Thursday, March 12, 2020

Scan & Shop App Memudahkan Pembelanjaan Di Tesco

Scan & Shop App Memudahkan Pembelanjaan Di Tesco | Assalamualaikum...Hai, Selamat Pagi, Hari ini baru ada peluang nak update entri dekat blog... Minggu ni Cik Ash sibuk sikit dengan jaga suami cedera jatuh motor dan puasa ganti.. Ni update sebab tak sedar nak bangun sahur tadi hahaha, tak pe la nanti suami dah sihat kita ganti la lagi satu hari lagi hihihi. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Rezeki Menang Giveaway Wang Tunai.

Scan & Shop App Memudahkan Pembelanjaan Di Tesco

Update kali ini nak berkongsi dengan korang semua mengenai app yang baru dilancarkan di Tesco pada 27 Februari 2020.  Sekarang kan dah canggih seiring dengan tahun 2020 Tesco telah melancarkan satu app Scan & Shop untuk memudahkan urusan pembelian dan semak harga kepada para pelanggan. 

App Scan & Shop telah dilancarkan di seluruh Tesco Malaysia. Untuk makluman korang sebelum mengggunakan app ni korang perlu la dowload dulu app ni di Google Play Store dan App Store Apple. Jom ikuti langkah-langkah untuk dowload di bawah ni :- 

Langkah 1 - Dowload

dowload

Dowload Tesco Scan & Shop app di google play  dan app store apple.

Langkah 2  -Clubcard


Jika korang seorang ahli Tesco sila imbas Clubcard. Anda juga boleh membeli tanpa menggunakan Clubcard. 

Langkah 3 -Launch

launch

Selepas itu korang kena imbas kod OR di Tesco yang korang pergi macam Cik Ash shopping di Tesco Kulim. Kod OR selalunya berada di hadapan pinty masuk Tesco.

Langkah 4 -Scan

scan


Pilih barang yang korang nak beli lepas itu imbas kod bar pada item dan masukkan ke dalam troli dan bakul anda, tambahan jika korang hendak cancel ( batal) item yang korang dan masukkan ke dalam troli korang boleh la klik pada butang padam di app dan scan (imbas) semula item yang korang hendak cancel (batal) tadi, selepas itu scan item di dalam app akan terpadam. 

Langkah 5 - Payment

Cashier

cashier
Apabila selesai memilih item korang kena memilih "Finish Shopping dari app dan membuat pembayaran di kaunter dengan menunjuk kod bar. 


Self Checkout
self checkout
Selepas itu korang imbas kod bar pada telefon korang pada skrin di cashier untuk membuat pembayaran.

Bagi Cik Ash mengenai App Scan & Shop sangat memudahkan pelanggan dapat melihat dan menentukan jumlah nilai barangan yang kita pilih di dalam troli sebelum kita membuat pembelian, Apabila korang selesai memilih barangan yang dikehendaki, korang boleh pergi terus ke kaunter dan sediakan kod bar yang dihasilkan di app Scan & Shop dan korang hanya perlu bayar tanpa perlu mengeluarkan barang di troli ataul bakul. Dalam fikiran Cik Ash la mungkin Tesco nak mengurangkan penggunaan plastik di Tesco sebab itu dicipta App Scan & Shop ni. Kebetulan masa Cik Ash pergi Tesco tak ingat bawa plastik dan beg. Kalau nak lebih mudah korang angkut barang masuk dalam kereta lebih baik korang sediakan beg ataupun plastik ya itu cadangan Cik Ash la... hihihi. Sebagai contoh selepas Cik Ash menggunakan App Scan & Shop tengok la gambar di bawah ni ya. 

App Scan & Shop

Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu untuk pengkongsian mengenai Scan & Shop app Tesco yang dapat mengurangkan kesesakan membeli-belah di Tesco. Dan ianya sangat mudah dan turut menjimatkan masa korang. Jangan lupa tahu korang muat turun secara percuma di Google Play Store dan App Store Apple. 

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com