Thursday, April 30, 2020

Alhamdulilah Dah Terima Face Mask Dari Kerajaan

Alhamdulilah Dah Terima Face Mask Dari Kerajaan | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Sekarang ada jer entri baru dekat blog hihihi. Biasa la sekarang diberikan mood untuk mengarang entri. Sebelum ni Cik Ash ada terbaca kerajaan Malaysia akan memberi Face Mask percuma setiap isi rumah.

Alhamdulilah Dah Terima Face Mask Dari Kerajaan

Alhamdulilah, Cik Ash sudah terima face mask percuma menerusi AJK Rukun Tetangga dekat kawasan perumahan Cik Ash ni. Yer la kut sebab orang yang bagi orang lelaki dia bagi dekat suami kebetulan masa tu nak keluar pergi cari ayam dekat kedai. 

Apa yang yang Cik Ash dengar dan baca yang telah diberitahu oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pemberian face mask percuma itu diedarkan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke daerah-daerah seluruh Malaysia sebelum diagihkan kepada setiap isi rumah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Sekarang kena berhati-hati nak keluar dari rumah sentiasa pakai Face Mask dan Hand Santaizer ya. Macam Cik Ash dekat rumah selalu la kerap basuh tangan dengan air dan sabun. Biasa tangan kita ni mana tahu pengang apa dekat rumah ni. Bakteria ataupun kuman kita tak nampak dengan mata kasar kan selalu la kerap basuh tangan. Tambah kalau jenis tangan selalu nak usik-usik muka ke, hidung ke, mata ke. Hihihihi. 



Selain kerap basuh tangan, kita juga diharuskan jaga kebersihan diri kalau pergi keluar kemana-mana ke balik terus mandi selalu dan pakaian yang dipakai terus rendam dan basuh. Macam Cik Ash jarang keluar rumah bila perlu jer la. Kalau suami Cik Ash tu berkerja setiap kali balik kerja suruh dia siap-siap buka baju dan terus rendam baju. Biasa nak kena jaga kebersihan dekat rumah ni disebabkan ibu mentua tak sihat mana selalu sakit tu baru lepas keluar sejak pkp dah dua kali masuk hospital ada masalah kesihatan macam-macam.

Ok la korang semua Cik Ash out dulu, taip entri ni semalam hahaha, masa ni baru nak publish alahai terlupa nak setting autopublish semalam.. Cik Ash nak masuk dapur dulu nak sediakan bahan-bahan buat kuih onde-onde dan puteri mandi. Harap menjadi la nanti. Hihihi.. Hari ni suami nak belanja makanan COD. Hihihihi...

Wednesday, April 29, 2020

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!Assalamualaikum... Selamat berpuasa buat semua rakan-rakan yang sudi singgah baca dan memberi komen dekat blog Cik Ash ni. 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi,ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah yang istimewa setara dengan masakan ibu di rumah. 

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Kepelbagaian Rasa dan Testur Rendang 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resepi istimewa masing-masing dalam membuat rendang. 

Rendang Bagi Yang Baru Mencuba

Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan?

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.

Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang stara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri. Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resepi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resepi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skil anda membuat rendang. Jadikan resepi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa mengunakan santan kelapa yang terbaik.


Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resepi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™.

Resepi Rendang Daging 


Resepi Rendang Daging 

Tempoh memasak : 2 jam 
Hidangan : 8 

Bahan-bahan 
Rempah 
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melak secukup rasa
Garam secukup rasa

Pes (kiar halus)
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5 halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan kelapa
1 liter santan kelapa Ayam Brand pilihan anda
Minyak untuk mengoreng
1 cawan air

Cara Membuatnya :- 

1. Kisar bahan pes menggunakan blender.

2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. 

3. Masukkan daging dan gaul dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperanan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.

4.Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih. 

5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air dan teruskan mengacau supaya daging tdak melekat pada kuali. 

6 Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan guka melaka. 

7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 

8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 

9 Hidangkan serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

Apakah Resepi Istimewa Rendang Anda

Hadiah-hadiah menarik menanti anda!! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hastag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ' Apa Rahsia Rendang Anda' Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi.

Mengenai Ayam Brand 

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengadungi MSG tambahan, Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi stardard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diaki halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.

Monday, April 27, 2020

Tukar Selera Buat Nasi Kerabu Goreng

Tukar Selera Buat Nasi Kerabu Goreng | Assalamualaikum... Memandangkan di bulan puasa ramai yang mencari entri resepi dekat blog ni.. InsyaAllah kalau ada masa free Cik Ash akan berkongsi dengan korang antara resepi yang menarik harus dicuba. So hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang Resepi Nasi Kerabu Goreng kalau tak silap Cik Ash sebelum ni ada dah kongsi resepi nasi goreng kerabu dalam tu tak ada sambal ikan. Jom la tengok cara lain lebih kurang sama cuma Cik Ash letak sambal ikan lebih buat nasi kerabu pada hari pertama puasa hihihi..

Add caption


Resepi Nasi Kerabu Goreng 

Bahan - Bahan 

Nasi
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
3 biji cili padi *
sedikit ikan bilis * 
(bahan bertanda * dikisar)
Sambal Ikan  ( lebihan buat nasi kerabu)
Bunga kantan
Kacang Buncis
Kubis cina
Daun Saderi

Cara Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga dan masukkan serbuk perasa dan masak hingga kekuningan. 

2. Bila bahan kisar dan masak boleh la dimasukkan nasi dan digaulkan hingga nasi rata. 

3. Selepas itu masukkan bunga kantan, kacang buncis, kubis cina, daun saderi dan sambal ikan gaul hingga nasi sebati dengan kesemua bahan. 

4. Sesuaikan rasa tekak masing-masing ya. 

5. Siap!!! boleh di hidangkan.

Simple jer cara memasak Nasi Kerabu Goreng ni, selamat memcuba resepi ni. Kalau nak tengok koleksi resepi yang lain dekat blog ni boleh la klik #dapurcikash.

#nasikerabugoreng
#sayamasak
#cooking
#masakmasak
#cikashdotcom

Sunday, April 26, 2020

VIT'S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid19

VIT'S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid19 | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi satu info mengenai syarikat makanan iaitu VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial masyrakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pengerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankan bebas petugas dan golongan waktu PKP. Terima kasih kepada korang yang membaca entri Daging Goreng Resepi Ibu Mentua.

VIT'S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid19


Sejak bermulanya PKP, Vit's telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbangkan kepada masyarakat yang  memerlukan dan mereka yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.

Bantuan makanan ke Covid-19 Team Hospital Kuala Lumpur

Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.

Bantuan makanan diagihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya

Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemeriksaan suhu badan,pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi. 

Bantuan agihan makanan ke Balai Polis Rawang



Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan. 

Bantuan makanan diagihkan kepada Rumah Orang-Orang Tua Kuchai Lama

"kami percaya golongan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran/ Cik Baizura di no 6012 631 2098 atau laman sesawan kami www.vitsnoodles.com

Thursday, April 16, 2020

Daging Goreng Resepi Ibu Mentua

Daging Goreng Resepi Ibu Mentua |  Assalamualaikum...Hai lama sungguh tak update sejak musim pkp ni. Hihihi.. Loni Cik Ash banyak layan tv hihihi, astro bagi channel free, hpyytv lagi, lepas tu layan youtube main game dekat handphone hahaha. Sekarang nak buka laptop agak kemalasan. Siapa dekat sini minat novel  boleh jadikan koleksi novel ni untuk mengisi lapang membaca kisah menarik Koleksi Siri Novel RAM Laksamana Sunan.




Sebenarnya  update blog hari ini nak kongsikan dengan korang  mengenai satu menu masakan yang diajarkan oleh ibu mentua Cik Ash pada bulan 3 aritu. Ibu mentua Cik Ash teringin nak makan style begitu.Dia yang sediakan bahan-bahan nak guna Cik Ash tolong goreng jer daging tu dalam kuali. Hihihi.

Bila orang tua teringin nak makan ni kita masak ikut selera dia la, bab merasa pun Cik Ash suruh ibu mentua rasa, kalau ikut Cik Ash menu masakan kurangkan masin la, ibu mentua ni nak masin so lebihkan sikit lagi satu dalam masakan memang tak boleh tinggal anjinamoto, kalau ikut Cik Ash tak berapa gemar guna sangat tapi disebabkan ibu mentua ni turutkan la juga hihihi. Jom la usha resepi di bawah ni. 



Daging Goreng Resepi Ibu Mentua

Bahan-bahan 

Daging 
Bawang Holand
Bawang merah 
Bawang putih 
Halia 
Cili Kisar
Garam
Anjinamoto
Nise @ gula melaka

Cara Membuatnya :- 

1. Daging digaul dengan garam dan kunyit.

2. Panaskann minyak masak dalam kuali lepas itu goreng daging hingga masak. 

3. Selepas itu angkat daginf dalam kuali dan ketepikan. 

4. Dalam kuali yang sama panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga kekuningan. 

5. epas itu masukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak dan lepas tu tambahkan garam, nise dan anjinamoto. 

6. Masukkan daging dan bawang holand goreng hingga daging masak sekata.

Ok siap!!! Masakan simple ni bila makan nasi memang bertambah la, Alhamdulilah tengok ibu mentua selera makan nasi tu. Happy la juga. Kadang Cik Ash masak dekat tak pernah nak makan maybe orang tua selera tak ada kan. Selamat memcuba resepi ni ya korang. kalau korang nak tengok koleksi resepi lain di blog ni boleh terjah baca di koleksi #dapurcikash.

Tuesday, April 14, 2020

Bila Suami Masuk Dapur

Bila Suami Masuk Dapur | Assalamualaiakum... Hai korang semua apa khabar sihat tak... Malas sangat nak update blog sekarang hahaha, aduhaiii banyak duk layan movie dekat tv jer sekarang ni. Nak buat macam mana astro bagi percuma, hypptv bagi percuma lepas tu iflix lagi, ada pulak kodi layan youtube lagi dan membuta aikkkk hahaha. Sambil-sambil baca entri ni apa kata korang baca entri Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles Untuk Hadiah Wang Tunai RM20000 wow hadiah wang tunai tu.


Bila Suami Masuk Dapur 

Pada 1 April 2020 suami Cik Ash dia cuti so dia terlebih rajin la masuk dapur ada jer makanan dia nak makan, Cik Ash kata dekat suami kalau nak makan kena tolong hahaha, so dia tolong la Cik Ash masak aritu, selalunya nak masuk dapur agak susah gak biasa penat kerja kan, ni bila dah cuti musim PKP ni terlebih rajin suami Cik Ash nak masuk dapur hahaha. 

Waktu pagi tu suami Cik Ash buat agar-agar sirap rose dan teh beng, Cik Ash bagi tahu bahan-bahannya dan dan cara memasak suami kata susah jugak nak buat agar-agar ni hahaha, baru tahu ada step nak kena ikut baru benda tu jadi kan. 




Lepas tu pada hari yang sama waktu malam suami nak makan roti canai pulak hahaha, aduhaiiii bila duduk dirumah suami kata kerja nak makan jer, Cik Ash bagitahu dekat suami nak makan roti canai boleh syarat kena uli sampai jadi licin la kena tolong Cik Ash hahaha, So malam tu projek buat roti canai berjalan dengan lancar bab menguli tepung suami yang buat, manakala persediaan bahan-bahan Cik Ash yang buat hihihi. 




Lepas tu pada 8 April 2020 suami cuti pulak , mak mentua Cik Ash teringin nak makan kuih cara, Cik Ash ajak dia buat, bersemangat dia nak buat kuih cara rasa dah lama tak buat kuih cara last bulan puasa tahun lepas hahaha, buat ni dah macam bulan puasa pulak, seperti biasa Cik Ash yang sediakan bahan-bahannya bab memasak kuih cara Cik Ash kepada suami hihihi, Alhamdulilah menjadi kejadian walaupun pertama kali memcuba hihihi...




Bersambung lagi suami cuti kerja pulak pada 12hb dan 13 April 2020, Mak mentua Cik Ash dia teringin nak makan nasi kerabu pulak, biasa orang tua mulut selera nak macam-macam hihihi kena tunaikan la. Kalau korang teringin nak cuba buat nasi kerabu korang boleh jer terjah resepinya dekat entri Nasi Kerabu. Gambar tak ada ambik hahaha loni malas nak ambik gambar dah..Biasa la sejak PKP dapur berasap sokmo hihihi. 

Ok la korang itu Cik Ash update hari ni, pasal suami masuk dapur pun nak cerita dalam blog hahaha, biar la blog Cik Ash nama lagi diary ni, mana taw nanti boleh tengok memori tahun-tahun akan datang kan. Jumpa lagi ya korang Cik Ash nak lelap mata sekejap mengantuk pulak tadi bangun awal sebab sediakan lauk sahur mak mentua Cik Ash nak ganti puasa sambil tu Cik Ash join sekali.