Monday, May 4, 2020

author photo
Paprik Campur Hanya Campak Campak Siap | Assalamualaikum....Mentang-mentang bulan puasa ni entri resepi bertingkat-tingkat dekat blog Cik Ash ni hahaha, biasa entri masakan selalunya popular dekat blog ada jer yang mencari hihihi. Sebenarnya menu Paprik Campur ni Cik Ash pada 29 April 2020 aritu disebabkan ibu mentua dia teringin makan Cik Ash masak jer la. Terima kasih sudi memberi komen dekat entri Antara Masakan Lauk Ayam Untuk Berbuka Dan Sahur.


Selalu Cik Ash duk buat paprik ayam jer, untuk kali ada buat kelainan sikit dengan menambah udang dalam menu paprik ni. Lebih mencabar pulak buat di bulan puasa Cik Ash buat campak-campak jer bahan tak ada nak sukat bagai hihihi. Kalau sukat-sukat selalunya kurang nak menjadi bagi Cik Ash. 

Alhamdulilah bila buat menu ibu mentua Cik Ash berselera makan nasi, selalu nasi dia tak mahu makan mana, berbuka tadi makan mee goreng jer tak nak nasi. Kadang pening nak masak apa dekat rumah ni kalau seorang tak lalu makan sampai dekat suami jadi tak lalu huhuhu habis Cik Ash terjoin gak kadang tapi makan jer takut buat Cik Ash tak lalu makan siapa lagi yang nak masak dekat rumah ni. 

Eh terlebih bercerita pasal peribadi pulak , Masak paprik ni sebenarnya senang janji ada cukup semua bahan mesti menjadi paprik yang kita nak buat tu. Kebetulan dekat rumah Cik Ash semua bahan-bahan ada dah tu yang boleh sediakan menu ni. Jom usha resepinya dekat bawah ni. 


Paprik Campur Hanya Campak Campak Siap
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
Udang
Isi Ayam
Bawang Holand
Bawang putih
Cili kisar
Sos cili
Sos tiram
Sos tomato 
Kicap Manis
Kicap masin
lobak merah
pucuk jagung
kacang buncis

Cara memasaknya :-

1. Goreng isi ayam dan udang, lepas tu toskan minyak dan biarkan. 

2. Dalam kuali yang sama panaskan minyak tumis bawang putih hingga garing lepas tu masukkan cili kisar tumis cili hingga masak. 

3. Lepas tu masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap masin. Biarkan sos masak dulu. 

4. Masukkan segala sayur-sayuran dan bawang holand masak hingga sayur jadi lembut.

5. Akhir sekali masukkan udang dan ayam yang telah di goreng tadi. Gaulkan hingga sekata semuanya. 

Menu masakan ni Cik Ash ada kongsi dekat instagram dan facebook ramai rakan-rakan komen kata sedap nampak. Memang sedap bila buat campak-campak ni hahaha, ibu mentua dan suami makan berselera sangat. Cik Ash join sekaki esok habis muka naik bintik-bintik hahaha tu makan udang kan. Tak pe demi nak ambik ibu mentua kan kalau tak makan nanti jadi neng yangtimah pulak hihihi.

Ok la itu jer paprik campur hanya campak campak siap di makan dengan nasi putih di hidang pulak dengan telur dadar ni Cik Ash goreng waktu bersahur, lauk ni kadang buat makan 3 orang tak habis pun kadang perengat waktu makan yang tu jer hihihi. Selamat Mencuba korang semua. 

Hasil Pencarian

Hasil carian 

#dapurcikash
#sayamasak
#cooking
#masakapatu
#food
#foodblogger
#cikashdotcom
#bloggermasakan

1 komentar:

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post