Entri Terbaik Bulan Mei 2020 | Assalamualaikum...Hai, Maaf lama sangat Cik Ash tak update entri entri terbaik dekat blog ni. Hampir terlupa nak tulis sejak dah lama tak buka blog menaip pun bila ada masa free. Tambah pulak sekarang sibuk dengan urusan mak mentua di hospital blog pun malas buka. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara.
Seperti biasa la Cik Ash akan kongsikan dengan korang semua mengenai Entri Terbaik bulan Mei Dan Jun 2020 yang tertinggal nak publish asyik tersimpan dalam draf jer ni. Sekarang Cik Ash dah kurang update blog sebab sibuk dengan urusan rumahtangga hihihi. Maaf la ya.
Entri Terbaik Bulan Mei Jun 2020
1. Resepi Timun Tumis Air - Masih ada yang cari entri resepi paling simple ni, Walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 11K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. Dari bulan Mei hingga Jun sentiasa ada yang cari resepi ni.
2. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung saja-saja suka kongsi resepi ramai yang cari resepi ringkas ni. Entri tahun 2018 ni. Hihihi. View untuk entri dah cecah 4K.
3. Magic Sponge Mrdiy -yang ini pulak Cik Ash saja-saja suka berkongsi selepas menggunakan magic sponge ni. Memang berkesan menghilangkan kotoran.
4. Resepi Jeruk Jambu Air - Entri untuk bulan Mei Jun ramai pulak mencari nak buat jeruk sebab musim pokok jambu ni berbuah dekat rumah ni ada pokok sampai jemu nak makan hahaha.
5. Belajar Lukis Haiwan - Yang ni pulak sahaja-sahaja suka nak kongsi dekat blog mana tahu nanti berguna untuk Cik Ash bila ada anak ke kan. Tak pun bagi anak saudara belajar. Tambah sejak PKP entri paling tinggi
6. Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi - entri saja-saja nak kongsi ayam masak kerutuk guna rempah daripada ADABI tak sangka pulak entri ramai yang view. Biasa la teringin nak makan kerutuk kelantan guna rempah adabi setakat nak lepaskan rindu nak makan boleh sangat hihihi.
7. Ayam Panggang Guna Air Fryer - First percubaa memasak ayam dalam air fryer guna seekor ayam.
8. Resepi Lempeng Gula Merah - Masih berada dalam carta lagi untuk bulan ni. Entri ini dah lama juga Cik Ash kongsi dekat blog pada tahun 2017 lagi, sekarang masih ada yang mencari resepi ni Alhamdulilah, Pageview dah cecah 7k view. Manakala berada di carian pertama google juga.
9. Nasi Lemak Kelantan - Ni pun saja-saja nak kongsi resepi Cik Ash buat nasi lemak, tak sangka la view resepi selalu naik dekat blog. Pageview untuk entri dah 3K view.
10. Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas -Pertama kali cuba buat singgang ayam alhamdulilah sedap dimakan dan boleh diterima makan hihihi. View untuk entri dah cecah 1K.
11. Lagu Ost Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe - Cerita drama paling best sebab dialog dalam drama ni kebanyakan cakap kelantan lagi pun kelantan.. bila tengok cerita rindu kampung halaman huhuhu.
12. Garam Kunyit Style Kelantan - Yang ni pun selalu duk buat bila guna garam kunyit macam ni. lauk yang kita perap memang jadi sedap dimakan rasa dia masuk ke dalam isi.
Hanya 12 entri yang terbaik untuk bulan Mei 2020 Hingga Jun 2020 aritu. Cik Ash tengok dalam senarai diatas ni kebanyakannya entri koleksi #dapurcikash ,ost lagu dan lain-lain. Ok la korang selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi nanti kalau ada masa Cik Ash update lagi. hihihi.
1 komentar:
Hai kak ekin lama dah rabia tak bw ke sini
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon