Tuesday, July 28, 2020

Lagu Ost Dalam Drama 7 Hari Mencintaku 2

Lagu Ost Dalam Drama 7 Hari Mencintaku 2  | Assalamualaikum...Hai, selamat pagi semua, siapa dekat sini layan drama 7 Hari Mencintaku ni, drama kali yang sangat penuh dengan emosi dan tengok kena tahan emosi sebab memang menyakitkan hati kalau tengok hahaha.. Setiap episode sentiasa panas jer. Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri. Apa la akan terjadi sampai episode 33 nanti. Tak sabar nak tengok ending drama ni nak tahu macam kehidupan Khuzairi, mia, zaidi, nad, sofi, helmi dan semua dalam drama ni. Adakah mereka semua akan menemui kebahagian. 



Sebenarnya untuk pengkongsian hari ini Cik Ash nak berkongsi dengan korang tentang lagu OST yang terdapat di dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah bersiaran di Slot Akasia TV3 nak baca Sinopsis Drama ni boleh baca di entri Drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Berbalik pada tajuk kita tentang Lagu Ost Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2 dilakonkan oleh iaitu Shukri Yahya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, tetapi ada pertukaran watak iaitu ayah Khuzari dilakonkan oleh Kazar Saisi watak baru iaitu  Jasmin Hamid. Antara lagu yang terdapat dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni ialah seperti di bawah ni. 


Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Aku Bidadari Syurgamu
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza 
Komposer :Ippo Hafiz
Lirik : Siti Romizah

Manakala antara lagu-lagu lain yang terdapat dalam drama 7 Hari Mencintaiku ialah seperti berikut :-

Tajuk Lagu : Hanya Kamu
Penyanyi : Aepul Roza
Komposer : Amy Nawawi

Tajuk Lagu : Hutang
Penyanyi : Floor 88
Lirik : Achol Floor 88

Tajuk Lagu : Luluh
Penyanyi : Khai Bahar
Lagu & Lirik : Khai Bahar

Tajuk Lagu : Ikatan Asmara
Penyanyi : Fairuz Misran & Baby Shima
Kompeser : Herry Khalifah
Lirik : Achol Floor 88

Tajuk Lagu : Hasbi Rabbi
Penyanyi : Asfan Shah, Ariff Bahran, Ayie Floor 88 dan Syafiq Farhan.
Music : Afiez Azzam

Tajuk Lagu : Selamanya
Penyanyi : USOP
Komposer : Bulan Penuh & Zin
Lirik : Bulan Penuh

Tajuk Lagu : Hatiku Milikmu
Penyanyi : Siti Nordiana 
Lirik & Lagu : Nana Alias & Shana

Tajuk Lagu : Terus 
Penyanyi : Siti Nordiana
Lirik : Nana Alias

Tajuk Lagu : Teguh Setia
Penyanyi : Muna Shahirah
Kompeser : Ibnu Gouffran

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama 7 Hari Mencintaku 2  ni. Kesemuanya lagu dalam drama ni semuanya best.  kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

Sunday, July 26, 2020

Entri Terbaik Bulan Mei Hingga Jun 2020

Entri Terbaik Bulan Mei 2020 | Assalamualaikum...Hai, Maaf lama sangat Cik Ash tak update entri entri terbaik dekat blog ni. Hampir terlupa nak tulis sejak dah lama tak buka blog menaip pun bila ada masa free. Tambah pulak sekarang sibuk dengan urusan mak mentua di hospital blog pun malas buka.  Terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara.

entri terbaik mei-jun20


Seperti biasa la Cik Ash akan kongsikan dengan korang semua mengenai Entri Terbaik bulan Mei Dan Jun 2020 yang tertinggal nak publish asyik tersimpan dalam draf jer ni. Sekarang Cik Ash dah kurang update blog sebab sibuk dengan urusan rumahtangga hihihi. Maaf la ya. 

Entri Terbaik Bulan Mei Jun 2020


1. Resepi Timun Tumis Air - Masih ada yang cari  entri resepi paling simple ni, Walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 11K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. Dari bulan Mei hingga Jun sentiasa ada yang cari resepi ni. 

2. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung  saja-saja suka kongsi resepi ramai yang cari resepi ringkas ni. Entri tahun 2018 ni. Hihihi. View untuk entri dah cecah 4K.

3. Magic Sponge Mrdiy -yang ini pulak Cik Ash saja-saja suka berkongsi selepas menggunakan magic sponge ni. Memang berkesan menghilangkan kotoran. 

4. Resepi Jeruk Jambu Air - Entri untuk bulan Mei Jun ramai pulak mencari nak buat jeruk sebab musim pokok jambu ni berbuah dekat rumah ni ada pokok sampai jemu nak makan hahaha.

5. Belajar Lukis Haiwan - Yang ni pulak sahaja-sahaja suka nak kongsi dekat blog mana tahu nanti berguna untuk Cik Ash bila ada anak ke kan. Tak pun bagi anak saudara belajar. Tambah sejak PKP entri paling tinggi

6. Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi -  entri saja-saja nak kongsi ayam masak kerutuk guna rempah daripada ADABI tak sangka pulak entri ramai yang view. Biasa la teringin nak makan kerutuk kelantan guna rempah adabi setakat nak lepaskan rindu nak makan boleh sangat hihihi.

7. Ayam Panggang Guna Air Fryer  - First percubaa memasak ayam dalam air fryer guna seekor ayam.

8. Resepi Lempeng Gula Merah  - Masih berada dalam carta lagi untuk bulan ni. Entri ini dah lama juga Cik Ash kongsi dekat blog pada tahun 2017 lagi, sekarang masih ada yang mencari resepi ni Alhamdulilah, Pageview dah cecah 7k view. Manakala berada di carian pertama google juga.

9.  Nasi Lemak Kelantan - Ni pun saja-saja nak kongsi resepi Cik Ash buat nasi lemak, tak sangka la view resepi selalu naik dekat blog. Pageview untuk entri dah 3K view.

10. Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas -Pertama kali cuba buat singgang ayam alhamdulilah sedap dimakan dan boleh diterima makan hihihi. View untuk entri dah cecah 1K.

11. Lagu Ost Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe - Cerita drama paling best sebab dialog dalam drama ni kebanyakan cakap kelantan lagi pun kelantan.. bila tengok cerita rindu kampung halaman huhuhu.

12. Garam Kunyit Style Kelantan - Yang ni pun selalu duk buat bila guna garam kunyit macam ni. lauk yang kita perap memang jadi sedap dimakan rasa dia masuk ke dalam isi. 

Hanya 12 entri yang terbaik untuk bulan Mei 2020 Hingga Jun 2020 aritu. Cik Ash tengok dalam senarai diatas ni kebanyakannya entri koleksi #dapurcikash ,ost lagu dan lain-lain. Ok la korang selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi nanti kalau ada masa Cik Ash update lagi. hihihi.

Wednesday, July 8, 2020

Resepi Asam Pedas Ikan Pelaling @ Temenung #resepiasampedas #asampedasikan

Resepi Asam Pedas Ikan Pelaling @ Temenung #resepiasampedas #asampedasikan | Assamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk entri petang ni   cik ash nak kongsikan dengan korang semua satu resepi masakan iaitu resipi asam pedas ikan pelaling atau ikan temenung.cara cik ash masak simple2 je.special kali ni kebiasaannya cik ash kongsi entry resepi untuk korang baca tapi untuk kali ni kelainannya adalah cik ash buat dalam versi atau bentuk video di channel cik ash sendiri.




Untuk follower blog cik ash sudi2 lah korang ke channel youtube cik ash dan jangan lupa subscribe channel cik ash sebagai sokongan dan dokongan dari korang semua.Ok la entri ringkas jer hari ini.. jumpa lagi nanti kalau ada masa free Cik Ash berkongsi entri yang lain. 

Thursday, July 2, 2020

Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara

Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara | Assalamualaikum... Selamat Pagi semua, hari ini Cik Ash berkongsi dengan korang semua entri menu masakan #dapurcikash. Sebenarnya menu Tauhu Bersalur TeLur ni Cik Ash buat pada 27 Jun 2020 aritu. Disebabkan tak tahu nak masak apa hahaha, nak buat telur macam dah puas asyik telur dadar ke. So terlintas dalam fikiran nak buat ala-ala kuih cara hahaha. Sebelum korang tengok resepi dekat bawah ni apa kata korang baca dulu entri Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Di Kaca TV3.



Sebelum ni Cik Ash pernah kongsi resepi Tauhu Sumbat Goreng Yang Mudah. Cara senang dan mudah. Korang boleh la terjah tengok resepi tu nak mencubanya nanti. Jom la usha resepi di bawah ini. 

Resepi Tauhu Bersalut Telur 



Bahan-bahan
2 biji telur
Bayam brazil
4 biji Cili padi
1 tauhu
1 sudu kfc pati sedap

Cara membuatnya : 

1. Hancurkan tauhu hingga lumat. 
2. Pecahkan telur dalam mangkuk masukkan tauhu.
3. Kacau-kacau bagi sekata tauhu itu bersalut dengan telur.
4. Masukan bayam brazil, cili padi dan 1 pati sedap.
5. Panaskan acuan kuih cara , bila dah panas boleh la masukkan bacuhan tauhu telur tadi.
6. Goreng atas api yang sederhana hingga masak kekuningan. 
7. Siap boleh dimakan dengan nasi yang panas. 

Saja-saja cuba buat menu macam sekali sekala sedap juga suami dan mak mentua tak puas makan hahaha, biasa rumah ni kalau ada masakan sedap mesti tak puas makan. Bila buat berulang kali mesti tak nak makan dah.Sebab tu tukang masak ni pening nak memasak untuk orang kalau untuk diri senang bakar ikan or ayam makan sayur jer hahaha..

Ok la itu jer Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara di makan dengan nasi putih di hidang lepas makan dengan gulai daging dan  sambal jantan sedap molek.

Hasil Pencarian

Hasil carian 

#dapurcikash
#sayamasak
#cooking
#masakapatu
#food
#foodblogger
#cikashdotcom
#bloggermasakan

Wednesday, July 1, 2020

Giveaway By Ejulz & Mamapie

Giveaway By Ejulz & Mamapie | Assalamualaikum... Hai pembuka entri bulan Julai 2020 hari ini Cik Ash nak join giveaway yang di anjurkan oleh blogger Ejulz. Jom memeriah Giveaway ini. Kalau nak join sila klik banner di bawah ni. 


Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & mamapipie

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & mamapipie". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan mamapipie;
4. Follow IG ejulz dan mamapipie;
5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat : 15 JUL 2020