak Astro. Antara bintang Gegar Vaganza Musim 7 (GV7) yang akan bertanding adalah seperti berikut yang pernah mewarnai dunia hiburan suatu masa dahulu.  



Senarai Perserta Gegar Vaganza Musim 7 (GV7) 

Mus May
Noraniza Idris
Yantzen
Ayu Damit
Rozita Izlyn
Haslienda
Linda Nanuwil 
Ayira
Cliff Umar (vokalis Projek Pistol) 
Oja 
Aju (vokalis kumpulan Succes)
Nomad 
Indigo 
Eva

Masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse selaku pengacara di Gegar Vaganza Musim 7. Dengar khabar la Gegar Vaganza Musim 7 akan ada kejutan. Apa la kejutan nanti nak kena tengok ni. 

Disebabkan musim PKPP ni Gegar Vaganza 7 bakal dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Tagline untuk tahun ni 'Mara Suara Membara'. GV7 ini masih mengekalkan format asal penjurian yang diadii berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri  profesional. Untuk juri tetap pulak Datuk Ramili MS dan Khatijah Ibrahim dan juri jemputan.Konsert Mingguan Pertama GV7 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020. 

Ok la korang itu pengkongsian Cik Ash untuk bagitahu Gegar Vaganza Musim 7 ni, ada di antara bintang yang Cik Ash kena tak sabar nak tengok kemunculan mereka semula. Jumpa lagi nanti kalau ada masa Cik Ash update ya.

Wednesday, September 23, 2020

Barangan Tesco Menjadi Pilihan Cik Ash

Barangan Tesco Menjadi Pilihan Cik Ash | Assalamualaikum... Hai korang, Seperti biasa la setiap sebulan sekali Cik Ash dan suami selalu keluar shopping di Tesco. Tetapi kali ini shopping di Tesco sangat berbeza dan tak seperti dulu kerana sekarang masih dalam PKPP covid-19 nak masuk tesco tu kena beratur dulu lepas tu kena chek suhu dan tulis nama no telefon dekat buku. Memang berbeza sangat.. Semoga keadaan kembali seperti biasa la lepas ni. 




Nak shopping dalam tesco takut bila nampak ramai orang,bab beratur jarak 1 meter pun ada dah tidak ikuti geram rasa kita yang jaga jarak depa-depa ni tak jaga. Beli barang ambik jer tak ada nak pilih-pilih sebab dah tahu barang tu dekat mana. Sebab tu suka shopping dekat tesco sebabnya  guna scan n shop senang bila sampai dekat kaunter kita tak perlu dah nak angkut barang dalam troli letak atas kaunter.. Kita tunjuk bar code tunggu semua barang di scan selesai dan boleh bayar. Lagi best kita guna bag sendiri boleh dapat point untuk green point bag.. kalau ada yang tak tahu apa lagi scan and shop boleh baca dekat SINI.

Eh berbalik apa yang Cik Ash nak bagitahu kebanyakkan barang keperluan rumah Cik Ash guna ada barangan dari Tesco. Harga untuk setiap barang boleh la tidak la mahal sangat startdart harga pasaran,ni kalau tesco tengok boleh ambil Cik Ash jadi duta produk ni hahaha...berangan jer pun...

Jom kita tengok barang-barang tesco menjadi pilihan Cik Ash untuk guna. 

















Itu jer antara barangan tesco yang Cik Ash selalu shopping di tesco, Cik Ash suka shopping tesco senang sebab kita tak perlu dah angkut dalam troli dekat cashier dengan ada app Scan & Shop Aplikasi Tesco tambah boleh letak barang kita dalam beg kita sendiri tak guna plastik mereka. Yang best lagi beg kita bawa tu boleh scan dapat point clubcard.

Ok la korang selamat jamu mata koleksi  gambar barangan tesco yang Cik Ash kongsi dekat atas tu, jumpa lagi nanti kalau ada entri baru akan menyusul nanti. 

Tuesday, September 22, 2020

Drama Kampung People 2 Kembali Lagi

Drama Kampung People 2 Kembali Lagi | Drama ini pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2019, tahun ni kembali lagi dengan gelagat dan telatah family Mona. Drama ini kembali menghiburkan malam anda pada hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di Slot Lestary.




Masih mengekalkan watak-watak utama drama sebelum ini,antara pelakon yang menjayakan drama ini adalah Elly Mazlein,Rashidi Ishak,Riena Diana dan Hun Haqeem. Drama ini bermula pada 17 September 2020.

Drama Kampung People 2 arahan Wan Zainuddin terbitan KL Motion Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Kamarul Eqifshah,Namron,Razak Ahmad,Shah Kimin, dan ramai lagi. Sebanyak 13 Episode,mula ditayangkan pada 17 September 2020. Razif berkerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli,polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap.

Sinopsis Drama Kampung People 2
Drama Kampung People 2 ini mengisahkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Suhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis telah dibubarkan.Namun kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar (Huq Haqeem) dan Laila (Riena Diana) berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah semula ke kampung.

Demi nak memujuk isterinya Mona, Razif terpaksa berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis,mereka sekeluarga perlu berpindah ke kampung dengan kadar segera. 

Di dalam drama Kampung People 2 akan penampilan watak baru iaitu Adibah Noor sebagai ibu Mona, Hazif sebagai Karim dan Kismah Johar sebagai Madamme Mah). 


Pelakon Drama Kampung People 2
Drama ini menampilkan pelakon Elly Mazlein,Rashidi Ishak,Riena Diana,Kamarul Eqifshah,Hun Haqeem,Haziq Fadhullah,Razak Ahmad,Haeriyanto Hassan,Shah Kimin,Nazeri Md Isa,Shahril Sarjen,Lizart Rashid,Adibah Noor,Fizz Fairuz,Kismah Johar, Nam Ron.


Cara Nak Tonton Drama Kampung People 2 
Kepada anda yang terlepas untuk menonton drama Kampung People 2 ini, anda juga boleh memuat turun aplikasi iQlYl untuk menonton secara percuma drama Kampung People 2.

Kalau anda malas nak memuat turun aplikasi anda juga menonton streaming di www.iq.com.


Saturday, September 19, 2020

Dapat Anak Saudara Baru Lagi

Dapat Anak Saudara Baru Lagi | Assalamualaikum...Hai,korang apa khabar, Cik Ash harapnya sihat la ya. Hari ini nak kongsi berita gembira dengan korang tahun 2020 ni Cik Ash dapat anak saudara baru lagi hihihi... Alhamdulilah semuanya selamat. Punya lama duk draf entri ni. Jemput la baca entri Jubah Lama Kita Alter Jadi Blouse hihihi.




Tahniah diucapkan buat adik lelaki , adik perempuan dan kakak Cik Ash dapat baby baru. Baby adik lelaki lahir masa bulan Mac aritu sebelum pkp. Baby adik perempuan Cik Ash pulak lahir masa bulan April dan baby kakak pulak lahir bulan Jun .. Kesemuanya anak saudara perempuan. Gambar anak saudara tak boleh kongsi hahaha mak-mak baby tak bagi.


Cucu Tokku dan tokma dah 14 orang seronoknya berkumpul ramai-ramai ni meriah dengan kerenah diaorang. Bila la dapat berkumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. Dengan situasi sekarang nak balik kampung tak berani lagi, tambah pulak ibu mentua Cik Ash kerap sangat masuk wad, ni kereta pulak ada problem. Harap hati ni bersabar la nak sangat balik kampung. 


Baby adik lelaki dan adik perempuan tak jumpa lagi hanya  tengok melalui whatsapp jer, manakala baby kakak Cik Ash sempat tengok masa raya haji aritu kebetulan dia balik raya Sungai Petani. 


Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya, nanti kalau rajin Cik Ash update entri  baru lagi, terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Ash.

Wednesday, September 16, 2020

Jubah Lama Kita Alter Jadi Blouse

Jubah Lama Kita Alter Jadi Blouse | Assalamualaikum... Hai selamat petang  semua, lama bercuti menulis blog, biasa la bila mood kelaut tak ada menulis entri dekat blog ni. 



Sebenarnya hari ini saja-saja nak kongsi hasil kerja diam-diam Cik Ash dekat rumah ni, kiranya terlebih rajin la juga ni hahaha, sambil-sambil tengah mengemas beg susun baju kurung terjumpa la jubah yang dah lama tak pakai last pakai masa raya tahun 2015 la kut hahaha.. Lepas pada itu dah tidak pakai gara-gara baju jadi singkat bila di basuh. Jubah tu Cik Ash beli yang dah siap jahit dalam katolog masa tu kak ipar dia meniaga barang dalam katalog.

Masa nak kerat labuh jubah tu Cik Ash cari baju blouse yang sedia ada dekat rumah ni tekap baju blouse tu dekat jubah.. Hahaha. Senang kerja tak payah susah nak buat pola. Pejam mata masa nak kerat labuh jubah tu sebab sayang hahaha.




Bukannya banyak pun kerat labuh baju tu.. Lebih kain jubah tu Cik Ash buat seluar pendek boleh pakai tidur malam hahaha.. Macam-macam la Cik Ash ni buat ada jer yang menjadi. Sekarang jahit pakai tangan jer dulu. Tunggu ada mesin jahit kita cuba guna mesin jahit nanti.. Mesin jahit ada dekat Kelantan nuh adik bongsu Cik Ash bagi hadiah. Nak balik Kelantan tak tahu bila lagi mari dengan situasi sekarang Malaysia dan kesihatan Mok yang tak menentu asyik berulang masuk wad jer. Ujian Allah uji sekarang harap dirini bertabah dah sabar menempuh ujian ni.

Jom la usha hasil kerja Cik Ash alter jubah jadi blouse boleh la guna bila nak pergi mana-mana nanti. Pakai dengan seluar ataupun skirt. Hihihi...

Ok la korang itu jer Cik Ash kongsi dengan korang semua mengenai pengalaman alter jubah lama menjadi blouse perasaan teruja hasil kerja tak dapat digambarkan.

Tuesday, September 8, 2020

Giveaway by ejulz & wafacw

Giveaway by ejulz & wafacw |Assalamualaikum...selamat pagi, dah agak lama tak joimn giveaway dekat blog ni. Hari ini ambik peluang join tanda support rakan blog ejulz.


Kalau korang join giveaway ini boleh klik banner diatas ya. Syarat untuk join sangat mudah. Mana la tahu ada terselit rezeki dapat ke kan. Alhamdulilah.


Ok la itu jer nak bagitaw Cik Ash join giveaway dah hihihi... korang jumpa join taw memeriahkan giveaway ini.

Monday, September 7, 2020

Majlis Pelancaran Logo Muslim-Friendly Accomadation Recogation

Majlis Pelancaran Logo Muslim-Friendly Accomadation Recogation | Assalamualaikum...Selamat pagi.. Pada 3 September 2020 baru-baru ni telah berlansungnya pelancaran logo muslim-friendly accomadation recogation.



Islamic Tourism Centre merupakan salah satu 13 agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang telah memperkenalkan Muslim-Friendly Accomadation Recogation (MFAR). Pengiktirafan ini merupakan yang pertama di dunia yang diberi pengiktirafan dari badan agensi kerajaan. 

Pelaksanaan MFAR bukan sekadar menetap standard akan tetapi memberi peluang untuk lebih jauh memasuki pasaran pelancong Muslim dan non-Muslim. Konsep 'mesra Muslim' telah mulai dapat daya tarikan di beberapa negara di dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, kemudahan tandas, makanan, makanan halal, dan pengalaman rohani yang ditawarkan oleh hotel. 




Bagi memastikan inisiatif ini terus memberi mometum yang berterusan industri perhotelan negara, majlis pelancaran logo telah disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Logo tersebut akan memberi penjenamaan kepada hotel dan juga memberi keyakinan dan keselesaan kepada pelancong Muslim. 





Sidang media Pelancaran Logo Muslim-Friendly Accomadation Recogation telah berlangsung di tempat seperti berikut :- 

Aturcara Program 
Tarikh : 3 September 2020 
Masa : 1.30pm (Pendaftaran) 
Tempat : Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA. 

Mengenai Islamic Tourism Centre 

Islamic Tourism Centre (ITC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditugaskan untuk membangunkan sektor pelancongan Islam Malaysia dalam kapasiti penyelidikan, risikan pasaran, latihan, pembangunan industri dan pertukaran maklumat. 

ITC juga menjadi pakar rujuk berkaitan pelancongan Islam kementerian pemegang taruh dan juga penggiat industri. 

Menyedari potensi global pelancongan Islam, ITC sentiasa mengadakan hubungan dengan pihak berkepentingan dan penggiat industri untuk memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan pelancongan Islam  dan menggunakan pelancongan mesra Muslim sebagai kaedah untuk mepromosikan muhibah di kalangan umat manusia.

Sunday, September 6, 2020

Resepi Bendi Goreng Ala Style Mamak

Resepi Bendi Goreng Ala Style Mamak | Assalamualaikum...Selamat pagi semua, bulan ni dah dapat mood rajin nak menulis entri dekat blog ni. Harap mood ni bertahan sampai hunjung tahun hahaha. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri Sekitar Gambar Majlis Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir.



Lama gambar dan entri ini tersimpan dalam draf hari ini baru nak publish dekat blog ni. Sebenarnya Bendi Goreng Ala Style Mamak ni Cik Ash dah lama buat masa bulan April aritu. 

Sebelum ni Cik Ash ada kongsi resepi Bendi Goreng Telur. Cara membuatnya pun senang dan mudah. Kalau tengok versi macam dekat kedai mamak tu korang boleh tengok resepi di bawah ni.




Resepi Bendi Goreng Ala Style Mamak

Bahan-bahan

10 batang Bendi (hiris serong-serong)

Bawang merah (dimayang halus)

Bawang putih (dicincang halus)

1 sk kfc biji sawi

1 sk serbuk kunyit

Ikan bilis (kisar halus)

4 tangkai cili kering

2 tangkai daun kari

Garam secukup rasa


Cara Memasaknya : 

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, bila minyak dah panas tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 

2. Selepas itu masukkan daun kari,biji sawi dan cili kering. Biarkan seketika dan masukkan bendi, serbuk kunyit. serbuk perasa dan garam. Gaulkan hingga bendi masak dan boleh dihidangkan dengan nasi panas. 

Mudah dan senang sangat nak masak bendi goreng ala style mamak ni, makan pulak dengan kari campur macam dekat kedai mamak tu dah macam makan nasi kandar la kan. 

Ok la korang selamat memcuba resepi Cik Ash kongsikan Resepi Bendi Goreng Ala Style Mamak ni, Selamat memcuba ya. Jumpa lagi kalau ada entri masakan daripada #dapurcikash nanti. 

Saturday, September 5, 2020

Sekitar Gambar Majlis Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir

Sekitar Gambar Majlis Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir | Assalamualaikum...Uish hampir terlupa nak update entri dekat blog hari ini, Biasa la bila buat kerja rumah yang banyak tertangguh sebab gara-gara tak beberapa sihat badan pulak.



Alhamdulilah pada 3 September 2020 artis MIra FilzahBintang paling popular Malaysia telah selamat menjadi isteri kepada Wan Emir. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
Lawa sungguh baju akad nikah Mira Filzah malam tu ramai kata simple dan sesuai dengannya. Baju yang dipakai oleh Mira Filzah itu telah direka oleh Rizman Ruzaini pereka feksyen yang terkenal banyak artis yang kahwin ramai hasil rekaannya. Untuk rekaan pakaian akad nikah Mira Filzah ni baju Kurung Pahang yang dihiasi dengan puluhan ribu jemaki dan disiapkan oleh tukang Rizaman Ruzaini jangka masa lebih dari 200 jam fuhhhhh lama gila nak nak boleh siap walaupun simple. 
Jom kita layan antara sekitar gambar di Majlis Perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir di bawah ni ( Gambar ni Cik Ash ambik di fb tv3 dan ig Mira) 




Friday, September 4, 2020

OST Lagu Drama Bidadari Kiriman Tuhan

OST Lagu Drama Bidadari Kiriman Tuhan | Assalamualaikum...selamat pagi semua. Dah masuk bulan September 2020 ni, sekejap masa berlalu kan. Sebelum ni Cik Ash ada kongsi sinopsis drama bidadari kiriman tuhan.


Disebabkan ada yang mencari ost lagu dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan ni. Untuk sambungan kali ianya berkait dengan drama tersebut. Tentang ost lagu yang terdapat dalam Drama Bidadari Kiriman Tuhan yang dilakonkan oleh Mira Filzah dan Zul Ariffin. Antara lagu yang terdapat dalam drama ni adalah seperti di bawah ini.

Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Wajah Kekasih
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Adnan Abu Hassan 
Lirik : Hani M.J

Manakala untuk lagu sisipan lain yang terdapat dalam Bidadari Kiriman Tuhan adalah seperti di bawah ni.

Tajuk Lagu : Gelora Asmara
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penerbit: Adnan Abu Hassan

Tajuk Lagu : Diari Hatiku
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Ferdy Ferdian Khalid NS
Penerbit : Adnan Abu Hassan

Tajuk Lagu : Bukan Cinta Biasa
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Dewiq & Dato' Sri Siti Nurhaliza

Tajuk Lagu :Untuk Selamanya
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Julfakar
Lirik : Rashbir

Tajuk Lagu : Begini Aku 
Penyanyi : Rina Lee
Komposer : Farouk Roman
Lirik : Amylea

Tajuk Lagu : Terluka
Penyanyi : Min Yasmin 
Penerbit : Julfakar

Tajuk Lagu : Wahai Kekasih
Penyanyi : Min Yasmin
Penerbit : Julfakar

Tajuk Lagu : Teman Yang Ku Kasih 
Penyanyi : Min Yasmin
Penerbit : Julfakar

Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, Kesemua lagu yang ada drama Bidadari Kiriman Tuhan ni kebanyakkan lagu lama Dato' Sri Siti Nurhaliza yang sedap dilayan. Untuk

#ostdramabidadarikirimantuhan
#dramabersiri
#dramabidadarikirimantuhan

Thursday, September 3, 2020

Live Streaming Majlis Akad Nikah Mira Filzah & Wan Emir

Live Streaming Majlis Akad Nikah Mira Filzah & Wan Emir | Assalamualaikum... Bagi peminat Mira Filzah jom saksikan live streaming majlis akad nikah Mira Filzah & Wan Emir pada malam jam 8.30 malam.


Untuk ucapan kepada Mira Filzah & Wan Emir semoga dipermudahkan majlis akad nikah malam ni, semoga berkekalan hingga akhir jannah. Sebelum menanti majlis malam ni jom layan dulu temubual eksklusif di video di bawah ni.


Live Streaming Majlis Akad Nikah Mira Filzah & Wan Emir


Sinopsis Filem JEBAT Lakonan Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Tayangan Di Astro First

Sinopsis Filem JEBAT Lakonan Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Di Astro First | Assalamualiakum... Selamat pagi. Cik Ash ada berita baik kepada korang yang rindu dengan lakonan gandingan hero dan herion drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang pernah suatu ketika dahulu mencipta femenome dikalangan peminat drama ni.



Siapa pernah layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta memang tak sabar nak tengok filem JEBAT ni kan, Cik Ash pun tak sabar nanti nak suruh suami langgan astro first hahaha.  Ada yang masih tidak tahu Filem JEBAT ni adalah sebelum ni ditayangkan sebagai drama di astro Ria. Selepas 6 Tahun kembali sebagai filem. Siapa tak teruja nak tengok lakonan dua aktor yang hebat ni kan. Filem ini akan ditayangkan di Astro First pada 3 September 2020. 

Untuk filem JEBAT merupakan arahan Khan Mancung (Jamal Khan) dan di bawah terbitan Pena Creative Sdn Bhd. Pengarah yang sama untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2. 

Sinopsis Filem JEBAT Lakonan Shahnaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Di Astro First

Jebat dan Mastura berbulan madu di Prague di taja oleh kakak Mastura Hannah Maryam. Keseronakan mereka terganggu apabila Jebat perasan kehadiran lelaki bertatu ular yang cukup dikenalinya. Tanpa memberitahu Mastura dia bergegas mengajak Mastura pulang ke Malaysia dengan alasan bapa saudaranya, Bujang sakit,Uncle Bujang juga diserang menyebabkan Airen menghubungi Jebat. Mastura dibawa tinggal di villa keluarganya untuk mengelakkan dari diserang semasa Jebat melawat Uncle Bujang seklai lagi mereka di serang. Jebat mengarakkan Airen menyelamatkan Mastura dan Uncle Bujang, tapi Mas degil mengekori Jebat. Dia semakin curiga dengan Jebat hinggalah Jebat menceritakan kisah silamnya. Setelah Jebat mengetahui dia di serang oleh geng Uncle Keong, dia ke Taiping untuk bersua dan menyelesaikan semuanya. Kehadiran Mastura melambatkan pergerakannya. Apatah lagi dengan sikap degil dan keras kepala Mas. Jebat juga diekori Jasmine yang juga berdendam dengannya hingga menjadikan Mas sebagai tebusan. 

Apakah akan terjadi dalam filem JEBAT ni korang kena lah langgan Astro First.hihihi... Tak pun tunggu la nanti ada blog-blog yang akan upload filem ni. Fiem ni ditayangkan di Astro First (480) bermula 3 September 2020. 


Pelakon Filem JEBAT

Gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat dan Nelydia Senrose sebagai Mastura. Di dalam filem dibantu menjayakan Filem ni adalah Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Bunag, Sangeeta Krisnasamy dan Louisa Chong.

Ok la korang itu jer untuk pengkongsian Cik Ash hari ini untuk berkongsi dengan korang mengenai Filem JEBAT lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, Korang juga boleh baca versi novel di BACA ONLINE.