VIT'S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid19 | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi satu info mengenai syarikat makanan iaitu VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial masyrakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pengerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankan bebas petugas dan golongan waktu PKP. Terima kasih kepada korang yang membaca entri Daging Goreng Resepi Ibu Mentua.
VIT'S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid19 |
Sejak bermulanya PKP, Vit's telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.
Bantuan makanan ke Covid-19 Team Hospital Kuala Lumpur |
Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.
Bantuan makanan diagihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya |
Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemeriksaan suhu badan,pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi.
Bantuan agihan makanan ke Balai Polis Rawang |
Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan.
Bantuan makanan diagihkan kepada Rumah Orang-Orang Tua Kuchai Lama |
"kami percaya golongan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau.
Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran/ Cik Baizura di no 6012 631 2098 atau laman sesawan kami www.vitsnoodles.com
Usaha yg bagus...tahniah
ReplyDelete