Imbas Kembali Renovate Dapur, Tandas Dan Lain-Lain | Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar,sihat tak hari ini, Setelah sekian lama entri ni terperam dalam draf hari ini baru nak publish. Cik Ash ingin berkongsi dengan korang semua mengenai renovate dapur dan lain-lain. Mesti ada yang tertanya banyaknya duit nak renovate dapur. Sebenarnya itu adalah duit simpanan suami semua. Demi nak bagi keselesaan ibu mentua dan kami suami isteri beliau pejam mata keluarkan duit simpanannya. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri Pusat Jagaan Insan Kesayanganku Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Jitra.
Imbas Kembali Renovate Dapur, Tandas Dan Lain-Lain |
Cik Ash renovate dapur ni pada hunjung-hunjung bulan 3 tahun 2019, mula-mula itu suami duk bincang dengan ibu mentua nak tukar tandas duduk nak mudah beliau guna, tandas lama agak susah untuk beliau guna sebelum ni dan pernah terjatuh beberapa kali sampai tercabut sendi..
Suami pun fikir dari tukar tandas lebih baik besarkan dapur juga, sebab dapur sebelum ni bila hujan selalu air hujan akan penuh dekat dapur kadang tu sampai nak banjir. Suami duk fikir pada baiki bumbung tu lebih baik la renovate baru terus.
Jom tengok apa yang berubah baru dekat rumah Cik Ash sepanjang 4 bulan baru siap sepenuhnya, lama sungguh nak boleh siap satu benda dekat rumah ni, sepanjang rumah dalam proses renovate ni mental Cik Ash tak kuat asyik nak marah hahaha, biasa la kita yg penat buat kerja membasuh pinggan mangkuk tanpa ada sinki basuh dalam bilik mandi, basuh baju guna tangan, dengan habuk bertaburan sana sini, semua Cik Ash yang buat. Suami ada tolong sikit-sikit tapi biasa la Cik Ash jenis tak puashati hahaha, sebab tak harap suami buat sebenarnya sebab kadang ada yang tak kena dimata ni hihihi...
dapurcikash |
tandas |
pintu bilik tidur
Sepanjang renovate dapur aritu Cik Ash diamkan diri dari media sosial semua, sekarang baru nak aktif kembali dekat media sosial tu pun masih kelaut lagi hahaha.. Penat sangat masa tu letih mental dan fizikal hahaha, bayangkan la dari pukul 8 pagi hingga 6.30 bertudung dalam rumah, lepas tu dengan habuk satu rumah dengan panas lagi, nak memasak lagi mencabar korang nak tahu Cik Ash memasak di ruang tamu semasa dapur sedang baiki. Lepas tu baiki pintu bilik tidur ,Cik Ash tidur di ruang tamu di atas lantai selama 3 bulan.
Lagi mencabar buat Cik Ash masa dalam bulan puasa dengan keadaan dapur tak siap lagi. Nak memasak menu berbuka dan bersahur paling mencabar dengan keadaan dapur masak di ruang tamu seram nak memasak buka dapur gas huhuhu.. Tawakal pada Allah semoga dilindungi. 3 hari nak raya baru orang start pasang grill, pintu dan tingkap baru lega rasa nak tidur dan nak raya di kelantan. Balik raya di kelantan masa tu dapur tak siap sepenuhnya. Suruh sambung lepas raya tapi kan menunggunya lama sangat bulan 7 baru clear semuanya.
Nak bagi clear semua rumah nampak bersih letih dah penat sungguh sakit habis segala urat-urat ni, dekat sebulan lebih juga mengemas rumah ni. Mujur clear rumah sebelum raya haji. Kerana raya haji aritu ibu mentua Cik Ash berniat nak buat makan-makan jemput saudara mara yang ada dekat kedah ni. Tapi raya tahun ni dah tak dapat balik dan nak buat makan-makan pun tak boleh kena duduk dirumah. Rumah ni ibu mentua Cik Ash uzur dah nak berkumpul tak boleh sangat kan.
Alhamdulilah tak lama lagi cukup la setahun Cik Ash dah rasmi dapur baru ni. Tak pandai deco apa dekat dapur ni janji sentiasa kemas sedap mata memandang la ya. Bilik dapur besar kerja nak kemas jadi lambat la sikit luaskan..
Ok la korang semua itu imbas kembali Renovate dapur , tandas dan lain-lain dekat rumah Cik Ash cerita tahun lepas hari ini baru nak kongsi dekat blog tak pe la lagipun ramai yang tak tahu kenapa lama menyepikan diri tahun lepas hihihi...
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon