Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri (PPE) Untuk Hospital Kuala Lumpur | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi satu info mengenai syarikat makanan iaitu Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara.
Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pegerakan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyrakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.
Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan "frontliners" 'roadblock' balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.
Selain itu juga Vit Makanan teleh menubuhkan program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan,uzur dan sebagainya.
Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan "frontliners" dengan bantuan makanan. Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid19 Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah "isolation gown" dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai "isolation gown" sebulan, kata Mr YT Lai.
Vit juga menjemput orang ramai untuk sam-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian "isolation gown" dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur, Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini.
Tentang Vits Italian Mi Goreng Bolognese & Aglio Olio
Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik itali, Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari tomato segar minyak zaitun premuim dan campuran kemangi asli menambah aura masakan itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.
Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan camouran ramuan rempah asli.
Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.
Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini klik link di bawah.
Mi Goreng Bolognese Pack - https://shp.ee/d6j5cs9
Mi Goreng Aglio Olio Pack - https://shp.ee/i7xbgv9
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon