Monday, June 15, 2020

author photo
Rendang Ayam Resepi Ma | Assalamualaikum... Hai, korang semua, lama tak taip entri dekat blog ni, last pada 9hbl baru ni. Biasa la kalau suami ada dirumah nak tengok blog tak boleh sebab laptop jadi miliknya hahaha.. Sibuk la sikit buat kerja rumah yang berat-berat sikit Cik Ash suruh suami hihihi. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri  7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah.

Rendang Ayam Resepi Ma

Sebenarnya masak Rendang Ayam Resepi Ma Cik Ash buat pada raya kedua aritu hari ini baru nak berkongsi dekat blog ni. Maafkanlah ya. Sibuk sangat dengan rutin harian dekat rumah ni adanya kerja nak kena buat. 

Mesti korang tak sabar nak tengok rendang ayam ni, jom la usha resepi yang Cik Ash buat ni. Sebab raya tahun ni tak dapat balik beraya di kampung dekat Kelantan. Rindu sangat nak makan rendang ma buat tu yang usaha buat sendiri rendang ayam pada tahun ni. Siap update dalam blog ni untuk beri kenangan percubaan pertama buat rendang pada tahun 2020 hahaha. Lagi pulak tahun ni suami dia punya teringin nak makan lemang dengan rendang. Rezeki suami dapat lemang kakak dan pak saudara suami bagi.

Rendang Ayam Resepi Ma

Bahan-bahan 
1 Ekor Ayam
2 biji Bawang besar *
5 ulas Bawang putih *
10 biji cili kering *
1 inci Halia *
1 inci lengkuas
1 inci kunyit * 
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu serbuk ketumbar
1 kotak santan
sedikit kerisik
daun kunyit
garam
gula
secukup rasa

Cara membuatnya :-
1. Blender bahan bertanda * hingga lumat, selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.

2. Apabila bahan tumis dah benar benar garing korang masukkan la ayam dan gaul sehingga rata sampai ayam jadi kecut. Masukkan sedikit santan cair untuk bagi ayam masak. 

3. Apabila ayam dah nampak kecut masukkan kesemua santan dan masak dengan api yang perlahan sahaja.

4. Akhir sekali, masukkan kerisik,garam, gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Untuk hiasan bau wangi boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Siapp boleh dihidangkan makan dengan lemang ataupun nasi impit.

Mak mentua Cik Ash kata sedap rendang ayam ni macam seakan-akan kari ayam mamak hahaha, tapi resepi masakan ma tak masukkan rempah kari pun. Mungkin disebabkan masuk segala serbuk rempah tu yang menjadi rendang ni nak macam kari hihihi. Suami pun makan dengan selera hihihi.

Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua Rendang Ayam Resepi Ma, percubaan pertama Cik Ash alhamdulilah menjadi, hihihi. Kiranya dah pandai buat lemang mungkin tahun-tahun akan datang mesti suami request ni hahaha.. Simpan dekat blog boleh buat rujukan bila-bila nanti. Untuk korang yang nak cuba resepi dipersilakan. Kalau korang ada resepi rendang juga boleh la di kongsi dekat ruang komen di bawah nanti. Mana la taw Cik Ash teringin nak cuba buat hihihi.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post