Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Di Kaca TV3 | Assalamualaikum... Berita baik buat peminat drama 7 Hari Mencintaiku 1 yang trending pada suatu ketika dahulu, nantikan sambungan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang akan menemui penonton setia pada bulan Julai nanti. Kalau ikut drama ni dah keudara pada bulan ramadan, disebabkan ada shotting yang tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pengerakan pada bulan Mac aritu. So drama di ditangguhkan untuk siaran pada bulan Ramadan. Drama ini akan menemui anda di kaca TV3 pada Julai ni dijangka pada 2 Julai 2020 kalau tak silap Cik Ash ada tengok di insgtaram produksi drama ini. Terima kasih kepada yang sudi baca entri Cara Untuk Memulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah.
Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Drama ini masih dikekalkan pelakon watak drama yang sebelum ni iaitu Shukri Yahya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, tetapi ada pertukaran watak iaitu ayah Khuzari dilakonkan oleh Kazar Saisi watak baru iaitu Jasmin Hamid.
Terbitan Pengarah Dan Produksi
Drama 7 Hari Mencintaimu 2 ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh syarikat produksi SR One Sdn Bhd. Drama ini berepisode sebanyak 33 episode yang bermula ditayangkan pada 2 Julai 2020 setiap Isnin Hingga Jumaat jam 7.00 malam.
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 2
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
"Kebahagian abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi."
Itu la kata-kata yang sering diucapka oleh Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati ( Jasmin Hamid) dan Dato' Johari (Shahruddin Thamby) kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) tak kurang hebatnya.
"Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa itu datang dari suami Mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!"
Hilang hormatnya pada Pak Samad (Kazar Saisi). Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha (Liza Abdulllah) mula membenci Mia Adriana.
"Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi aku masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia."
Nadia (Jaja Iliyes putus tunang dengan Zaidi (Bil Azali) Helmi (Syazwan Zulkifly) bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna dimatanya.
"Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja kambing,dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata,mana batu jalan."
Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
"Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!".
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
"Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi."
Dia merenung suaminya buat kali terakhir. Walaupun 7 hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucapkan dalam hati bersama deraian air mata.
Ok la korang, itu jer pengkongsian Cik Ash hari ini mengenai Drama 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia. Sebelum nak tengok drama ni kena tahan emosi sebab bila baca sinopsisnya banyak konflik maybe banyak watak dalam drama ni bakal dikecam , Apa yang akan berlaku dalam drama ni. Tak sabar nak tengok la. Hahaha.
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon