Friday, June 26, 2020

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Di Kaca TV3

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Di Kaca TV3 | Assalamualaikum... Berita baik buat peminat drama 7 Hari Mencintaiku 1 yang trending pada suatu ketika dahulu, nantikan sambungan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang akan menemui penonton setia pada bulan Julai nanti. Kalau ikut drama ni  dah keudara pada bulan ramadan, disebabkan ada shotting yang tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pengerakan pada bulan Mac aritu. So drama di ditangguhkan untuk siaran pada bulan Ramadan. Drama ini akan menemui anda di kaca TV3 pada Julai ni dijangka pada 2 Julai 2020 kalau tak silap Cik Ash ada tengok di insgtaram produksi drama ini. Terima kasih kepada yang sudi baca entri Cara Untuk Memulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah.



Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2 

Drama ini masih dikekalkan pelakon watak drama yang sebelum ni iaitu Shukri Yahya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, tetapi ada pertukaran watak iaitu ayah Khuzari dilakonkan oleh Kazar Saisi watak baru iaitu  Jasmin Hamid.


Terbitan Pengarah Dan Produksi 

Drama 7 Hari Mencintaimu 2 ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh syarikat produksi SR One Sdn Bhd. Drama ini berepisode sebanyak 33 episode yang bermula ditayangkan pada 2 Julai 2020 setiap Isnin Hingga Jumaat jam 7.00 malam. 

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 2 

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. 

"Kebahagian abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi." 

Itu la kata-kata yang sering diucapka oleh Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati ( Jasmin Hamid) dan Dato' Johari (Shahruddin Thamby) kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) tak kurang hebatnya. 

"Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa itu datang dari suami Mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!"

Hilang hormatnya pada Pak Samad (Kazar Saisi). Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha (Liza Abdulllah) mula membenci Mia Adriana. 

"Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi aku masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia."

Nadia (Jaja Iliyes putus tunang dengan Zaidi (Bil Azali) Helmi (Syazwan Zulkifly) bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna dimatanya. 

"Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja kambing,dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata,mana batu jalan."

Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. 

"Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!".

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. 

"Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi."

Dia merenung suaminya buat kali terakhir. Walaupun 7 hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucapkan dalam hati bersama deraian air mata. 

Ok la korang, itu jer pengkongsian Cik Ash hari ini mengenai Drama 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia. Sebelum nak tengok drama ni kena tahan emosi sebab bila baca sinopsisnya banyak konflik maybe banyak watak dalam drama ni bakal dikecam , Apa yang akan berlaku dalam drama ni. Tak sabar nak tengok la. Hahaha.

Thursday, June 25, 2020

Cara Untuk Memulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah

Cara Untuk Memulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah | Assalamualaikum... Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ini diistiharkan pada 18 Mac 2020 yang lalu Cik Ash tengok ramai peniaga kecil perniagaan mereka terjejas. Tambahan pulak memikir income semakin slow sejak PKP. Mesti ada yang pening tak tahu nak buat bisnes Apa kan. Terima kasih yang sudi membaca entri Drama Saat Aku Berpaling Di Slot Widuri.



Cara Untuk Memulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah

Hari ini saya nak tunjukkan anda satu bisnes yang mudah untuk dimulakan dengan kos yang rendah serta sentiasa ada permintaan yang tinggi! Walaupun selepas tamat PKP!Masih lagi dalam tempoh berjaga-jaga PKPP. 

Bisnes makan delivery dari rumah adalah bisnes yang paling menguntungkan. Kalau nak dibandingkan dengan bisnes buka kedai, delivery makanan dikatakan lebih mudah dan tidak perlu memerlukan modal yang banyak. 

Kos untuk menyediakan delivery makanan dari rumah hanya memerlukan modal untuk membuat makanan dan minyak motor untuk penghantaran sahaja. Manakala untuk bisnes makanan di kedai pula kena fikirkan kos sewa kedai, meja kerusi, bil elektrik, pekerja, bil air kedai dan banyak lagi yang diperlukan. 

Bisnes delivery makanan dari rumah memang sangat mudah tetapi ada banyak perkara yang perlu anda tahu untuk memulakan bisnes dan mengukuhkan perniagaan anda. 

Tips Memulakan Bisnes Delivery Makanan 

1. Berniaga Dengan Perniagaan Yang Diminati 

Untuk memulakan apa jenis perniagaan, seeloknya anda kena lakukan perniagaan yang mengikut minat anda. Tambahan lagi, berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda. 

2. Cari Kelainan Dalam Perniagaan

Di zaman kini persaingan dalam perniagaan agak begitu tinggi. Apa jenis perniagaan yang dilakukan, pasti akan terdapat persiangan dalam industri tersebut. Persaingan ni mungkin pelbagai sudut antaranya perniagaan dari rumah juga dan perniagaan yang lebih besar. Tidak kira sesiapa pun persaing anda, cara bersaing dalam keadaan yang terbaik dan dengan mencari sedikit kelainan yang boleh anda berikan melalui perniagaan anda. 

Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual kek, pasti ramai juga usahawan kek yang lain menjalankan perniagaan yang sama dan merupakan pesaing anda. Anda seharusnya kena fikirkan cara bagaimana kek anda, walaupun jenis yang sama, dapat dibezakan dengan pesaing mungkin dari segi saiz yang berbeza, warna berbeza ataupun pembungkusan yang berbeza. 

3. Perkhidmatan Lebih Personal

Sebagai peniaga bisnes makan delivery dari rumah ianya adalah peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menghubungi pemilk perniagaan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih sempurna antara pemilik perniagaan dan pelanggan. 

Langkah-Langkah Memulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah

Di atas itu merupakan sebagai langkah permulaan dan untuk bisnes delivery dari rumah. Sebenarnya untuk memulakan langkah, banyak perkara perlu anda tahu iaitu cara untuk mendapatkan pelanggan, nak kekalkan pelanggan, strategi promosi, masa penghantaran yang sesuai dan sebagainya banyak lagi sebenarnya yang perlu anda belajar. 

Baru-baru ni Cik Ash dapat tahu seorang peniaga yang berpengalaman dalam Bisnes Makan Delivery Dari Rumah ini ada mengeluarkan satu ebook tulisanya yang sangat lengkap dengan isi mengenai permulaan langkah dalam memulakan bisnes delivery dari rumah. Ebook itu ditulis oleh peniaga adalah BISNES MAKAN DELIVERY. 




Antara Kandungan EBOOK ini adalah : 

  • 5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes. Ini penting untuk anda buat persediaan supaya bisnes anda berjalan dengan baik selepas ini
  • Kaedah-kaedah Jualan! Ada 2 kaedah bisnes makanan ni. Setiapnya ada perbezaan, jadi dalam eBook ini disediakan kaedah tersebut untuk anda pilih sama ada kaedah jualan 1 atau 2
  • Cara Pembungkusan. Dah ada makanan, mesti nak tahu cara pembungkusan, lagi-lagi bila nak delivery kan. Takut rosak atau basi nanti, kan rugi kan kita. 
  • Panduan Kira Kos & Keuntungan! Cara nak kira kos dan cara nak letakkan harga sesuai dengan keadaan semasa
  • Bagaimana Nak Mula? Ini juga penting cara nak mula. Jangan risau, dalam eBook ini ditunjukkan caranya.
  • Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp! Jua guna whatsapp je mudah. 
  • Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama! Juga disediakan cara untuk kumpul database seperti nombor telefon, alamat, dan sebagainya. Ianya penting untuk penjual
  • Cara & Time Buat Iklan! Bila nak blast iklan kita, cara nak buat iklan dan sebagainya. Ada ditunjukkan di dalam eBook ini
  • Cabaran & Rintangan. Selain itu, ada juga perkongsian pengalaman sebenar daripada penulis ini sendiri.

Berita baik buat anda jikan anda dapat ebook ini sekarang, anda berpeluang dapat bonus special iaitu satu lagi ebook tambahan berjudul "Super Spaghetti". Di dalam ebook ini, penulis ada berkongsi resepi dan cara untuk membuat spaghetti bolognese yang sedap dimakan tetapi dengan kos yang rendah. 


Macam mana menarik tak!!!!!

Dapatkan sekarang dengan harga hanya RM30 , yang lagi best anda akan dua buah ebook, satu ebook panduan tentang Bisnes Makan Delivery dan satu lagi, pasal ebook cara membuat Super Spaghetti Bolognese yang sedap dengan kos yang rendah!

Klik butang "dapatkan sekarang di bawah untuk lakukan tempahan ebook Bisnes Makan Delivery ini pada harga RM30 sahaja sekarang jangan nanti harga naik menyesal pulak hihihi. 

Sunday, June 21, 2020

Drama Saat Aku Berpaling Di Slot Widuri

Drama Saat Aku Berpaling Di Slot Widuri |Assalamualaikum... Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi satu lagi drama yang akan menggantikan drama Memoir Karmila. iaitu Drama Saat Aku Berpaling.Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri Rendang Ayam Resepi Ma.


Drama Saat Aku Berpaling Di Slot Widuri

Pelakon Drama Saat Aku Berpaling 

Drama ini dibintangi oleh Nafiez Saidi, Heriyanto Hassan, Jay Iswazir, Suriati Baharom, Ziema Din,Ferth Jasni, Khairil Anwar Aman, Dayang Areeda, Abil Kamaruzaman, Mysara Sufya, Asri Ismail, Kamarool Hj Yusof, Saidi Sabri, Norhamiza Nor, Dhiya Zana, Rashdan Baba, Arja Lee.

Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Saat Aku Berpaling ini di arahkan oleh Othman Basri ( Man Kobena) dan diterbitkan oleh syarikat produksi Direct2U Production Sdn Bhd. Drama ini berepisode sebanyak 13 episode yang bermula ditayangkan pada 20 Jun 2020 setiap Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam.

Sinopsis Drama Saat Aku Berpaling

Setelah 13 tahun berlalu, Hashim kembali semula ke rumah Saudi bersama anaknya, Faizal.

Faizal adalah seorang anak sangat taat pada kedua -dua orang tuanya. 

Hashim jadi kemarahan apabila menerima soalan demi soalan yang dilayangkan Saudi tentang Rosna, Farid dan Faizah. 

Apakah yang terjadi pada waktu itu? 

Mengapakah Faizal dah Hashim pulang ke rumah itu setelah belasan tahun lamanya? 

Untuk mengetahui kisah selanjutnya Drama Saat Aku Berpaling drama bersiri yang boleh meruntun emosi ni sebab tengok di iklan nampak macam sedih hihihi.. Kalau tak sempat di tv boleh layari Myklik RTM di sana akan ada update drama ini.

Ok la korang, itu jer pengkongsian Cik Ash hari ini mengenai Drama Saat Aku Berpaling Di Slot Widuri. Sebelum nak tengok drama ni kena sediakan tisu banyak-banyak takut ada babak yang boleh mengeluarkan air mata hihihi. 

Monday, June 15, 2020

Rendang Ayam Resepi Ma

Rendang Ayam Resepi Ma | Assalamualaikum... Hai, korang semua, lama tak taip entri dekat blog ni, last pada 9hbl baru ni. Biasa la kalau suami ada dirumah nak tengok blog tak boleh sebab laptop jadi miliknya hahaha.. Sibuk la sikit buat kerja rumah yang berat-berat sikit Cik Ash suruh suami hihihi. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri  7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah.

Rendang Ayam Resepi Ma

Sebenarnya masak Rendang Ayam Resepi Ma Cik Ash buat pada raya kedua aritu hari ini baru nak berkongsi dekat blog ni. Maafkanlah ya. Sibuk sangat dengan rutin harian dekat rumah ni adanya kerja nak kena buat. 

Mesti korang tak sabar nak tengok rendang ayam ni, jom la usha resepi yang Cik Ash buat ni. Sebab raya tahun ni tak dapat balik beraya di kampung dekat Kelantan. Rindu sangat nak makan rendang ma buat tu yang usaha buat sendiri rendang ayam pada tahun ni. Siap update dalam blog ni untuk beri kenangan percubaan pertama buat rendang pada tahun 2020 hahaha. Lagi pulak tahun ni suami dia punya teringin nak makan lemang dengan rendang. Rezeki suami dapat lemang kakak dan pak saudara suami bagi.

Rendang Ayam Resepi Ma

Bahan-bahan 
1 Ekor Ayam
2 biji Bawang besar *
5 ulas Bawang putih *
10 biji cili kering *
1 inci Halia *
1 inci lengkuas
1 inci kunyit * 
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu serbuk ketumbar
1 kotak santan
sedikit kerisik
daun kunyit
garam
gula
secukup rasa

Cara membuatnya :-
1. Blender bahan bertanda * hingga lumat, selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.

2. Apabila bahan tumis dah benar benar garing korang masukkan la ayam dan gaul sehingga rata sampai ayam jadi kecut. Masukkan sedikit santan cair untuk bagi ayam masak. 

3. Apabila ayam dah nampak kecut masukkan kesemua santan dan masak dengan api yang perlahan sahaja.

4. Akhir sekali, masukkan kerisik,garam, gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Untuk hiasan bau wangi boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Siapp boleh dihidangkan makan dengan lemang ataupun nasi impit.

Mak mentua Cik Ash kata sedap rendang ayam ni macam seakan-akan kari ayam mamak hahaha, tapi resepi masakan ma tak masukkan rempah kari pun. Mungkin disebabkan masuk segala serbuk rempah tu yang menjadi rendang ni nak macam kari hihihi. Suami pun makan dengan selera hihihi.

Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua Rendang Ayam Resepi Ma, percubaan pertama Cik Ash alhamdulilah menjadi, hihihi. Kiranya dah pandai buat lemang mungkin tahun-tahun akan datang mesti suami request ni hahaha.. Simpan dekat blog boleh buat rujukan bila-bila nanti. Untuk korang yang nak cuba resepi dipersilakan. Kalau korang ada resepi rendang juga boleh la di kongsi dekat ruang komen di bawah nanti. Mana la taw Cik Ash teringin nak cuba buat hihihi.

Tuesday, June 9, 2020

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah | Assalamualaikum... Sepanjang PKP mesti ibu,mama,mummy,ummi diluar sana pening nak memasak menu apa kan. Jangan risau sekarang tak perlu risau guna jer produk Ayam Brand boleh memasak hidangan yang cepat. Terima kasih kepada yang sudi membaca entri Idea Hadiah Bayi Anda Dengan Premium Bamboo Baby Gift Dan Essential Dari RAPH & REMY.


7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah

Anda telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara anda yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.

Apa yang boleh anda lakukan?

Mari sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.

Baca juga :  Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!


1.   Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur

Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.
https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html



2.   Pizza Tuna

Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html




3.   Nasi Lemak Pandan

Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enakhttps://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html


4.   Pasta Sardin

Seminggu anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html


5.   Kari Mackerel

Tidak pernah masak kari tapi anda teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/68-curry-mackerel.html




6.   Kentang Tuna Pedas

Anda hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang anda ada. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html


7.   Sardin Gulung Goreng

Raikan kejayaan anda dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.htmuntuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat.

Monday, June 8, 2020

Idea Hadiah Bayi Anda Dengan Premium Bamboo Baby Gift Dan Essential Dari RAPH & REMY

Idea Hadiah Bayi Anda Dengan Premium Bamboo Baby Gift Dan Essential Dari RAPH & REMY | Assalamualaikum...Hai,hari ini Cik Ash ada nak berkongsi dengan korang mengenai satu laman web produk barangan baby yang boleh djadikan hadiah bua sahabat, adik, kakak ataupun saudara mara yang terdekat untuk diberikan kenangan buat mereka dengan kehadiran bayi. Laman web itu adalah RAPY & REMY. Bagi Cik Ash ianya adalah satu laman web yang menarik sebab banyak hadiah yang menarik dan lawa-lawa Cik Ash sendiri melihatnya dah rambang mata. Hampir terlupa nak Cik Ash nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca entri https://www.cikash.com/2020/06/imbas-kembali-renovate-dapur-tandas-dan-lain-lain.html.



Apa Itu RAPH & REMY 



Mesti ada yang tertanya apa itu RAPH & REMt kan? kiranya Cik Ash pun pertama kali tahu mengenai laman web ini dah wujud yang diasaskan di Singapura yang menawarkan pelbagai koleksi hadiah bayi dan banyak pilihan yang menarik sangat sesuai untuk baby. Teruja pulak Cik Ash melihat koleksi di dalam laman web RAPH & REMY ni, kalau ada anak sendiri rasa mesti dah shopping dekat sana hihihi.. Menariknya hadiah ini boleh diabadikan nama bayi korang pelbagai jenis produk.

RAPH &  REMY ini adalah laman web yang merancang barang keperluan & hadiah bayi premium buluh yang diabadikan untuk ibu-bu yang suka dengan bergaya dan moden. Menariknya keluaran pakaian bayi mereka menggunakan kain organik bamboo yang sangat sesuai untuk dipakai oleh baby. Sememangnya barangan di RAPH & REMY sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk baby baru lahir. 


Tekstil dan pakaian buluh lembut dan lestari mereka direka dengan mempertimbangkan iklim tropika, tidak akan menyebabkan reaksi alergi pada kulit berharga bayi dan disahkan OEKO-TEX® bebas daripada bahan kimai berbahaya. 

Untuk pengetahuan korang nama laman web RAPH & REMY ini dinamakan bersempenan dengan nama dua nama anak mereka dan ditubuhkan oleh seorang Aussie dan seorang Britain dan menetap di Singapura. Manakala inspirasi di sebalik label pulak muncul dari jurang yang mereka dapati dipasaran untuk orang-orang seperti mereka yang mencari produk bayi yang berkualiti tinggi, bergaya dan cantik dengan harga yang berpatutan. 

Antara Koleksi Menarik Di RAPY & REMY

Antara barangan hadiah yang boleh didapati di RAPH & REMY, banyak sebenarnya yang Cik Ash tengok dekat sana macam-macam koleksi ada dekat sana antaranya adalah Personalised Baby Gift, Apparel dan Gift Sets. 



Personalised Baby Gift

Stylish. Sustainable. Personalised, Tambahkan sentuhan keperibadian istimewa untuk hadiah anada yang dipilih dengan teliti, dari pelbagai barang keperluan bayi buluh premium kami. Hadiah yang sempurna untuk orang tersayang diseluruh dunia untuk meraikan kelahiran bayi baru. 

Organic Bamboo Baby Blanket



Diperbuat daripada 100% dari buluh organik, ini adalah kain yang paling terbaik di alam planet ini dan setara tempat tidur yang paling selesa di dunia. Sifat kainya yang boleh memberi suhu yang bermaksud ianya menjadikan bayi itu lebih sejuk pada musim panas dan pada musim sejuk pulak dapat mengurangkan risiko terlalu panas, menjadikan minda ibu-ibu lebih tenang. 


OEKO-TEX® yang diperakui, sangat lembut dan halus seperti sutera, RAPH & REMY ™ Organic BambooCloud ™ Cooling Blanket kami bernafas dan juga penebat. Antibakteria dan tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik, kebolehan pelembapan kelembapan semula jadi menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar.

Secara semula jadi pelindung UV dan hypoallergenic - ia tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Salah satu kain paling lembut di dunia, buluh organik adalah bebas racun perosak, lestari dan sumber yang boleh diperbaharui.




Kekuatan penyerapan, set RAPH & REMY ™ Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang lembut dan mewah kami terbuat dari buluh organik berkualiti terbaik. Tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik, tuala kami mengeringkan kulit berharga bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa. Sarung tangan lembut sutera kami yang sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan.

Pilihan mesra alam, Organik Bambu Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dicampurkan dengan serat mikro untuk memberikan ketahanan itu, supaya tuala anda tetap cuci lembut selepas dicuci dan juga tidak merekah. Bukan hanya salah satu kain paling lembut di dunia, ia juga merupakan sumber yang lestari dan boleh diperbaharui.

Hipoalergenik, antibakteria dan racun perosak, set ini sengaja dibuat dengan mempertimbangkan kulit sensitif bayi. Untuk kegunaan seharian, hadiah yang sangat praktikal dan ideal yang bersaiz sempurna untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga 3 tahun. Menampilkan telinga yang lembut dan lembut di atas tudungnya serta perincian sulaman pada tuala dan sarung tangan, itu adalah perhatian dan perhatian tambahan terhadap perincian yang menjadikan bilik mandi ini memberikan hadiah yang terus diberikan.


Personalised Teethers





Anak-anak kecil ini senang, praktikal dan terdapat dalam pelangi warna pastel yang indah.

Buatan tangan dari manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium yang tidak dirawat - kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi yang sakit sementara cincin kayu beech ganda memberikan permukaan keras yang memuaskan untuk bayi anda menggerogoti.


Gigi RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ kami adalah aksesori yang mesti dimiliki oleh mana-mana bayi yang tumbuh gigi dengan ukuran yang tepat untuk digenggam bayi anda. Anak itik akan mengunyah sehingga hati kecil mereka puas.




RAPH & REMY ™ Premium Bamboo Swaddles dibuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas yang dibuat hanya untuk koleksi kami. Sutera lembut & unik, seperti anak itik anda, kasmir seperti kain buluh adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti. Tiga kali lebih menyerap daripada kapas biasa, ia juga merupakan pengalaman paling lembut untuk bayi anda.

Keupayaan bernafas yang hebat dan semula jadi, kebolehan pelembapan kain menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar. Suhu kain yang mengawal suhu menjadikan bayi lebih panas pada musim sejuk dan lebih sejuk pada musim panas, ini mengurangkan risiko terlalu panas dan menjaga keselamatan bayi sambil memberi ketenangan kepada ibu bapa.

Serat semula jadi yang meninggalkan jejak kecil di Bumi Ibu. Sifat kain juga menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Pilihan fabrik yang sangat tahan lama dengan semua pelindung tiba di pintu anda sebelum dicuci dan dijamin kekal lembut selepas dicuci.

Sangat pelbagai fungsi, ia juga boleh digunakan sebagai penutup penyusuan susu ibu, cadar, kain burp, penutup teduh kereta dorong, playmats - senarai terus!

Item penting untuk setiap ibu dan bayi.




Lembut mewah, SootherBuddy ™ Security Blanket menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak kecil di seluruh dunia.

Selalunya digunakan sebagai objek peralihan, reka bentuk asli RAPH & REMY ™ yang khas ini, adalah hadiah yang sangat bijaksana. Ia dapat menenangkan, menenangkan dan menenangkan bayi ketika mereka berpisah dari ibu bapa mereka dan menghadapi suasana yang tidak biasa.

Pediatrik mengesyorkan agar bayi berusia enam bulan ke atas diberi objek keselamatan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan kegelisahan mereka.

Dibuat dengan velboa kelabu netral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa.

Dengan memakai pita tanda tangan yang dijamin kemas, Selimut Keselamatan SootherBuddy ™ kami bergaya, berfungsi dan sentiasa menggayakan bahagiannya. Ini akan menjadi teman terbaik bayi yang selalu ada di sisi mereka.

Apparel




Di sinilah keselesaan dan fungsi memenuhi gaya. Item yang paling mudah dimiliki oleh ibu baru untuk bayi perempuan yang baru lahir.

Gaun Simpul Buluh Premium kami mewah lembut, lembut dan bernafas. Bahagian depan butang bawah memudahkan untuk meluncur ke gaun tanpa melepasi kepala bayi. Bahagian bawah tali leher menjadikan popok berubah angin (tanpa disedot, diikat semula dan dikeluarkan hanya popok pada waktu siang dan malam!) Sarung lipatan bawaan menjadikan kulit halus bayi tidak tergores.

Sangat selesa dan barang keperluan untuk setiap koleksi bayi yang baru lahir. Terdapat dalam pelbagai warna dalam ukuran 0-3 bulan.

Catatan: Anda boleh mendapatkan jarak tempuh yang lebih tinggi dari gaun rajutan kami berkat penambahan kain kami.

Mengapa Buluh?

  • Serat semula jadi
  • 3 kali lebih banyak penyerap daripada kapas
  • Keupayaan pelembapan kelembapan semula jadi
  • Kesukaran bernafas tertinggi
  • Pengatur suhu
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Hypoallergenic


Newborn Essentials Collection

Membawa pengalaman paling selesa untuk bayi berharga di seluruh dunia. Onesies Buluh Premium kami lembut, lembut dan bernafas. Gaya bergaya khas kami adalah pemenang untuk setiap majlis - sesuai untuk waktu tidur dan bermain.
Peregangan tambahan kain direka untuk mengikuti anak kecil anda setiap pergerakan. Item penting untuk setiap koleksi bayi baru lahir dan tersedia dalam pelbagai warna dalam saiz 0-3 bulan. Satu tidak pernah mencukupi!
Catatan: Putih sesuai untuk XS untuk bayi yang lebih kecil. Anda dapat mengharapkan jarak tempuh yang lebih besar dari onsies kami berkat komponen regangan tambahan dalam kain kami.
Mengapa Buluh?
  • Serat semula jadi
  • 3 kali lebih banyak penyerap daripada kapas
  • Keupayaan pelembapan kelembapan semula jadi
  • Kesukaran bernafas tertinggi
  • Pengatur suhu
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Hypoallergenic

Gift Sets
Buat set hadiah anda sendiri dengan hanya membeli kotak hadiah RAPH & REMY ™ neutral jantina kami yang bergaya. Kotak cantik yang boleh digunakan semula untuk menyimpan barang khas. Paket ini termasuk kad hadiah kami dengan harga yang lebih rendah!
Nota: Hanya set hadiah kami yang diiklankan yang dilengkapi dengan kotak hadiah dan kad hadiah percuma.

Semua yang diperlukan oleh mama untuk menyambut bayi baru ke dunia! Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina. Ia termasuk Beg Canvas Tote Premium kami, untuk menjadikan semua keperluan untuk lawatan ke hospital yang sangat istimewa, sangat mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®.
Menjimatkan 20% apabila anda membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir kami sebagai satu set hadiah yang lengkap. Sesuaikan warna anda untuk pilihan di atas!
  • Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)
  • Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)
  • Pembalut Buluh Premium
  • Sarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)
  • Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)
  • Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)
  • Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)
  • Beg Tote Kanvas Premium
  • Kad Hadiah

Ok itu jer koleksi barang-barang bayi yang terdapat daripada RAPY & REMY yang sangat sesuai jadikan hamper untuk diabadikan kenangan buat bayi nanti. Korang teruja untuk mendapatkan barang gift hamper ni dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenaik Idea Hadiah Bayi Anda Dengan Premium Bamboo Baby Gift Dan Essential Dari RAPY & REMY   korang boleh menjejaki ke laman sosial seperti berikut :-