Friday, May 22, 2020

author photo
Antabax Ganding Bahu Bersama MYDIN Kutip Dana Amal | Assalamualaikum... Hai,hari ini Cik Ash berkongsi info mengenai satu syarikat pengeluar produk makanan, keperluan rumah dan penjagaan diri yang ulung di Malaysia. Mereka bergading bahu bersama dengan MYDIN untuk kutip dana amal. 




Antabax, jenama produk penjagaan antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, akan menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN, MYDIN Prihatin : Zahirkan Kesyukuran Semarakkan Keriangan 2020.

Dalam kutipan dana yang berlangsung dari 13 April hingga 21 Jun 2020 ini, sebanyak RM0.10 daripada setiap hasil jualan semua produk Antabax dari setiap cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan kepada penyediaan keperluan asas bagi golongan asnaf (kumpulan penerima zakat) serta rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Anbatax merupakan antara 5 jenama yang mengambil bahagian dalam edisi kedua program amal pengumpulan dana MYDIN Prihatin. Sempena ulangtahun ke-63 MYDIN pada bulan Ogos ini, serta musim persediaan Kembali ke Sekolah pada bulan Disember, hasil kutipan dana tahun ini akan didermakan kepada golongan keluarga kurang bernasib baik, rumah anak yatim dan rumah jagaan orang tua. 

Wabak Covid-19 nyata telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Antara yang paling terkesan adalah mereka yang berisiko tinggi terutamanya golongan kurang yang bernasib baik. 




Dalam mengekang penularan, orang ramai disarankan agar kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air menggunakan cecair disinfektan serta mandi sebaik pulang dari kawasan yang sesak. Produk Antabax seperti krim mandian, sabun tangan, sabun mandi, penyembur dan gel disifektan, serta tisu lembap antibakteria yang menawarkan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya boleh didapati di cawangan MYDIN di seluruh negara. Semua produk Antabax disahkan Halal dan boleh digunakan dengan yakin oleh pengguna Muslim. 


“Wabak Covid-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan produk Antabax ekoran saranan pencucian tangan dan permukaan serta mandian yang kerap bagi mengekang penularan. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami ingin membantu komuniti yang memerlukan ketika ini,” jelas Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Antabax.


“Sebagai satu jenama kebanggaan Malaysia, Antabax memahami cabaran yang dihadapi masyarakat tempatan. Dalam waktu yang sukar ini, kita perlu menghayati semangat #KitaJagaKita dan menghulurkan bantuan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan MYDIN dalam usaha membantu mereka yang lebih memerlukan,” tambah beliau.


Melalui program MYDIN Prihatin yang pertama pada tahun 2019, Antabax telah menyumbang sekitar RM18,000 kepada 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara. 

"Kami amat menghargai sokongan Antabax dalam menyertai usaha yang mulia ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Usaha MYDIN Prihatin yang sebelum ini telah berjaya mengumpul lebih daripada RM150,000 untuk amal jariah. Kami berharap agar dapat mendatangkan lebih kegembiraan tahun ini, terutamanya pada waktu yang sukar ini," jelas Datuk Wira (Dr.Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad.



"Sumbangan berbentuk tunai serta barangan kini jauh berkurangan sejak bermulanya wabak Covid-19 berikutan kesukaran yang dihadapi semua orang. Kami menghargai usaha MYDIN Prihatin dan sokongan yang kami terima dari Antabax. Bagi kami sumbangan ini sangat membantu, dan kami berasa bersyukur,"ujar seorng wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sertai komuniti Antabac dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen dan insiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post